Malaysia 1 - Thailand 3 (=__=)"

Thursday, December 13, 2012

Berakhir sudah....
Gajah mengamuk..harimau terduduk...
Akhirnya..Thailand menang dengan agregat 3, Malaysia 1.
Fiuuuu...

Saat-saat yang sangat mendebarkan. Sampai hambo pun ikut terjerit! Muahahaha... Bahaya betul kalau tengok bola sensorang ni. Tak reti nak cover-cover dah..
Tapiiiiiii... how come pemain Malaysia sampai kena kad kuning merah ni?? Aigooo.. stress pula hambo tengok!

Dari pemerhatian saya yang tak berapa nak reti main bola ni, corak permainan pemain-pemain Thailand memang kemas sehhh... Sorry to say. Pemain Malaysia banyak yang terlepas bola. Especially bila siapanamadiatu kena kad kuning dan sekaligus kad merah. Memang nampak macam berterabur habis.. Hahaha...Ke orang main bola memang berterabur macam tu? Ok! Saya yang baru tahu..

Tapi, saya suka penjaga gol Malaysia.. Hebat tu.. Walaupun lolos dua goal pada Thailand, tapi boleh nampak kesungguhan dan kecekapan penjaga gol Malaysia mengawal gawang gol tu. Kalau saya? Saya lari dah.. Hahaha... 

Saya ada baca dalam internet. Jurulatih Thailand dah kata nak kawal Shahruladha(?) ala yang pofular dengan nama Mat Yo tu.. apako namanya? Ha! Itulah. Diorang nak kawal ketat Mat Yo dari dapat bola pada jarak 50-60 meter. sebab tandukan Mat Yo tu berbisa kot.. eheh.. Tapi siyesly, kalau tengok game malam ni, memang terkawal habislah Mat Yo malam ni. Dia sorang pun nampak berapa orang  yang jaga sungguh-sungguh.

Apa-apa pun...good job team harimau Malaya.. Harimau mati kan meninggalkan belang? Eheh.. Apa nak bimbang..



p/s:: Menurut Prof.Madya Dr.Harlina Haliza dalam semanis kurma malam ini, purata paling subur seorang wanita adalah pada usia 24 tahun.. Waaaaa....nak kena kahwin cepat ni.. Bulan 9 tahun depan dah 25tahun.. Huhuhu.. Ustazah Bahiyah kata, wanita disarankan berkahwin sebelum usia 30 tahun. Bukan apa, nak elakkan menjadi "Perempuan tanpa rahim".. Sedih woooooo... 

Eh, dah salah topik! Hahahaha...



1 comments:

iZyaN IrYani mOhd yAZid said...

kalau boleh memang nak kawen cpt..tp apakan daya jika blm tiba masanya..sungguh!! saya nak kawen..