450ml...

Friday, February 3, 2012

Selamat hari Jumaat...
Ohayou Minnasan~~~....


Hehehe.. dalam entrie sebelum ni ada bagitahu nak pergi Pusat Darah Negara (PDN) dekat Jalan Tun Razak tu kan? Hehe.. Daebak! Setelah mengharungi sesaknya jalan di kota, akhirnya sampai juga ke PDN tu selepas azan asar.. Dek kerana ker"terujaan" nak menderma darah, terlupa nak g solat dulu. Kaki pun melangkah laju je masuk ke kaunter untuk menderma tu.. Hehehe... Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah menderma darah. Hahaha.. Tak caya? G tanya Q. Berapa kali dia pujuk dan ajak, semuanya berjaya saya tepis.. Agaga..

Tapi.. Kali ni.. dalam nak tak hendak, 450ml darah sudah pun sampai ke Tabung Pusat Darah Negara. Gulp! Tapi, pengalamannya....wallaweh..malu plak nak cheghita..=(

Sampai je dekat PDN tu, diberi borang untuk diisi. Antaranya personal details kitalah. Lepas tu ada few question tentang keadaan diri kita. Korang pun mestilah sedia maklumkan kalau ibu mengandung, tak pun wanita yang didatangi haid amatlah tidak digalakkan untuk menderma. Jadinya, kalau tidak terjatuh dalam kedua-dua kategori tu, bolehlah menderma..!

Siap isi borang, g timbang berat. Tak cukup berat pun, tak boleh gak! Lepas timbang berat, ye check darah dulu. Terasa sakit lagi jari tengah tangan kiri ni.. Ngee.. Saya berdarah O. Lepas tu, pak cik tu masukkan darah ke dalam satu cecair ni. Lebih kurang begini dialog mereka berdua:

Pak Cik A : Tenggelam ke timbul?
Pak Cik B : Tenggelam. Boleh derma.

Kitorang : Apa yang tenggelam, apa yang timbul? Kalau timbul kenapa??

Hahaha.. Rupa-rupanya, kalau timbul ada something wrong pada darah dan tak bleh menderma. Urmm.. tak tahulah apanya. Lepas tu, isi buku merah. Buat julung kalinya! (^_______^) Takut, berdebar-debar. Semuanya cukup lengkap. Maklumlah, tak pernah menderma darah. Tengok jarum cucuk ke badan pun dah takut!. Jumpa Doktor dulu. Semartlah doktor tu.. seorang doktor cina yang fasih berbahasa melayu! Teringat dekat teman-teman kampus! Ahaha..lari topik!

Few minutes after that, barulah pergi ke ruangan menderma. Berteman! Hahaha.. nama pun first time. Takut. Nurse suruh duduk dekat kerusi yang disediakan tu. Lepas sapu local anaestetic, proses mencucuk di tangan kanan pun bermula. Err..pejam mata masa tu. Bila darah meluncur laju keluar ke tiub dan pek yang disediakan, jadi teruja plak! Hahaha.. Laju juga darah keluar nooo... 

5 minit. Ok lagi.. 10 minit..ok lagi.. Dalam hati, bila pek darah ni nak penuh? Macam dah kembong je. Dan untuk minit-minit yang terakhir, dunia terasa kelam. Telinga bagaikan tidak lagi mendengar apa-apa. Pap! Pengsan! Hahaha.. malunya.. malu..malu.. Pengsan tak lama pun. paksa juga buka mata. Dalam kabur-kabur tu, nampak kiri kanan ada nurse. Dalam otak, aku pengsan ke? Nak angkat tangan, tapi macam tak larat. sudahnya biar je diri terbaring. Dalam tempat berair-cond tu, badan boleh berpeluh-peluh! Pin tudung dah pun nurse tu longgarkan. Kata kengkawan yang ada kat situ, muka pucat sangat! Oho..

Perlahan-lahan buka mata, dan tengok sekeliling. Then, tak berapa lama lepas tu, Doktor yang semart tadi datang. Check tekanan darah. "Tekanan darah rendah ni." ujar doktor yang semart tu lepas dia telek alat tu. Ala.. tak ingat namanya. Yang guna untuk check tekanan darah secara manual tu. Isy!..


