Ringkas tapi padat

Monday, June 4, 2012

Saya suka update blog. Kerana.... pada saya, blog ibarat personal notes or personal diary saya.. Tapi tak adalah open 100% tentang saya.. No no no..everything has it own's hijab! Heee... Ok, for today, nak buat quick, short but extraordinary entrie! Hahahaha

2 Jun 2012 (Sabtu)
9.00am : Mak call. Mereka sudah bertolak dari Alor Setar, Kedah. 7 buah kereta semuanya... Pak Cik Fauzi(with Tok Long, Tok Chik and Wa Jah), Wa Halim (And his family), Abah (with my family), Ngah (Chik Mah, Mak Lang Za, Tok dan K.Chik),Mak Long (and family), Kak Ton (and family) dan kereta pengantin kitalah (Pak Lang & Mak Lang)..

3.30pm : Abah sampai kolej (KSJ).. Dan mulalah perjalanan saya ke satu daerah baru! ^^, . Sementara itu, others masih di Sungai Buloh. Next meeting point, RnR Seremban. Psttt:///Giler jem highway utara selatan dekat Seremban tu! Kereta dok dekat 40km/j je!

4.30pm : Bertemu mereka di check point yang dijanjikan RnR Seremban. Lambakan umat manusia di RnR Seremban dan Keadaan toilet yang keputusan air! Giler habaq ang! Ada krisis air ke? dekat sinki lajulah plak airnya.. Dan dari RnR Seremban, kembali berkonvoi sehingga Tol Senawang. Sampai tol Senawang, got all 7 cars back together! 


5.00pm : Gerak dari tol Senawang secara berkonvoi diketuai oleh Pak Lang baru! hahaha.. Ini kalau terputus konvoi memang jenuh nak menjejak baliklah. Pakat-pakat tak pernah sampai pun rumah Pak Lang tu. Dah lama tak konvoi, sekali dapat berkonvoi best juga! Dari Senawang, lalu Jalan Bukit Putus. Yang ada Jambatan Kedua tertinggi di Malaysia tu.. Masa pergi ni tak perasan pun itu jambatan kedua tertinggi! ahahaha... 


7.00pm : Berhenti di Petronas Kuala Pilah. Nak pastikan semuanya masih bersama. Al-maklumlah, jalannya... hahahaha... Ha! Lagi satu! Sebelum sampai Kuala Pilah ni, lalu Sri Menanti. Cantik habaq kat hampa. View yang sangat awesome saya pernah lihat di Malaysia ini.. Subhanallah. Kenapa cantik? Cantik sebab adanya selautan sawah padi yang sedang menghijau di sebalik gunung-gunung dan pokok-pokok getah kiri kanan jalan! Ahaha..


7.30pm : Lepas maghrib cenggitu, meneruskan perjalanan lagi. Masa ini tak tahu pun destinasinya. Chek ngekoq ja.. Matahari dah terbenam. Malam yang kelam. Tahu-tahu sampai kawasan Felda yang berkelapa sawit tu.. Jalan yang membosankan! Kiri-kanan sawit! 


9.00pm : Selamat sampai di Felda Tembangau. Berhenti di rumah rehat keluarga Pak Lang. Cukup 12 jam bagi my families yang gerak dari Kedah tu.. Dasat nooo... Kalau turun UTM JB pun dah sampai dulu dari Felda Tembangau ni! Hahaha.. Disambut tuan rumah dengan senyuman.

Haaaa!!!.. Dan kata, ada krisis air ke? Sampai dekat Felda Tembangau ni pun dapat khabar yang di situ tak ada air! Oh damn! Krisis ayaq tak ingat ni.. Mujur cheq dah mandi sesiap dekat Kolej tadi. Tak adalah rasa berlengaih sangat nak tidur malam. Tempat baru, standardlah kalau susah nak tidur kan? Pusing kiri, pusing kanan. Tak tahulah tertidur pukul brape.

