Makan : How to make simple Pecal!

Friday, December 14, 2012

Salam Jumaat!
Penghulu segala hari..
Perut lapar. Ok fine! Tengah tunggu bebudak ni g sembahyang jumaat baru nak terjah cafe. Sabar ye perut! Weee...

Godek-godek gambor dalam telepon, sekali jumpa gambaq-gambaq pecal. Nyumm..nyummm... Tetiba rasa nak makan pecal homemade version.. Ngeee


Inilah bahan-bahan asas untuk buat pecal. Vegetarian-look! Hehehe.. Saya suka!
The best part kalau guna sayur kangkung liar atau kangkung kampung. Tak tahu nak explain macam mana. Tapi Kangkung ni lagi sedap dari kangkung bandar.erk? Macam mana nak bezakan? Kangkung yang sedap ni, daun dia besar dan lebar. Yang kureng tu, daun dia panjang-panjang. If you go to market, then you can see the difference..

Kangkung liar a.k.a kangkung kampung ni, kalau beli dekat pasar hari murah je. Seringgit boleh dapat segenggam lebih. Makan pun puaslah habaq kat ang. Kalau saya g pasar hari, memang saya cari kangkung kampung ni. Bahan lain, ada timun, kacang panjang dengan sengkuang. Sengkuang dengan timun ni sejuk. Best makan!


Lepas tu, timun dengan sengkuang tu hiris halus-halus cenggini. Kalau malas, guna sagat je. Cepat sket kerja. Lambat-lambat karang kebuluq pula. Susah! Kacang panjang dengan kangkung tu celuq dulu naaaaa.. Jangan celuq lama-lama, hilang zat dia nanti! Hehehe.. Lepas tu potonglah. Jangan besaq sangat, jangan kecik sangat. Sedang-sedang ja orang tua kata. Kalau besaq sangat, mak saya kata "Nak jamu anak gajah makan kaaa??" Hahaha...

Ha! Nampak tak yang dalam plastik sebelah itu? Ha! Itulah rencah untuk buat pecal yang saya suka ni. Rempah Instant. Tapi kampungmade lah. Idaknya nak jumpa dekat Tesco, Jusco, Billion bagai. Ini beli dekat kampung mak. Sepaket tu boleh berapa kali makan ntah. Tuang ikut kadar sayur-sayuran kita, then tambah air panas sket. Sikit je tau.. Sebab nanti bila dah gaul, timun dengan sengkuang tu bagi ayaq juga. Bancuh ala kadar, lepas tu masuk semua bahan-bahan yang dah dipotong-sagat-celuq tu ke dalam bancuhan pecal tu..
Gaul sehingga sebati kesemuanya...

Dannnnnn
Sedia untuk di makan!


Siap untuk dimakan.. Sedap! Makan macam gitu pun boleh.. Nak makan dengan nasi pun boleh. Terpulang kepada selera masing-masing. Oh ya! Kalau nak bubuh tauge pun boleh. Tapi make sure celuq dulu tauge tu naa.. Disebabkan chek yang jadi chef in da house, dan chek tak makan tauge, makanya no tauge inside my dishes! Hahaha.. Tapi kalau big boss a.k.a my abah suruh letak tauge, terpaksalah chek asingkan bahagian chek sesiap. Dan selebihnya tu bubuh tauge. tapi biasanya orang dalam rumah tu tak demand pelik-pelik. Apa yang ada, itulah yang di makan. Muahaha...

Ok.. entrie hari ni ada ala-ala i miss my home.. Waaaa...nak balik ghumah!!!
Salam Petang Jumaat U ooollllssss....
 



0 comments: