Aiskrim Baskin Robbin percuma sekiranya....

Friday, August 3, 2012





KUALA LUMPUR: Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.

.Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.
.
Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.
.
"Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.

."Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.
 
Sumber dari sini dan sini..
 
** ikut sorakan gemuruh... Psss... Atlet muda Malaysia dalam acara memanah berjaya maju ke peringkat suku akhir setelah menewaskan wakil dari Great Britain petang tadi.. Goo goo Atlet Malaysia..



1 comments:

maszull said...

assalamualaikum sara....memang best la kalau ada yg dpt pingat emas pertama Malaysia semuanya dpt makan aiskrim Baskin Robbins..:)