Nak teguq pun biarlah kena caranya..

Monday, May 21, 2012


Betul tak?

Apa yang betul?

Yelah nak teguq pun biarlah kena caranya. Betul pada tempatnya.

Maksud kau?

Kau nak dengaq satu kisah tak? Kisah realiti.

Kalau kau nak ceghita, aku sedia mendengar. ^^,

Ok. aku cerita, kau dengar dan analisis sendiri.

Ok. Shoot.

One fine day, aku dan kawan-kawan bermusafir ke Johor Bharu. Tuntutan kerja. On the way back to Kuala Lumpur, the driver stops at RnR Air Keroh. Macam biasalah, untuk solat dan dinner.

Ok. Tapi apa yang berlaku?

Sabaqlah. Aku nak ceghitalah ni..

Ok..ok.. bianata.. Sumimasen.. Teruskan..

Lepas makan, aku dan kawan-kawan pergilah surau. Nak buat jamak takhir. Nak buat jamak takyah, berdosa pula nanti. Tak ada darurat. Eheh..

Kau nak bagitahu aku yang kau tak buat Jamak Takyah?

Eh, bukan itu pointnya..

Ok,.ok.. i'm listening. Sambung story...

Kau nak tahu? Tengah-tengah aku dengan kawan-kawan nak solat jamak isyak maghrib tu, adalah sorang makcik ni. Aih, tak taulah macam mana aku nak story. Aku memang tabiklah dengan sikap dia yang nak meneguq salah silap dalam solat yang kita terlepas pandang, tapi...

Tapi???

Tak kena tempat. Tak kena gaya. Tak kena semuanya..

Maksud kau?

Iyelah, kuat sangat suaranya tu. Aku yang nak solat ni pun jadi tak khusyuk sebab dia dok berbual sebelah aku. "Kita kalau nak solat, kena pakai sarung kaki. Tutup aurat. Selalunya kakilah yang senang nampak kan?.. Tapi mak cik hari ni pun tak pakai.." Tinggi suaranya. Tapi, kau tahu tak? Dek suaranya yang kuat tu, aku hilang kosentrasi dalam solat. Surah pendek je pun aku baca. tapi aku keep baca ayat pertama. Rasa nak menyebai pun ada masa tu. 

Lepas tu apa yang berlaku?

Hahaha.. take time jugalah rakaat pertama tu. Nak concentrate balik. Sampai ke belakang mak cik tu dok citer. Aku ingatkan aku je yang ulang surah pendek dalam rakaat pertama tu banyak kali, rupa-rupanya member-member aku yang solat sebelah menyebelah aku pun cakap benda yang sama. Dari niat nak baca surah panjang, sudahnya jadi surah Al-alaq je. Hilang kekhusyukan..

Ohhh... tinggi jugalah oktaf mak cik tu ek? 

Tinggi beb. Itu cerita aku. Dalam aku tengah solat tu, rupa-rupanya mak cik tu jadikan kawan aku yang tengah solat tu as model dia kepada seorang lagi mak cik ni. Aih, membara hati kawan aku tu. Boleh pula dia tengah-tengah solat, orang tunjuk demo sentuh-sentuh dia. Yang kelakarnya, mak cik tu siap cakap lagi "Ada budak bagus, bila kita teguq terus dia buat solat semula."

Pastu kawan kau solat semula ke?

Mestilah tak. Kawan aku tengah berinteraksi dengan ALLAH dalam solat dia. Tetiba mak cik intterupt. Tak ada manner kan? Nak teguq pun agak-agaklah. Berhemah. Perlahan-lahan supaya tidak mengangguk jemaah yang lain yang tengah solat juga. Tak pasal-pasal je lepas solat, bertambah dosa kitorang sebab hangin dengan mak cik tu..

Hahaha.. sabau jelah.. Mak cik tu terlupa agaknya dalam surau tu ada jemaah lain tengah sembahyang. =D

Memang sabau. Tapi, apa pula hukumnya kalau mengganggu orang lain yang sedang beribadah??? Urmmmm....
 



1 comments:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Izinkan saya sentuh awak demi cinta. Artikel terbaru di Lautan Rabbani. Moga Allah kasih. :)