Kenapa Kpop?

Friday, January 6, 2012

Kenapa KPop? Urmmm.. kenapa ye? Perlahan-lahan koleksi muzik KPop semakin bertambah. Dan yang lebih penting, bukan mp3 tapi MV ataupun konsert. Itu yang disimpan. Kalau dulu DBSK sekarang SuJu pula. Kalau dulu Mirotic sekarang Mr.Simple. Tapi....

Dulu-dulu saya suka tengok etnik kreatif. Daebak! Persembahan kalau tak penuh pentas, memang tak sah. Memang awesomelah pada pandangan mata saya. Sekarang ni dah suuuusah sangat nak tengok persembahan etnik kreatif ni. Kalau ada pun, boleh jadi halwa telinga jelah.. Kalau perlukan ketenangan, konfemlah layan nasyid tak pun koleksi zikir yang ada.. Tapi kalau mengantuk, laju je pasang kpop!.. Heee...

Lagu Inggeris?? Naaa.. macam mana saya tak brape suka belajar bahasa Inggeris, begitulah juga jadinya kepada lagu Inggeris ni.. ahaks.. Bo layan... Beberapa sebab kenapa KPop:



1. Muzik dia rancak.
Walaupun certain muzik, if kita dengar bunyinya macam sama je sebagai contoh intro untuk lagu Keep Your Head Down(DBSK) dengan The Boys(Girl's Generation). Tak tahulah kebetulan atau diorang tak perasan tak pun memang trademark SM Entertainment tu.

2. Lirik lagu more kepada realiti dan dekat dengan penyanyi tu.
Haa... saya dengar bukan main dengar je ok. Saya tengok juga English translation untuk lagu-lagu tu. Nak story one by one pasal lagu tu, memang maaplah.. Tak cukup masa nak khatamkan semua..=D.. It just, lirik lagu diorang mix dengan english sket. So, quite easy to understand and follow the song.



3. trademark
Dalam lagu yang diorang nyanyi tu, mesti ada selit nama kumpulan tu. Sebagai contoh untuk lagu Keep Your Head Down (DBSK), ada part "U-Know Time"... Refer to U-Know Yunho, leader DBSK tu. Dan untuk lagu Super Man, Mr.Simple, dan Acha (Super Junior), konfem ada SuJu or Super Junior dalam lirik lagu tu. So, orang lain memang tak buleh nak nyayi lagu tu melainkan kumpulan itu sendiri. dan lagu Acha, pada saya merupakan lagu buat peminat SuJu iaitu ELF. Lagu untuk SuJu dan ELF. Rasanyalah..

4. Large Scale Performance
Haaa... part ini paling-paling saya suka. The song and the choreographer make us want to dance too.. Serious. Sebab tu kalau ngantuk, saya suka pasang muzik KPop. Segar terus mata.. Kaki pun ikut gerak-gerak.. Hahaha... Daripada mata tak larat nak buka tu, terus straight ngadap skrin 5 minit. Pastu kembali fokus ke bahan bacaan. Dan...persembahan mereka sangat kreatif dan yang paling penting sangat BERTENAGA. Sebab tu yang melihat ikut berTENAGA!.



Noted: Saya baru je berjinak-jinak dan berminat dengan KPop dan Korean Movie yang lain setahun yang lalu iaitu selepas sekembalinya dari GOP ke Korea. So, idaklah sampai jadi Die Hard Fans(?).. It just, saya enjoy dengan muzik KPop.. Not soooo fanatik to them.. And bukanlah bermaksud tidak menyokong industri muzik Malaysia. Tidak-tidak. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tanah air sendiri. Err..ada kaitan ke? 


Dan sebenarnya... Variety show yang banyak buat kita rasa nak dengar lagu KPop ni. Sebagai contoh tengok guest yang datang dalam Family Outing dengan Running Man. Memula tengok je.. sudahnya berlarutanlah mencari dan menggoogle lagu-lagu mereka. Itu yang tetiba boleh layan Loveable..Heee...



4 comments:

Shafiq said...

Sy Suka Kpop...expcly., SNSD..Hihihi

aimie amalina said...

weeeeee
kakak airr dh majuuu


psstt
kalo kamu tgk famili out comes mest nak tergelak gak
kikiki

AmyZana said...

kpop daebak ! ;D

AmyZana said...

dijemput membaca kpop fan-fiction ^^
http://nonstop-fanfiction.blogspot.com