Review hotellah pulak!

Friday, August 3, 2012


Haaa.. nampak benor tak ada kejenya kan? Sehari sampai dua tiga entrie nak tulis. Wee.. Hari ni saja nak review Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Haa.. sebelum puasa dulu, adolah kena pergi workshop yang diadakan di Bandar Bertam Putra, Kepala Batas nun. Dan hotel terdekat yang ada dekat situ adalah Hotel Seri Malaysia Kepala Batas yang terletak di belakang Bangunan Dato' Kailan, Kepala Batas. 

Penilaian? Not bad. Saya pergi berdua. Memula nak ambil 2 single bed, tapi dah full. Itu yang ambil double terus. Harga lebih kurang. Plus dapat breakfast untuk 3 hari berada di sana. Services pun not badlah. Cumanya, dah namanya perempuan ni g mana-mana mesti nak seterika baju kan? Udahler tak bawa iron sendiri. Dok menelefon ke service room je lah minta iron. Sampaikan malam terakhir dekat sana, operator yang angkat telefon tu dah tau bilik mana yang telefon minta iron. Ehehe...
 
Ha! Bilik ni menghadap pekan Bertam. Sunset paling cantik sebab di antara langit dan hamparan hijau sawah padi. Tapi, saya tak ambil pula gambarnya. Mungkin sebab permandangan itu selalu saya lihat kalau di rumah sendiri..=) Dari hotel ni nak ke tempat workshop adalah dalam 15-20 minit. Tapi unfortunately, walaupun hotel tu berhadapan je dengan stesen bas Bertam dan hentian teksi utama, ketahuilah sesungguhnya sangatlah susah untuk mendapatkan kenderaan awam di situ. Bas mahupun teksi!. Fuhhhh...

Itulah reason paling kuat untuk saya pulang ke rumah yang hanya sejam jauhnya itu untuk dapatkan kereta bagi memudahkan urusan di Kepala Batas ni. (^o,^) Nak tahu lebih lanjut pasal hotel ni, bolehlah usha website Seri Malaysia nun.. Daaa...

P/s : Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei kerana berjaya ke final.. Hip hip hooray!..




0 comments: