Yeay! Cuti!

Tuesday, January 31, 2012



Urmmm....malulah...hikhikhik...
Debuk! 

Esok cuti!!
Selamat Hari Wilayah!!
Yeay!!..



Topup Iman[5] : Betul tu..

Monday, January 30, 2012



Betul tu.. Jadi, kenapa nak cari dan kejar sesuatu yang tak pasti?
Sesungguhnya ALLAH lebih MENGETAHUI sesuatu yang tidak KITA KETAHUI. 

(^___________^)'




WishList 2012



Seminggu bercuti.. tetiba bleh terlintas pasal WISHLIST.. Something i wish to get.. Someone.. Somewhere.. and all the some-some thing..

Ahaks.. Apa je ek WISHLIST untuk 2012 ni? Agak-agak 1 of them bleh dapat tak? ('o,')

1. Proton Saga FLX 1.6l
Perghhh... bile tengok rege ada dalam RM49,899 dalam erti kata lain about RM50,000.. fullamak... banyak tu nak kena kumpul duit ni..eheh...


2. Nikon 1 J1
Pink color is awesome.. Fire red pun ok juga.. Regenye dalam RM1,998 atau dibundarkan menjadi RM2,000.. Mahal juga woo.. tapi nice sebab bleh buat motion snapshot! Nak beli dslr macam professional sangat..ahaks..




3. Apple Ipad
ahaks.. sebelum ni teringin nak beli Asus Transformer.. tapi bila tengok-tengok balik, Dah alang-alang nak apa kata grab Apple Ipad tablet plak? Hohoho... Berapa ntah regenya?? Jom usha..err..start from $499? mean that around RM1200++??..okkkk..



4. Rumah sendiri
Owh.. yang ini wishlist jangka panjang.. Nak beli rumah sendiri. features: Double. Lot tepi sebab senang nak bercucuk tanam(ahaks). Dekat mana? Entahlah labu.. Jom kumpul duit dulu, pastu baru fikir nak cari rumah sendiri tu dekat mana..=D

5. Get married!
Ahaks.. gatai noo.. Ini pun wishlist jangka panjang. Al-maklumlah, jodoh tu kan rahsia ALLAH.. bila tengok sana sini kawan-kawan dah bertunang dan berkahwin, haruslah nak juga kan? kalau dah kahwin, bleh dok rumah sendiri. Dok rumah mentua pun tak kisahlah.. Janji ada dapur! Ahaks.. stress ooo dok asrama tak ada dapur tu.. Nak memasak pun serba kekurangan.. terus drop motivation nak memasak.. agaga.. Nak duduk rumah sewa, gaya tak brape nak secure sangat..=D.. Bukan nak pikat suami je melalui perut ok... Nak pikat mood sendiri supaya enjoy selalu pun harus melalui perut! Perut kenyang! hati pun suka! penyakit dapat dikurangkan..~merepek dah...

Ok2x.. setakat ni, baru 4 benda je yang terfikir dalam WISHLIST 2012. Bila nak dapat tu, Wallahualam... doa-doakanlah ye..=D



Warming Up

Walla...seminggu plus-plus tak update blog.. sonyap seketika.. kenapa? sebab balik rumah.. dan broadband dah kena bar sebab tak bayar! Ahaks.. Layan je lah..

So, entrie warming up hari ni..


i'm proud to be a muslim women!.. (^o,^)

and happy engagement day to Afiqah and Che Pah!.. Barakalluhamma..




Macam mana orang ikat tie ek?

Wednesday, January 18, 2012

Oyasumi Nasai....

Masa zaman sekolah pakai baju peach, kain koko.. Tak pun kadang-kadang baju putih, kain khakis... Perkara yang best dibuat adalah melihat pemakai tali leher membuka tali leher sepenuhnya dan menggulung lantas menyimpannya di bawah meja. Oho.. entah kenapa, rasa kagum dengan insan-insan ini.

Yolah, zaman sekolah saya.. Yang pakai tie ni, lelaki je. Perempuan sekalipun jadi BWP mahupun LDP, baju rasmi tetap baju kurung. Bezanya warna je. Jadinya, sehingga kini pun.. saya memang tak pandai ikat tie.. sebab tu saya suka tengok lelaki buka dan ikat tie! Hahaha.. Childish!

