Bila Tok Wan bercerita!

Thursday, August 16, 2012

Entrie tanpa gambar.
Assalamualaikum..Salam Ramadhan yang semakin hampir ke penghujungnya..=)..
Sedar tak sedar, dah hampir ke penghujung Ramadhan. Sedih! Sudah semestinya!.. Dah 2 hari ada di rumah. Tapi tak berupdate pun blognya. Update. Tapi entrie masuk envelope! Eh, salah. ENtrie masuk draft.. Eheh.. Bianata..

Hari ni saya dan keluarga berbuka puasa di kampung tok abah. Maknanya, emak dan ayah kepada abah!. Seperti biasa.. Sebelum balik kampung, buat aktiviti memasak terlebih dahulu. Dan menu yang menjadi pilihan sudah semestinyalah Mee Kuah Kepok-kepok Akmar! Muahaha.. Penangan tengok ketuk-ketuk Ramadhan tengah hari tadi.

Sampai rumah tok, ternampak satu surat jemputan terbuka ke Waris Keturunan Wan Kedah! Ngeeee... Wan? Mai tang mana pula ni? Dekat nama tak ada pun pangkal "Wan" tu. Dok tak dok, wan pun buka cerita tentang susur galur keturunan we all adik beradik ni dan kenapa sampai kitorang dah hilang pangkal "Wan" tu.

Rupa-rupanya, susur galur keturunan kami bermula dari Acheh, Indonesia. Ketika itu, ada seorang pemuda yang bernama Wan Putra datang berdagang ke tanah Melayu. Singgah di Kota Kuala Muda dan Pulau Pinang untuk berdagang. Masa tu Pulau Pinang, masih milik Kedahkan? Tak pastilah beberapa tahun yang lalu. Nak dijadikan cerita, Wan Putra ni memiliki 7 orang anak yang akhirnya bertebaran di seluruh pelosok negeri Kedah ni. Dan salah seorangnya adalah Wan Deris (kot). Dari Wan Deris ni turunlah kepada Wan Ishaq (kot juga.. tak ingat namanya! eheh.. kena ada tab lah cenggini. senang nak note bila wan bercerita!). Dan Wan Ishaq memiliki 4 orang puteri. Dan salah seorangnya adalah Wan Kamaliah. Nenek saya..

Nak dijadikan cerita pula.. Kalau sebelum-sebelum ni, diorang kahwin sesama sepupu sepapat je sebab nak kekalkan "WAN" tu. Tapi, nenek saya berkahwin dengan seseorang yang tak ada pangkal "Wan" tu. Bukan keturunan Wan lah. Dan bermula dari situ, wan saya dah tak ada pangkal WAN. Abah dan adik beradiknya pun dah tak ada. Kami? apatah lagi kan?? muahahaha.. Tapi, darah yang mengalir tetap dari susur galur keturunan Wan Putra. Cumanya, bila perempuan yang bernama WAN kahwin dengan lelaki yang tak ada WAN, tak dapetlah nak turun ke anak cucu.. Jadinya, setiap kali ada jemputan Wan Kedah ni, mana ada kami pi pun! Sebab dekat nama dah tak ada WAN. =D

Tok Wan saya kata "Kalau nak kembalikan pangkal Wan pada nama, kahwin dengan orang dari keturunan WAN. Boleh bawa ke anak cucu semula!" Wahwahwahhh.. Dasat kan? Tapi itu semua salah silah keturunan je. Bukanlah sesuatu yang hendak dihebat-hebatkan!
Kata Tok Wan, ayah kepada emak Dr. Mahathir tu adalah Wan Md.Saman salah seorang cucu Wan Putra! Maknanya ada bau-bau bacanglah dengan Dr.Mahathir tu! Muahaha..

Dipendekkan cerita, kalau keturunan Wan Kedah ni..memang tak pusing jauhlah.. Satu keturunan lah tu!

Urmmm... siapa yang biasanya bertanggungjawab menjaga salah silah keturunan dan asal usul susur galur keturunan macam ni ek? Ye lah, yang tahu orang tua-tua je. Remaja muda belia macam hambo ni? Konfem tak tahu! Kalau nak di kira dari Wan Putra tu, sampai dekat tok Wan dah generasi kelima. Kalau dikira sampai ke saya, dah hampir 7 generasi! Tapi yang saya kenal cumalah generasi tok wan (kelima) sampailah ke generasi kami (ketujuh). Yang sebelum-sebelumnya, memang konfem. Blurrr...

Eheh.. itu cerita di pihak Wan (ayah kepada abah!). Di pihak tok (Emak kepada abah), tak pasti pula... Ngeee... i got something from my grandfather today!
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa!
 



2 comments:

maszull said...

assalamualaikum sara...selamat hari raya maaf jika ada salah silap yer...:)

maszull said...

assalamualaikum sara...dah tahu la asal usul keturunan sendirikan...:)