Biarkan tali itu putus, jangan sampai nyawa yang terputus

Friday, March 9, 2012

"Biarlah tali beg tu putus! Jangan sampai kita yang putus nyawa!"

Benar. Ajal maut semuanya urusan ALLAH. Tapi, tak salah kalau kita prevent rather than cure. Betul tak? Nasihat ini khas untuk kaum wanita di luar sana. Juga ingatan untuk saya. Wanita yang membawa tas tangan sama ada dalam bentuk handbag mahupun sling bag mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi mangsa ragut. Tak salah nak bergaya, tapi jangan sampai hilang daya!

Peragut kalau nak ragut, tak kira tua atau muda. Yang penting dapat apa yang dihajatkan mereka. Dan kita sebagai seorang perempuan, antara tas tangan dan nyawa mana satu nak selamatkan dulu?? Kalau ikut nafsu, konfem akan selamatkan tas tangan meskipun nyawa dah dekat hujung tanduk. Tapi, kalau ikut hati nurani dan akal mestilah selamatkan nyawa dulu!. Harta, wang ringgit boleh dicari ganti, tapi nyawa yang satu kalau melayang memang tak ada ganti dah.

Jom, saya kongsikan langkah-langkah keselamatan dari menjadi mangsa ragut. Bak kata omputih, Better prevent than cure!.. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. aip!

1. Kalau kamu seorang pejalan kaki tegar seperti saya(eeewaaahhh..), make sure ambil walk+path yang melawan arus kenderaan. Tapi, kalau incase destinasi kita tu mengikut arus kenderaan ulang alik, make sure tas tangan kita berada di sebelah yang bertentangan. Pahe dok? Kalau lawan arus pun, beg kena lawan arah.

Senang kata, kalau kenderaan dok pi mai pi mai belah kiri, sangkutlah tas tangan tu sebelah kanan. Bak kata inspektor polis dalam Nasi Lemak Kopi O, kita kena jarakkan sedikit tas tangan dengan peragut ni.

2. Amalkan memakai beg tangan yang murah! Kenapa? Sebab yang murah, mudah putus. Bila beg terputus, nyawa pun selamat. Katalah kan, dok menunjuk-nunjuk pakai beg tangan mahal. Sekali kena ragut, beg tak mau terputus.. Dengan kita-kita kena heret. Akibatnya, koma berhari, berbulan dan bertahun. Siapa yang susah?? Fikirlah sendiri..

3. One more things, kalau boleh handphone, kad bank dengan kad pengenalan tu, tak payahlah simpan dalam handbag sangat. Bukannya apa, kalau handbag kena ragut at least tak adalah tinggal sebatang kara di tepi jalan menangisi nasib malang yang satu tu. Tapi, Siap boleh tersenyum lagi dengan peragut tu..(^_______^)

Nak simpan dekat mana kalau tak dalam handbag? Urmmm.. kalau yang pakai seluar, boleh juga simpan dalam poket seluar kan? Kalau yang pakai baju kurung pun, boleh je design poket kat tepi tu. Tapi kalau pakai baju-baju stylo yang lain?? Urmmm... Ini ada satu idea dari Inspestor polis dalam Nasi Lemak Kopi O pagi tadi. Buat satu small pocket inside your cloth. Buatlah di mana-mana pun as long as those items are with you! Sebab matlamat peragut ni, nak ragut handbag je. 

4. Haa.. yang ini penting. Dalam keadaan kecemasan, jangan minta tolong pada manusia! Tak payahlah nak bazir-bazir anak tekak dok jerit "Tolong! Tolong! Tolong!". Dalam keadaan darurat, bukankah pertolongan ALLAH itu lebih diharapkan?? Jeritlah "Allahuakbar! Allah! Allah!" InsyaALLAH, akan datang pertolongan dari ALLAH.

Ok. itulah sedikit sebanyak intipati perkongsian untuk hari jumaat ini sempena dengan Hari Wanita Sedunia!.. Go! Go! Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahuuuuuuuuu.....

Selamat hari wanita buat wanita-wanita di luar sana. Jagalah diri kita sebaiknya..=D