Semanis Kurma : Keluarga Syurgawi

Thursday, August 9, 2012


Assalamualaikum...
Beberapa jam lagi kita akan masuk ke Ramadhan yang ke-20. 10 malam terakhir yang sering disebut-sebutkan. Rebutlah 10 malam terakhir...
Tapi, untuk petang ni, saya nak kongsikan perkongsian yang saya dapat masa pergi Semanis Kurma Live at UTM KL pagi tadi.

Majlis ilmu ni disampaikan oleh pasangan suami isteri yang tak asing lagi pada kita iaitu Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Siti Nur Bahiyah. Pasangan Semanis Kurma yang popular dekat TV9 tuuu..weee.. Ok, Tajuk perkongsian hari ini adalah Semanis Kurma : Keluarga Syurgawi. Semua orang ingin membina masjid, bergelar suami, bergelar isteri. Dan sekalipun kita belum memegang kedua gelaran itu, yang pasti kita tetap seorang anak. Definisi keluarga? Semua dah tahu kan? Tapi nak membina keluarga Syurgawi, keluarga bahagia, tak ramai yang tahu. Mungkin ramai yang tahu, tapi tak ramai yang amal dan praktikkan.

snap dari telefon tak berapa pintar, itu yang tak berapa cantik sangat..^^,

Ada 7 petua macam mana nak mewujudkan keluarga Syurgawi ini. Bagi yang sudah berumah tangga, bolehlah praktik-praktikkan. Tapi, yang belum berumah tangga tu, jangan buat endah tak endah pula. Anda tetap memiliki sebuah keluarga. Ada emak dan ayah. Ada adik beradik. Ada keluarga. Sebab tak semua masih memiliki apa yang kita miliki jadi bersyukurlah.

1. Beriman dan bertakwa kepada ALLAH.
Ha! ini petua yang paling utama dalam banyak-banyak petua di seluruh alam ini. Kena ada iman. dan kena ada takwa.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-Mu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat ALLAH, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." 
- Surah Ali Imran : 133-135

Haaa... disebut tentang 5 golongan yang paling cepat masuk ke Syurga. dan salah satunya adalah orang-orang yang bertakwa. Jadi, pentingnya iman dan takwa dalam membina sebuah keluarga Syurgawi.

Ok. Nexttttt..

Kuruskan beliau? tapi sentiasa bertenaga!

2. Al-Mawaddah Ar-Rahman (Kasih Sayang)
Kasih sayang perlulah diterjemahkan dengan kata-kata dan ditunjukkan dengan perbuatan. Antara perbuatan yang menunjukkan kasih sayang itu adalah dengan memberi hadiah. Ada satu hadis yang berbunyi "Berhadiah-hadiahlah di antara kamu kerana hadiah boleh menyemarakkan kasih sayang..."

Ehemm.. Next month, birthday saya.. Siapa nak bagi hadiah? boleh kita eratkan kasih sayang sesama kita. Sesama insan..=) Ok! Selain itu, ada beberapa cara untuk menunjukkan kasih sayang kita. Antaranya adalah Hadiah, kata-kata perangsang, sentuhan, masa bersama dan sedia berkhidmat. Sentuhan diantara suami dan isteri. Sentuhan antara ibubapa dan anak-anak. Sentuhan yang akan menyalurkan rasa kasih sayang itu.

Nexttttt...

3. Al-Musyawarah bil ma'aruf (Pergaulan yang baik)
Haaa... bukannya dokumentasi je kena ada 5S tau! Dalam melaksanakan pergaulan sesama muslim dan terutamanya sesama suami isteri dan komuniti keluarga, 5S sangat-sangat perlu. Apa 5S tu? Memberi Salam (Salam) -> BerSalaman (Salam) -> Senyum -> Sopan -> Sapaan.

Tak perlu banyak. amalkan 5S ni, insyaALLAH...keluarga yang dibina akan bahagia. Bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat nanti.. InsyaALLAH..

4. Rezeki yang halal.
Rezeki yang halal akan membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang unggul. Jadi, wahai suami.. carilah rezeki yang halal untuk anak dan isterimu. Kerana apa yang engkau bawa pulang akan menjadi sebahagian dari darah dagingmu. Kalau haram rezekinya, maka akan rosaklah seluruh ahli. Tetapi jika baik rezekinya, akan baiklah hasilnya. Anda buat, anda dapat..

Seterusnya
5. Amanah dan tanggungjawab.
"Jualkanlah dunia kamu dengan akhirat, nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat"

Harta itu adalah amanah. Jadi, keluarkan zakat dari harta-harta yang kamu miliki. Sebab itulah cara nak "bersihkan" lebihan amanah yang kita miliki. Kalau berkemampuan, apa salahnya kan? Kita keluar sikit. InsyaALLAH, ALLAH akan beri rezeki pada kita berlipat ganda. Jangan risau. Sebab rezeki itu dari ALLAH.

6. Berdoa kepada ALLAH dan membanyakkan membaca AL-Quran.
Ustazah sempat juga kongsikan dengan kitorang ayat al-quran yang boleh dibaca untuk melembutkan anak-anak. 

"Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir" - Surah Al-Hasyr : Ayat 21

1. Baca ayat ni dan tiupkan dalam makanan dan minuman yang dibuat untuk anak-anak.
2. Baca ayat ni dan tiup di ubun kepala anak-anak..

Haaa.. macam mana nak lembutkan hati suami dan isteri? Tak payah g cari bomoh nak guna minyak pengasih, nasi kangkang segala bagai. HARAM!. Baca doa ni, dan hembuskan di belakang leher suami mahupun isteri. Errr... tak reti chek nak ulas panjang-panjang bab suami isteri ni. Bagi yang dah berkahwin tu, kome explorelah sendiri ek? InsyaALLAH, yang baran akan kurang barannya.. Kita usaha, selebihnya serah pada ALLAH.. sebab dia lebih mengetahu sesuatu yang kita tak tahu..

Dan point yang terakhir adalah..

7. Berbakti kepada orang tua..
Tak guna kalau jadi isteri mithali, suami mithali tapi lupa tanggungjawab pada kedua orang tua kita. Sungguh! Tak guna.. Macam mana pun bahagianya keluarga yang kita bina, tapi kalau derhaka pada mak ayah, tetap tak bahagia dekat akhirat nanti. Jadi, hargailah orang tua kita. Berbaktilah kepada mereka. Tak guna wang berkepuk kalau orang tua dibiarkan tarjatuh terduduk. Ingatlah anak-anak.. Tanpa mereka, mana mungkin kita dapat melihat bulan dan matahari. Dan yang pasti, tak mungkin kita berada di mana kita berada sekarang.. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. Lalalala...

  



2 comments:

Rasp said...

tq soooo much for sharing this...
sgt sgt suka....

maszull said...

assalamualaikum sara...menarik ni...:)