Wujud ke?

Friday, March 2, 2012

Salam Jumaat buat semua rakan-rakan blogger.. Juga buat rakan-rakan yang sedang bertamu di alam maya ini.. Heeeeee... Alang-alang korang dah singgah tu, naklah juga tahu pendapat memasing. Pada pendapat koranglah kan, zaman purba tu betul-betul wujud ke? Zaman logam, zaman paleolitik segala bagai yang kita belajar dalam buku sejarah tu betul-betul wujud ke? Betul ke manusia zaman purba dulu tak tahu berpakaian? Tak tahu bercucuk tanam? Tinggal dalam gua?


Tak delah kan, bila pensyarah bangkitkan persoalan ni, terfikirlah juga barang sejenak. Seperti yang kita sedia maklum, manusia pertama yang dijadikan ALLAH di muka bumi ini adalah Nabi Adam. Dan apabila dijadikan Hawa, maka berkembanglah umat manusia di bumi ni. Tapi, pensyarah tu kata Nabi Adam berpakaian masa di bumi. Malaikat yang ajar bagaimana nak buat pakaian yang menutup aurat. Pada zaman Nabi Nuh pula, dah terciptanya Bahtera yang sangat besar. Maknanya penciptaan pengangkutan tu dah ada. So, dekat mana sebenarnya letak duduk zaman purba ni? Zaman sebelum nabi adam dijadikan?


Ataupun, sebenarnya zaman purba yang diilustrasikan kepada kita dalam buku-buku sejarah itu adalah hasil momokan dari teori Darwin yang mengatakan manusia ini asalnya dari beruk. Sebab kalau kita tengok ilustrasi masyarakat purba yang tinggal dalam gua, tak pandai berpakaian tu, memang ada mirip-mirip evolusi manusia dari beruk. Apa pendapat korang? Urmm.. kalau nak dikaitkan zaman purba dengan sirah nabi, macam tak tahu je nak letak celah mana zaman purba ni.


Urmmm.. tapi macam mana pula dengan penemuan artifaks tu? Hohoho.. entahlah labu.. Eden pun tak tahu.. Mungkin zaman purba itu benar-benar wujud tapi bukanlah seperti yang diilustrasikan ala-ala tarzan tu. Dan bukan juga hasil kebangkitan evolusi beruk kepada manusia. Sebab manusia dan beruk tidaklah serupa. Mungkin di masa hadapan, sirah nabi dan sejarah manusia perlu seiring? =D



2 comments:

Munnafendy said...

erm...dulu pernah tgk kat youtube pasal penipuan sejarah ni...katanya konspirasi omputih..lupe lak tajuk video tu..

wallahualam...apa yg pasti, Nabi Adam mmg manusia ptama..bkn nye teori beruk ngarut2 tu..

Wallahua'lam said...

as salam..
hm...

ok, begini.secara ringkasnya, zaman batu, neolitik, paleo semua tu tak wujud. tui semua sekadar imaginasi dari pihak bukan Islam.

penemuan setiap tulang-tulang manusia zaman
'kuno' yang ditemui semua tu sebagai petanda setiap kaum yang telah dimusnahkan.

maksudnya, setiap satu kaum itu musnah, segala apa dari segi budaya mahupun teknologi, musnah sama sekali. sebab tu ada penumuan bateri baghdad, gambar seperti kapal terbang dalam tulisan purba firaun dsb. ini penanda aras bagi kejayaan yang mereka kecapi tapi pada masa yang sama, mereka mengingkari perintah-Nya.

bila musibah melanda, maka ada permulaan. maka akan bermula dari o. semua kisah2 ni sudah diceritakan dalam al-Quran berkenaan setiap kaum2 terdahulu yang dimusnahkan.

seperti kita sekarang ni. kita sudah ada tanda2 yang mengingkari perintah-Nya. dan kita adalah kaum terakhir yang akan musnah. dan selepas kita, TIDAK AKAN ADA MANA-MANA KAUM YANG AKAN WUJUD.

p/s: kalau pensyarah tanya, percaya atau tak teori ni, cakap je. tak percaya. pasai apa tak percaya (kalau pensyarah tu muslim, balas dengan...

"saya percaya dengan sejarah manusia seperti mana yang diceritakan dalam al-Quran. DAN sebelihnya adalah seperti mana yang diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai sejarah manusia. "

teori darwin cuma imaginasi yang tak mampu mengatasi penceritaan dalam al-Quran.

hehehe..

entri sebelum ni :

genetik Nabi Adam antara punca kita bijak.

http://fadzli-rt.blogspot.com/2012/02/genetik-nabi-adam-antara-penyebab-kita.html

p/s 2: ada apa2, boleh tanya pakcik pasal sejarah manusia berdasarkan hadith dan al-Quran.

:)

freemason & para pennyambah syaitan dan iblis adalah sebahagian dari sejarah manusia yang sudah diceritakan dalam al-Quran.

terpulang kepada kita je..sedar atau tak~