Sesat?

Sunday, July 22, 2012

Sesat? Hahahaha... Idaklah sesatnya.. konfius sekejap. akibatnya, tersalah ambil train...

Al-kisahnya, hari ni balik KL. Ambil bas awal tadi. 9.30am dari Shahab Perdana. Sampai Hentian Puduraya pukul 3.00pm tadi. Cepatkan? Biasanya, dekat 7-8 jam baru nak sampai KL. Ini 5 jam je..wohooo...Mungkin sebab puasa. Berhenti dekat hentian sebelah je. Tukor driver dan ke tandas. Mungkin juga sebab tak ada banyak kenderaan di highway. Segalanya mungkin.

Sampai je Hentian Puduraya, macam biasalah..nak naik LRT. Fullamak...giler ramai umat manusia dekat stesen LRT Plaza Rakyat tu.. Ada 5-6 mesin token, tapiii..full! Panjang tu barisannya.. Dekat situ je dekat 10-15 minit beratur nak dapatkan token. Ok! Time ni rasa betapa bergunanya kad touch n Go tu..Eheh.. Tak pelah...sesekali beratur, tak ada salahnya kan? bukannya awak sorang je yang beratur beli token, ramai lagi.


Dan selesai beli token ke Sri Rampai, touch dekat mesin nak masuk tu. Sampai tengah-tengah, berlaku kekonfiusan diri sekejap. Mamai lagi kot bangun tido tadi.. Hahaha... Antara train menghala ke Sentul Timur dengan Sri Petaling/Ampang Line. Okkk.. Otak tak seiring dengan kaki. Yakin je kaki melangkah g ke Sri Petaling/Ampang Line walaupun otak dengan hati dok rasa bukan ke sana. Dalam konfius tak sedar sepenuhnya tu, train sampai. Naiklah train. Sekali... bila dia sebut Stesen berikutnya Stesen Hang Tuah. Terus pandang atas. tengok route LRT tu..wakakaka...

Sara!!! Sila turun dan buat pertukaran train sekarang juga! Ko nak menghala ke masjid Jamek, bukannya ke Sri Petaling tu. Dalam erti kata lain, ko kenalah ambil Sentul Timur punya line. Bertuah punya budak. Nak buat salah ambil train pun bulan puasa.. Lepas dah bermusafir 350km++ pula tu.. Agak-agaklah nak mamai pun kan??? Eheh..

Akibatnya...pukul 4.15 jugalah baru sampai bilik... Ok..tak palah...orang kata dugaan di bulan puasa... Sabaq jelah nooo... Sat lagi kita g round Bazar Desa Rejang nih.. Tengok menu apa yang ada..=D..  Bertahannnnn... 



1 comments:

aamalinaazman said...

kekekek
sara2..tulahhhh..ikott je kaki tu bawak pi mane2 ye
hahahaha