Ok! Tekanan darah yang tadinya normal. Lepas derma darah, terus jadi tekanan rendah! Doktor suruh minum air 100 plus dan rehat. Fine. Tengok jam dah 6.15pm. Err.. solat belum lagi. Air 100 plus dah habis setin. Diri? Ok dah kot. Brapa lama lagi nak rehat? Setelah yakin dengan diri sendiri, kami bertiga pun bergerak ke "kantin" untuk menjamu selera.. Hahaha.. Makan makanan yang disediakan kat situlah. Selesai makan, terus cari surau.

Selesai ambil air sembahyang, berdirilah nak betulkan anak tudung. Dan sekali lagi. Duniaku terasa begitu kelam. Telinga pun macam dah tak dengar apa yang kawan dok cakap-cakap tu. Sebelum rebah, cepat-cepat sandar ke dinding. Adui! Nak pengsan lagi!!! Mujurlah Izyan dan Nisa cepat bertindak. Hehehe.. kalau tak, memang rebah ke bumi dah. Badan terasa seperti sedang melayang-layang.. 

Rasa nak pengsan kali kedua lagi teruk dari yang pertama tadi. Bila dah stabil sikit, tengok jam dah pukul 6.52pm. Ala.. what to do! Nak berdiri pun terasa denyut-denyut di kepala. Dalam erti kata lain, salah tingkah bebila boleh rebah semula. End up, bangun dan jalan perlahan-lahan menuju ke kereta Izyan. Dan pulang ke kolej. 

What a nightmare! Hahaha... sampai ke bilik, pengsan tak hengat! Bukan derma darah je ni. Rasa macam dah derma sekali semua tenaga yang ada dalam badan ni! Parah betul!. Orang lain relax je menderma. Saya juga yang nak collapse! Aih.. Pengalaman baru di Pusat Darah Negara.. Ahaha... Lagi 3 bulan? Mungkin boleh cuba lagi. Orang kata 1st experience memang macam tu.. Dah 2nd, 3rd nanti, relaxlah.. Lagipun darah O kan penderma universal.. (^________^)

Kerana 450ml....



10 comments:

sang ratu said...

huh..gile ah ko nye first time.terbaekk!! go for second bravely k..yey!pasni leh ajk sara dah g derma darah..haha

Kaca Lensa said...

wah!! tahniah!! akhirnya cik sara berani melakukannya.. =)

aamalinaazman said...

heeeee
akak air yg berani!
hhooyeahhhh!
hehehe

Anyyss Shuhaimi said...

saya belum pernah menderma lagi...
tak cukup berat! huu

Cik Sara said...

@sang ratu
hehehe.. memang terbaik sungguh.. Sebelum menderma buka main bertenaga, gelak kukik kukik.. Tengah menderma pun steady lagi bersembang. Elok, dah nak penuh pek bleh plak collapse! Longlai je...

Cik Sara said...

@Kaca Lensa
Yeay! Arigato ne siti chan!

Cik Sara said...

@aimie amalina
hhooyeahhh!!!..

Cik Sara said...

@Anyyss Shuhaimi
Oh! Selamat menambah berat badan ok! Baru leh menderma~

maszull said...

assalamualaikum sara...wah derma darah yer bagus2...:)

Unknown said...

wah..bestnya dpt derma darah. teringin jugak nak menderma tapi tak berpeluang lagi. Dulu nak menderma tak cukup berat badan. Harap-harap suatu hari nanti dapat la jugak menunaikan niat di hati ni. Alat yang die guna untuk check blood pressure tu nama dia sphygmomanometer. Hehehe..dan kalau tak salah, yang tgk tenggelam atau timbul tu adalah utk test kalau- kalau ade penyakit yg boleh disebarkan kpd org lain melalui darah tu. Cthnya, hepatitis B dan C ngan HIV..Apa- apapun, tahniah sara sbb berjaya jugak menderma walaupun pengsan..hehehe =)