Yeay! Masuk Istana u-olls~

Thursday, April 19, 2012


Assalamualaikum..
Hai peeps!!! Ini quick entry. Nak kongsikan apa yang saya perolehi dari Istana Lama, Kuala Lumpur tu.. Eheh.. Umum pun dah sedia maklumkan yang ketika dan saat ini Istana Lama telah pun dibuka untuk masyarakat umum. Kalau sebelum ni dok tangkap gambaq snap gambaq depan pagaq istana ja kan? Tapi untuk dua bulan mendatang ni, buleh masuk dalam ambik gambaq betui depan istana. Bukan depan pagaq dah. Kenapa?

Sebab la ni, depa tengah dok buat Pameran Raja Kita. Siapa? Ala, takkan tak kenai kot? Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV (empat belas ek? maapler tak pandai sangat bahasa roman ni..) bersempena dengan  Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Fuhhh..semput nak menyebut. Panjang bebenor.. Tak buleh buat sekali nafas..Heee...

Konfomlah pameran ni all about baginda Sultan. Sultan yang paling disayangi Rakyat Negeri Kedah.. Betui dak warga-warga kedah sekalian? Sultan yang mencatat rekod ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong untuk kali kedua. Daulat Tuanku.
 


Dulu berangan nak kahwin dengan anak raja, konon-kononnya nak jadi pemaisuri di usia tua esok. Hahaha.. Tapi tak ada jodoh kata orang. Itu yang eksaited terlebih nak masuk istana. Dari hari dibuka dok merenget nak mai sini.. Hahaha... Ok..ok.. 1st of all, korang kenai dak menatang apa dalam gambaq ataih tu?? Ha??!!! Orang kedah kalau tak kenai, memang nak kena buang negeri!.. Inilah tong padi. Ataupun orang panggil Kepuk Padi. Ataupun... ala, tak taulah chek! Chek ni kedah celup! hahaha..

Kepuk padi make in gold ni memang awesome pada pandangan saya. Kenapa? Sebab ianya betul-betul menggambarkan imej Negeri Kedah sebagai sebuah negeri Jelapang Padi. Chek nak habaq kat hangpalah, dolu-dolu mana ada mesin padi hat kaler kuning tu.. Dulu orang dok pukui padi kat sini lah nak asingkan beras-berasnya.. Urmmm.. 20tahun yang lalu, masa chek balik kampung (dari sarawak nun), adalah sebiji menatang macam ni dekat-dekat area umah tok. Tapi la ni dah tak da.. Tapi, memang awesomelah habaq hang! Tertarik mata lagi menarik untuk mengusha lebih cenderahati kepuk padi ini.. Daebak!..



Haa.. selain tu, ada banyak lagilah. Tapi sebagai seorang wanita yang feminin lagi sopan santun sampai naik fenin kepala, of courselah perhiasan diri yang jadi tarikan.. Hahaha.. Bayangkan tiara itu diletakkan di atas kepala chek yang ayu bertudung ni.. Tak ke lagi awesome?? Shining-shining gitu dek kilauan permata yang... ah, pengsan! Hasil kerja seninya yang sangat awesome. Daebak lagi!.. I'm not sure is it really call Gendik Diraja or there is another one. Banyak sangat. Bukannya bawa buku nota pun nak catat-catat. Nanti i check balik all the picsta.


Yang ini? Haih, tak payah ceghitalah.. Rasanya seantero gadis-gadis di luar sana sedang berangan-angan "andai sahaja necklace itu terkalung dileher ku!".. Hahaha... Agaknya pengsan pemuda-pemuda di luar sana kalau para gadis minta rantai cenggini! Berkilau you!.. Ini semua adalah perhiasan diri kerabat diraja. Lebih tepat sekali perhiasan milik Sultanah Kedah selaku permaisuri agung. If i'm not mistaken, some of them memang milik peribadi sultanah dan sultan. If mistaken, i'm sorry. Can't memorize all. 
 
 

Haaa... sebagai penutup... of courselah tempek muka empunya blog juga. Bukti yang kami dah sampai ke Istana Negara. Anda bila lagi? Bukannya nak kena bayaq pun.. Bayaq duit minyak je lah kot.. Heee.. Ada banyak lagi gambaq yang snap dalam istana lama ni.. Tapi semuanya dalam kamera.. Tak copy masuk laptop lagi.. Ini gambaq dari kamera phone abah! Eheh... 

So... apa tunggu lagi?? Rakyat-rakyat Malaysia sekalian, ayuh kenal Raja Kita.. Pameran Raja Kita diadakan bermula 15 April sehingga 15 Jun 2012. Masuk adalah percuma mulai jam 9pagi hingga 5 petang. Bertempat di Balairong Seri, Istana Negara Lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur.. Experience it yourself!! Haaa.. betui ka tidak bahasa inggeris tu.. Oklah.. Oyasumi Nasai~ 






6 comments:

Hanis MY said...

weee bestnyaaa i likeee...

QasehSuci said...

Qaseh baru nak cadang2 nak pi ari nie @ esok...nanti cheq dah pi cheq jemput dtg mai blog cheq utk jenguk2 na...hihihi...

nur anis said...

seronoknya..tapi jauh lah pulak nak datang sana...kalau time belajar dulu, mesti laju je pergi..

Kaca Lensa said...

wow!!menarik.. sume golongan umo bleh msuk ke? sabtu ahad bkak x? huhu..

Cik Sara said...

@Kaca Lensa

Tak da had umo.. Rasanya sabtu ahad pun buka juga.. ye tak tulis pula ditutup ke apa..

Izyan Balqis said...

menarik! =D