Belajar dan diajar~

Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum....


Semalam, pergilah attend satu public talk yang dibuat di Dewan Jumaah, UTM IC kat sini ni. Ada dua orang speaker yang bercakap tentang learning and teching in higher education. Err.. macam tak ada kaitan je kan dengan apa yang tengah disibuk-sibukkan sekarang? Tapi, nak kongsi juga. Speaker pertama jelah ek..heee 


Speaker 1 : Prof. Elliot P.Douglas, University of Florida
Title : Effective Teaching in STEM Education.
STEM stand for Science, Technology, English and Mathematics. Tak ada kaitan dengan subjek EST yang ambil dalam SPM tahun 2005 dulu ok.. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom saya kongsikan 3 nasihat dari Prof.Elliot kepada pendidik-pendidik di luar sana.


1. Teaching is about student learning, not disseminating information
2. Your students are not like you
3. You must genuinely like your students, believe they want to learn and believe they have the ability to learn.


Haaa... Nasihat ini sangat penting dan ada benarnya. Faham tak? Ke ada yang tak faham? Kalau ikut pemahaman saya, untuk nasihat yang pertama tu.....


Teaching means pengajaran yang kata akarnya adalah ajar/didik. Mengajar untuk pelajar belajar. ^^,. Bukannya mengajar untuk mencerakinkan maklumat. Pelajar datang untuk belajar dan diajar supaya yang kelam jadi cerah, yang tenggelam jadi timbul, yang samar jadi jelas. Mereka datang belajar dan diajar untuk memahami dan mengetahui. Jadi, janganlah asyik mencerakinkan maklumat sehingga yang tenggelam terus tak timbul, yang samar terus tak jelas. Ahahaha.. Faham ke tidak? Tak pandailah nak buat ayat. Tapi yang penting, ajar mereka apa yang mereka tidak tahu. Dan ajar mereka sehingga mereka tahu apa yang mereka tak tahu.. Jangan komplekskan pengetahuan mereka dengan aktiviti cerakin maklumat yang lebih kepada aktiviti syok sendiri.. heee..


Untuk nasihat yang kedua pula: Your students are not like you..
Ya! that's right. Janganlah samakan IQ mereka dengan IQ kamu ketika kamu di usia mereka. Pastinya berbeda! Jangan juga samakan pengetahuan mereka dengan pengetahuan kamu ketika kamu di usia mereka. Mestilah tak sama! Know your students! Kenal pelajar kamu. Kelebihan dan kelemahan mereka. Dan dari situ tackle mereka. caranya? Masing-masing punya kaedah yang berbeza.. Just take note that "mereka bukannya kamu ketika di usia mereka!".


Nasihat yang ketiga... Urrmmm..simple! Like and believe! Yakin dan percaya pada kemampuan mereka. Mereka datang, maknanya mereka hendak belajar. Mereka gagal bukan kerana mereka mahu gagal. Tapi mungkin apa yang kita sampaikan tidak sampai pada mereka. Jangan asyik cari salah pelajar atas kegagalan mereka. Cuba post-mortem semula teknik pengajaran dan pembelajaran yang kita gunakan. 


Saya tabik pada warga pendidik di luar sana. Sungguh! Tugas mendidik anak bangsa adalah tugas yang paling mulia!... Berbahagialah kamu dengan amanah yang diberikan itu..


Saya sayang cikgu-cikgu saya. Anda bagaimana?


p/s:
cikgu-cikgu di SRB Mejar Jenderal Dato' Ibrahim (1995-1997), SRK Wira Penrissen(?)(1997-1998)-> hahaha..tak ingat nama sekolah.. yang pasti depan kem penrissen tu.. , SK Haji Hasan Itam (1999-2000), MRSM PDRM (2001-2005), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2006-2007) dan Universiti Teknologi Malaysia (2007-2011)...





4 comments:

aimie amalina said...

huwaaaaa
cm nak kre bape byk word belajar
hehehehe
tap cm bes je talk ni
ai likeee :D

aimie amalina said...

huwaaaaa
cm nak kre bape byk word belajar
hehehehe
tap cm bes je talk ni
ai likeee :D

MBBJ said...

terima kasih atas perkongsian yang menarik ni..

Kaca Lensa said...

sharing is caring an.. huhu.. kalau ada talk yang berkait ngn brain ajakla ak gak eh.. bleh turun sne.. huhu.. worldwide knowledge.. =)