We survived because we were simple minded

Saturday, January 7, 2012

Bagi peminat Running Man, mesti tahu tentang ini. Dan bagi mereka yang FOBIA matematik, ce tengok RUNNING MAN EP.75 ni.. Konfem akan rasa Matematik itu sebenarnya mudah. Kita cerita dulu pasal Running Man Episod 1st January ni. Mission diorang adalah menghasilkan angka 1 daripada 6 angka dan 8 simbol matematik yang mereka peroleh dari misi yang dilaksanakan.  For starting, it's quite difficult sebab mereka tak tahu angka apa yang mereka boleh dapat dan simbol apa yang mereka akan jumpa. But at the end, due to their simple minded, they survive till da end


Cuba kita relate pula dengan kehidupan kita. Saya tahu, ramai yang takut bila dengar subjek matematik ni. Apatah lagi kalau Matematik Tambahan. Ye tak? Rasa macam "What the hell lah aku kena ambil subjek ni untuk SPM???" Seolah-olah, Math itulah punca kegagalan dalam pelajaran. Bagi yang FOBIA sangat-sangat dengan MATEMATIK ni, yang terlintas di benak mereka pastinya MATEMATIK = SUSAH. Tapi, hakikatnya tidak.

Ini adalah kebenaran. Matematik ni tak susah pun sebenarnya. Sebabnya, macam mana berbelit pun jawapansoalannya, we know the answer. Kalau nak bandingkan subjek Matematik dengan subjek lain, Matematik jelah yang jawapan ada dalam kertas soalan. Atau lebih mudah, jawapan di hujung jari anda sahaja -> KALKULATOR SAINTIFIK!.


Ini juga berdasarkan pengalaman sendiri. Masa tingkatan 1 dan awal tingkatan 2, Keputusan matematik saya sangatlah tidak memberangsangkan. Dalam erti kata lain, macam tak ada harapan je nak dapat A. Buka mata luas-luas pun belum tentu dapat A. Tapi, ketakutan pada angka dan matematik tak berpanjangan. Dari FOBIA, boleh terus jatuh cinta. Daripada dok kumpul C setiap kali exam, boleh skor A masa Form 3. Sebabnya, selama ini selalu fikir cara susah bila nak selesaikan masalah matematik. Walhal, bila buat cara mudah..tak sampai 5 baris pun dah boleh dapat jawapan.

Samalah juga dengan Subjek MATEMATIK TAMBAHAN. Dengar macam susah je kan? Nak pula bila ada senior dan super senior yang bagitahu MATEMATIK TAMBAHAN ni KILLER SUBJECT.. Ramai yang FAIL. Apa lagi? Kita yang tak pernah belajar ni pun, SET lah dalam otak yang MATEMATIK TAMBAHAN ni menyusahkan hidup, walhal kalau berfikiran mudah tak kone sana sini, mudah je nak dapat jawapannya.


By the way, bukanlah implement dalam subjek MATEMATIK TAMBAHAN je.. "teori" ni sebenarnya available untuk semua subjek dan semua keadaan. Lagi rumit kita fikir, lagi susah nak jumpa jawapan. Cuba relaks, dan fikirkan kembali. Pejam mata tapi jangan sampai tertidur plak! Cuba ingat balik asas kepada matematik. Tambah, Tolak, Darab dan bahagi je kan? The simple mathematic symbol adalah Tambah dan tolak. Jadi, kenapa nak fikir sesusah? Dari kecil sampai besar memang dok berkawan dengan tambah tolak ni je. 


Kalau buat pengamiran sekali pun, konsep dia tetap tambah dan tolak. Bila kamir, kita tambah variable, bila beza kita tolak variable. Matrik? Pun sama juga. Walaupun soalannya darabkan dua matrik, yang ada dalam jalan penyelesaian tetap tambah dan tolak kan? Lagipun, calculus yang lain tu, nightmare masa kelas dan exam je. Bila habis exam, habis kelas.. setahun sekali nak jumpa calculus pun susah! Ada ke orang bayar duit minyak kena keluar formula calculus tu dulu? Tak ada kan? Kalau ada tu, maknanya dia sedang berfikir secara rumit. Dan pastinya, susah untuk dia maju ke depan. Tak katalah mustahil..cuma lambat sket je dari mereka yang berfikiran mudah.

BERFIKIRAN MUDAH BUKAN BERERTI AMBIL TAK ENDAH OK???...

Hee.. ini cumalah sebuah reality show. Cuma dari pengalaman saya sendiri, saya rasa benda tu betul. Lebih mudah cara kita berfikir, lagi mudah kita nak selesaikan satu-satu masalah tu. Saya ingat lagi kuiz untuk subjek BIOSYSTEM ENGINEERING. Masa tu pensyarah bagi soalan matrik 6x6 with certain unknown variable. Student are encourage to use Gaussian Method to get the value of the unknown variable. Personally, pada saya Gaussian Method untuk 6x6 matrik adalah sangat susah. Tak mustahil untuk selesaikan. It just, akan ambil masa yang lama compared to the other way which is persamaan serentak. Masa yang diperuntukkan cuma 30-40 minit. Kalau nak selesaikan guna Gaussian Method, memang tak sempat. I've made few step and realizes how difficult it is to get the value.

Then, saya fikir why not just try and error using Persamaan Serentak. Which is quite easy, simple and less time needed. Konon-kononnya fikir nak dapat jawapan je. Dah dapat jawapan nanti nak guna BACKWARD method untuk GAUSSIAN tu. Tapi, tak sempat nak buat backward, pensyarah lalu tempat saya dan dia tengok jawapan yang saya dapat. 
"You Get the right answer." Ujarnya sambil mengangguk-angguk kepala dan tersenyum.
"But, i'm not using the Gaussian Method yet"..saya jawab. Then, he answer me: "It's ok." Of courselah saya terperanjat kan? Sebabnya, tak sempat nak apply Gaussian lagi, dia dah kata betul and suruh submit. What else? Submit jelah kan? 

Sebab tulah, dalam apa keadaan pun saya tak suka nak fikir rumit-rumit sebab buat sesak kepala je. Nak jumpa jawapan pun susah. Ini hanyalah perkongsian bagi mereka yang merasakan MATEMATIK ITU SUSAH... err.. ada kaitan ke??

adios..GudNite semua~ Infact, I really love doing Mathematics BUT Maths is not my future for now.. (^_________^)



3 comments:

Fareha Noor said...

senangnya tgk anda buat maths.teruja

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehe..suke math ^_^

aamalinaazman said...

huwaaaaa
den ase mcm tgh belaja math dlm entri ni
hehehe
bole x cenggitu
kekekee :p