Kenapa Matrikulasi?

Saturday, May 26, 2012


<-- Sebab bukan Politeknik, Kolej Mara, Diploma mahupun tingkatan 6!

Ok.. kita tinggalkan seketika isu debat PTPTN tu. Sekarang ni mesti adik-adik lepasan SPM sedang bertungkus lumus menyiapkan barang keperluan untuk mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi. Tak kisahlah sama ada sambung diploma ke, matrikulasi ke, kemahiran or so what ever. Janji sambung belajar. Jangan terhenti di tingkatan 5. Sebab potensi diri belum digilap sepenuhnya lagi. Dan saya tahu, mesti ramai yang teruja diberikan duit pendahuluan RM1500. Bagi yang mendesak kerajaan hapuskan PTPTN, dok dendiam. Tak yah dok sibuk-sibuk nak ambil duit pendahuluan ni. Bukan apa, masa ambil tak ingat pula akan datang nak kena bayar balik. Manusia kan mudah lupa!.

Ok, berbalik kepada topik..
Lepas SPM saya sambung matrikulasi. Diploma pun bukan, STPM pun bukan. Masa tu mana tahu sangat yang sijil Matrik tak laku kalau dibandingkan dengan STPM dengan Diploma. Dan masa tu tak terfikir pun STPM lagi susah or matrik lagi susah?. Sungguh! Lagipun, susah senang tu mindset kita je. Mindset yang penghujungnya mempengaruhi siapa diri kita. Jadi, secara jujurnya pengalaman selama setahun di Matrikulasi saya tak tahu apa yang susahnya. Maaf, bukan nak mendabik dada.. Tapi itulah saya few years before.

Lepas SPM, orang apply UPU, saya pun apply juga.. Background family saya tak ada yang high educated, belajar sampai universiti. Jadi saya tak banyak sumber rujukan nak pilih diploma apa. Entah apa yang saya isi dalam UPU tu pun saya tak tahulah. Bila cikgu suruh apply matrikulasi, pun saya apply juga. Entah kenapa, tika dan waktu itu saya tidak tergerak untuk mengisi Perguruan seperti rakan-rakan lain.. Saya tak dapat UPU. Perguruan? lagilah tak kalau isi pun tidak kan? Tingkatan 6? Entah. Mungkin sebab dekat MRSM tu tak ada Tingkatan 6, jadi lagilah tak tergerak nak masuk tingkatan 6. Alhamdulillah, dapat matrikulasi. Sebab itulah lepas SPM saya masuk Matrikulasi.

Tak lama. setahun je. Setahun yang tak sempat pun saya nak digest susah tahap berapa matrikulasi ni. Jadi, kalau ada yang tanya susah ke tidak matrikulasi ni, saya hanya tersenyum. Sebab apa? Pokok pangkalnya diri kita. Mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Ko usaha, ko dapat. Itu je. Saya percaya dengan teori mindset ini. Sebab dari form 5 lagi saya dah praktik positive mindset ni. Jadi, kalau orang tanya add math tu susah ke senang, saya akan tersenyum. Sebab saya tak tahu dekat mana susahnya. Mindset saya tidak membenarkan istilah susah dan impossible hadir dalam diri..=D

Tapi satu je yang pasti.. Biologi dan bahasa Inggeris tu bukanlah susah pun, cuma saya yang tak minat! Jadi, mindset saya menolak kedua subjek ini menyebabkan saya tak cemerlang seperti subjek yang lain. Sungguh! tak susah pun. Tapi, manusia mudah lupa! alpa!. Tahun ketiga di universiti, ntah macam mana di awal sem lagi dah ter"mindset" yang few subject tu susah. Hasilnya, memang tak berbuah dengan ranumnya lah. markah cukup makan. Atas pagar je. Tapi, once dah sedar kita positive kan kembali mindset kita dan alhamdulillah, saya gembira menuai hasilnya September yang lalu. Sungguh!. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Mindset kita akan menentukan siapa kita.

