B.E.R.S.U.K.A.N :-> MJIIT Sport's Day

Sunday, May 13, 2012

Bersukan. Beriadah. Saya dan bola tak pernah seiring. Tapi, MJIIT SPort's day tetap disokong!. ^^, Sabtu. 12 Mei 2012. Aktiviti pertama fakulti MJIIT. Sport's Day. Kalau nak tahu, Sport's Day ini dah berlangsung sejak 3 minggu yang lalu. Kiranya hari sabtu tu kemuncaklah. Almost all final game dibuat pada hari itu. Fuhhh.. seawal pukul 7.30 pagi dah menapak ke kawasan kampus. Gigih kan? Eheh.. Sampai dekat MJIIT, terus pergi mendaftar. Dapatlah button seperti di bawah. Bawah that button ada nombor cabutan bertuah. Lucky draw kata orang putih. heee..
 

Sementara menunggu adik-adik degree dan staf-staf, lecturer serta kawan-kawan lain sampai, kami menjamu selera dahulu.. Weehaa. Biasalah. Part yang paling best adalah makan! hahaha..Breakfast Bihun goreng with teh o panas.. Fuhhh.. berasappp.. Sambil makan-makan, kedatangan warga MJIIT semakin bertambah. Berpestalah kami di Padang UTM yang terletak di hadapan bangunan MJIIT. Ke belakang ek? errr...
 


Sport's day pagi ini dimulakan dengan final futsal lelaki. You know what? They play futsal on football field!.. Ada yang centre of gravity tinggi sangat, berdesup jatuh tergolek atas padang bola tu. Hehehe.. Tapi semuanya nampak licah di padang bola.. Awesome!. Oh, lupa pula nak bagitahu. Warga MJIIT ni memang international sesuai dengan nama fakultinya. See, one of the lecturer that play the futsal is Mat Saleh. Eheh.. Saya tak kenal sangat dengan beliau. Tapi, adik-adik degree memanggil beliau Dr. Selain itu, Sport's Day ini turut dimeriahkan dengan kehadiran professor-professor jepun. Ohayou Gozaimasu Sensei!..


Cuaca hari tu memang terbaik.. Alhamdulillah. Cerah je. Supporters pun apa lagi. Kejap sokong this side, kejap sokong that side. Conclusion, both side we all sokong. No bias. Asal goal je, bertepuklah kami.. Hahahaha... They play well. Students and lecturer even staffs mix together on the field. Nampak harmony. Respectful still there. But they enjoy each other.
 


Sementara futsal tengah main untuk pertengahan masa kedua, women's volleyball start. Final game between Postgraduate Student dengan Staff. Fuhh.. tampar sana, tampar sini. Dan akhirnya, bola tampar ni dimenangi oleh Staff. Ahah.. Tahniah kepada mereka. Tahniah juga kepada kumpulan Postgraduate yang bermain. Saya? Eh, kan tadi dah cakap.. Saya dengan bola tidak boleh seiring. Jadi, sudah tentulah bukan saya yang bermain! Heee..
 


Panas membahang. Pilihan. Belakangkan matahari. Elak sun burn!. Fuhhh.. Mereka bermain dengan bersungguh-sungguh beb. Gua yang menyokong, rasa membahang je. Bukan membahang marah ke apa. Membahang dibakar matahari pagi. Hahaha.. Tapi, matahari pagi itu menyihatkan bukan? Dah lama sangat dok dalam air-cond. Sesekali jemur di matahari, segar juga rasanya. Kalau kamu-kamu semua nak tahu, MJIIT ni baru je lagi di bumi UTM ni. students pun tak ramai lagi. Undergraduate baru 1st intake. Itupun ada 2 course je. Postgraduate pula dalam 40 somethings. Campur staff dan lecturer, i guess tak sampai 400 pun community MJIIT ni. Jadinya, dengan hari sukan ni, sekalipun tak kenal nama tapi wajah-wajah tu dah boleh cam lah.


OK. habis je game between the female, bola tampar lelaki pula menyusul. Perghhh.. This is what we call a game! Mereka main rubber set. Betul ke rubber set? ke double set? entahlah. Yang pasti Menang-kalah-menang. Kalau tak salah, game antara SJM dengan postgraduate. Tapi, lecturers MJIIT memang sporting beb. Diorang yang main bawah label postgraduate. Awesome kan? Memula ingatkan staff lawan student sebab lecturer ramai. Bila event bagi hadiah, barulah tahu mereka bermain bawah postgraduate.. ehehe.. memang sempoilah sensei!
 


Lepas volleyball? Tak habis lagi. Ada Tug of war pula. Orang melayu cakap, Tarik tali maa.. Ada kumpulan doraemon, shin chan, naruto dan errr.. apa ntah lagi.
 


Both. Lelaki dan perempuan. students and staffs. Tarik. Jangan tak tarik u olls..
 


Haa.. last game for today adalah Telematch ataupun sangat dikenali sebagai Sukaneka. Yeehaa... Masa ni lah wujudnya kumpulan Wasabi, tempura dan apa je lagilah makanan jepun tu. And you know what? First game adalah bawa bola ping pong guna chopstick!. Pergh... Nak makan guna chopstick pun tak reti, apatah lagi nak bawa bola ping pong kan? Tapi, tak ada yang mengalah. sebelum game bermula, semua pakat mencuba dan belajar cara pegang chopstick tu.. eheh..
 

One thing yang saya suka adalah, one of the japanese professor teach us how to use the chopsticks! Amazing rite. Step by step. Untuk amatur macam saya, teknik yang diajar itu sangatlah berkesan. Now i know how to use chopstick!. Ehehe.. Tapi, nak bawa bola ping pong dengan chopstick, memang mencabar. menguji kesabaran beb!.. adoilah!.. Oh ye! Arigatou Gozaimasu Sensei for teaching us how to handle that chopstick.. After all, saya masih perempuan kampung yang makan menggunakan tangan dan sudu sahaja.. ahahah..

 


Oklah.. rasanya gambar menceritakan lebih dari apa yang saya tuliskan, kan? After all, kitorang enjoy the daya after a long week yang sangat hectic pada saya. Release everything inside your mind and relax. Kepada yang pihak penganjur, tahniah saya ucapkan. Lepas ni kita buat Bowling Tournament pula nak? Bila dah tak sibuklah.. Hahaha.. Adik-adik undergraduate, dah nak final exam right? All the best! Untuk rakan-rakan postgrad, perjuangan masih perlu diteruskan.. Aja-aja Fighting!.




3 comments:

Hanis MY said...

wahhh meriahnyaa siap ada prof jepun lg, praktis ckp jepun tak? hehe... owh rindunya utm...

Anonymous said...

great blog,awesome pics!!!really looking forward for the bowling tournaments <3 <3..
adik undergraduate^^

Anonymous said...

Hahaha bawak bola pingpong gune chopstick?? tergelincir la bola tu.. mesti susah.. haha. org cina pandai la kot..

anyway, meriahnye!!