3 Jun 2012 (Ahad)
6.30am : Bangun tidoq. Kotlah dah ada ayaq kan? Sekali tengok, adalah ayaq. Tapi slow yang amat. Dalam erti kata lain, krisis ayaq tak selesai lagi. Ambil air sembahyang sekadarnya. Nak buang hajat? kenalah tahan-tahan dulu. Kot dah membuang, tak ada airnya pula. Saya? Hahaha... cepat-cepat mandi dengan air yang ada. Yelah, sebelum dia berhenti mengalir! Ye tak?

8.00am : Breakfast. Dapat nasi goreng! Hahaha.. Lepas breakfast, sambung tido. Ate, dah tak tahu nak buat apa kan? Kot rumah sendiri, tahu juga nak ikhtiar. Pakatlah lena kat sofa dengan kat atas carpet tu. Alas tidur dah lipat siap-siap. Sementara yang lain dok kecoh-kecoh cari sumber ayaq untuk mandi, kita tidoq dulu..

11.00am : Pak Lang offer g mandi dekat rumah mak menakan dia kot. Dekat situ air laju sket. Wahhhh.. seperti orang mengantuk disorongkan bantal.. errr..betul kah? Apo lagi? haruslah pergi mandi lagi sekali kan? Tak de mandi buat syarat je.. Ni pi mandi betui-betui punya..

12.00pm : Weee... tok dah bising-bising suruh bersiap. Haa.. Menyambutnya lepas zohoq. Jadi, kot nak mekap melilit bagai kenalah buat cecepat. sebelum pengantin siap, kita kena siap dulu! Jurumekap mai pukul 12.30 u olls.. 

1.30pm : Kepak-kepak kepuk-kepuk.. Ikut belakang pengantin berarak ke rumah pengantin sambil bawa hantaran. Errr... heee... Disambut tuan rumah yang serba biru! Manalah i tahu temanya biru! i main bawa je baju tu.. Berapa ek, hantaran yang kitorang bawa hari tu? lupa plak nak kira. Dalam 7 kot?

2.15pm : Abis je sesi renjis merenjis hai dipilis.. Hahaha.. Kitorang gerak ke meja keluarga pengantin untuk makan! Hahaha... Memang sempoi giler. Buat macam rumah sendiri je. Tak cukup lauk atas meja, pengantin offer pula lauk pengantin. Tunggu apo lagi?? Perut kena isi, nanti nak jalan jauh lagi. Makan punya makan tak sedor masa dah berlalu. Ikut event, sesi makan pengantin sampai pukui tiga ja! Hahaha... 

3.00pm : Sesi bersalam dan bergambar dengan pengantin. Tuan rumah siap offer nak bagi lauk kenduri. Kebetulan pula mak-mak yang berkonvoi ni memang bawa tupperware, bekas makanan semalam. Dapatlah nasi dengan rendang tok. Itupun abah kata puas menolak sebab takut basi tak sempat nak makan. Tapi orang dah offer, takkan nak terus menerus menolak kan?? heee...

3.30pm : Bertolak balik ke KL dan seterusnya ke Kedah. Sampai pekan kuala Pilah, Jem habaq kat ang! eheh.. Decide untuk masuk LEKAS bagi mengelakkan jem lagi! EHeh.. Berbekalkan pandu arah dari Izyan, akhirnya berjaya juga keluar dari LEKAS dan masuk ke MRR2..

8.30pm : Sampai di KSJ. Mak dan abah teruskan perjalanan pulang ke kedah. Oh ye! Masa dekat Kuala Pilah, sempat lagi singgah beli daging salai dengan lemang! Hahaha..

4 Jun 2012 (Isnin)
Basuh bajulah! Tak ada baju nak dipakai nih.. adoyai! Macaam manalah boleh tak perasan sebelum tidur semalam???? Hahaha...

First time join majlis perkahwinan yang bermula dengan majlis pernikahan sehinggalah kepada majlis menyambut.. Awesome! Perkahwinan itu sesuatu yang indah untuk diraikan sesama keluarga!.. ^^,

 



1 comments:

Hafizin Jamil said...

memang dah macam diari dah.ehehe