Jadi, lepas ni bolehlah simpan ke tepi je result SPM tu. Tak kisahlah bagus ke tidak result kita tu. Once dah masuk ke institusi pengajian tinggi ni, orang tak pandang dah semua tu. Kita akan bermula kembali. Setiap pengakhiran pasti ada permulaannya bukan?. Jadi, tak payahlah frust tonggeng-tonggeng sangat dengan result yang kita dapat. Ukur baju di badan sendiri. Kalau dah dapat tawaran diploma dari mana-mana IPTA mahupun Politeknik, kenapa tidak kita sambut tawaran itu. Betul tak? Tak minat dengan kos yang ditawarkan? Dah buat research dulu tak pasal kos tu? Kalau belum, buat kaji seledik dulu. Sekalipun tak minat dengan kos yang ditawarkan, pergilah mendaftar dulu. Jangan sampai kita terikut peribahasa yang satu itu. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Faham ke tidak peribahasa ni? 

Tak minat kos, lepas mendaftar boleh buat pertukaran kos. Tapi janganlah ko demand nak tukar kos hebat-hebat sedangkan result SPM tak seberapa. Contohlah, dah dapat tawaran diploma bussiness admin tetiba ko nak tukar buat Asasi perubatan. Sedangkan result Sains, bio ko hampeh. Agak-agaklah kan? Ukur baju di badan sendiri. Tengok kemampuan diri sendiri. Tapi pada masa yang sama, janganlah ko pandang rendah pada diri sendiri pula!. You are what you think. If you think you are a loser, then you are a LOSER. But if you think you are the best, then you are the BEST of yourself. 

Percayalah, once ko dah melangkah masuk ke IPTA mahupun politeknik mahupun Matrikulasi, asasi dan sebagainya tu orang dah tak tanya result SPM ko dulu dapat brapa. Yang orang nak sibuk-sibuk tanya "Eh, PNG ko berapa semester ni? Weh, ko dapat dean list ek?.. Wah, ko score 3.00 above, hebatlah..." dan dialog-dialog seadik beradiknya. Masa tu lah korang akan nampak the reality of life!.. Orang yang score hebat dalam SPM, tapi bila buat diploma dia asyik nak berlagak dan bergaya tak tentu hala, sem satu pun boleh hancusss.. Dan ada juga orang yang SPM di suam-suam kuku je. Tapi sebab dia ada motivasi tinggi dan matlamat yang besar, tetiap sem dia boleh score dean list untuk bidang yang dia ambil. Jadi, kenapa perlu takut? Kenapa perlu fikir apa yang orang lain fikir pasal kita. We are what we think we are. Kita adalah siapa yang kita fikirkan.

Jadi adik-adik, just forget about your SPM result and move onnnnn... Set your mind. Ini adalah permulaan bagi fasa baru hidup aku. Mungkin SPM dulu aku dapat suam-suam kuku je. Jadi, apa yang ada di depan akan aku jadikan satu platform untuk aku berjaya dalam bidang itu. Tak semestinya tak ambil perubatan tak boleh berjaya. Tak semestinya tak ambil bidang kejuruteraan tak boleh maju ke hadapan dan tak semestinya tak dapat kos yang famous amos tu boleh buat aku jatuh terlingkup.. Katakan tidak pada semua itu. Setiap kerjaya ada kepakarannya masing-masing. Setiap bidang ada cabaran yang tersendiri. Dan setiap sesuatu itu ada hikmah yang ALLAH sediakan untuk kita..

Akhir kata, selamat mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Be positive. Nothing is impossible. Selamat memasuki fasa baru dalam mencari sebuah ilmu.. Adiossssss.....

p/s: Actually this entrie special made for my adik-adik, adik-adik sepupu sepapat yang juga ingin berjaya.. Eh, buat mereka yang saya ingin lihat maju jaya di masa hadapan..
 



2 comments:

Abdul Aziz Al Hafiz said...

Salam.... saya nak tanya...

Member saya skang belajar di IPTS.. tapi, dia kata x best kat situ sbb belajar benda yg dia x minat..

so dia tanya, boleh ak apply matrikulasi thn depan guna result spm 2011??

Miza said...

Akak dapat berapa cgpa kat matriks ?