Dan entah kenapa, saya suka juga window shopping dekat bahagian neck tie tu.. Awesomelah tengok tie banyak-banyak tu. Tapi sejak masuk Universiti, susah nak tengok lelaki pakai tie.. Al-maklumlah, baju rasmi diorang kemeja-T berkolar je. Kalau pakai kemeja lengkap bertie pun bila ada presentation or majlis rasmi. Kalau tak, susah!!.. Dan perlahan-lahan, neuron yang bertindak balas terhadap reaksi yang satu itu mengecut dan mati begitu sahaja...


Meningkat usia, bila neuron yang selalunya digunakan untuk merasa seronok melihat suasana lelaki mengikat dan meleraikan ikatan tie tidak lagi digunakan, makanya..neuron tersebut telah pun mengecut dan mati.. Lahirlah neuron-neuron baru yang bertanggungjawab untuk meransang aktiviti dan perasaan baru.. Ahaks..

Tapi, serius beb! Tak taulah kenapa. Tapi, zaman sekolah dulu.. waktu kelas terakhir around 12.50pm, mestilah semua bertempiaran lari ke dewan makan kan? Dan kebiasaannya, waktu-waktu terakhir nilah budak lelaki akan membuang tie mereka. Kalau diperhatikan, macam-macam gaya ada. Ada yang longgarkan sikit, pastu tarik bawa keluar dari kepala lepas tu campak masuk laci meja. Ada juga yang longgarkan sampai habis atau buka tie dan gulung elok-elok simpan dalam laci. Ada juga yang longgar sikit, pastu tinggal je atas meja..


Lepas makan, biasanya pergi masjid untuk solat zohor terus. Dan seingat saya, setiap hari isnin dan selasa ada kelas petang. Start at 2pm. So, kenalah pakai tie semula. The best part is, tengok orang ikat semula tie tu ke lehernya. Dalam kepala otak masa tu, puas fikir.."macam mana diorang ikat tie boleh kemas cenggitu? Tengok macam mudah. Tapi apsal aku buat tak pernah jadi pun?.."

Dan entah kenapa, hari ini saya teringat dekat kisah meng"usha" orang mengikat tie.. Hakikatnya orang itu bukanlah dalam term multiple person. Ok..cut it out.. Time to sleep.. Nunytttee everyone.. Buat adik kayu, welcome to semenanjung~.. But, i'll be going to the north!..=D Untuk akak kayu, all the best for the evaluation~..



Conteng-conteng

Tuesday, January 17, 2012

Petang tadi dah blogwalking kejap.. sebab malam ni tak bleh nak berjalan-jalan sangat.. Nak mengemas.. Heee.. gonna back to home tooooo... Cuti Chinese New Year kan?  Haruslah zoom balik rumah.. Eheh.. Dah promise with my mom nak tolong beliau mengemas harta karun di rumah sebab Pak Ngah nak mai ketuk rumah..

Ketuk rumah ni bukannya "Tok..tok..tok.. Ada orang kat dalam tak?...." Hee.. Tapi nak mai ketuk-ketuk, pecah sana, pecah sini.. Nak pernaik ghumah.. Eh, apa yang saya mengarut ni? Urghh..apa-apa jelah..

Agenda malam ni.. basuh baju... dengan pertolongan orang gaji dari Jepun..('o,').. Kemas buku-buku dan journal yang berselerak mengalahkan perpustakaan negara je.. Konon banyak sangatlah buku tu kan? Hee... Lepas tu nak menonton Vanilla Latte..Eh, Vanilla Coklat.. Eh, apa-apa jelah maksudnya..

And hopefully esok berjayalah bermain dengan AnalyzefMRI tu.. Balik rumah sonang sket nak buat offline.. Yeay! Ganbatte ne! Think Positive Sara! Nothing is impossible to be done. Everything has their own solution.. Jangan putus asa! Kelak kau kan berjaya!!..

Cheq tak sabaq habaq kat ang.. Tak sabaq nak balik ghumah.. Hahaha.. Boleh ajak mak main masak-masak.. Kahkahkah... Esok first time amik bas malam dari KL ke AS... Ceit, macamlah dah lama sangat dok KL ni kan?? Travel malam dah.. Travel siang pun dah.. Tapi, prefer travel malam lah.. Bleh tiduq.. Travel siang dengan bas amatlah meletihkan sebab terasa sangat jauh nak sampai destinasi yang dituju tu.. Hehhe.. lelah...

Hopefully everything gonna be fine! InsyaALLAH... 



Bukan sebab kita berbeza..

Selasa petang. Sambil ber"main" dengan DICOM, MatLAB dan apa ntah lagi seadik beradik dengannya, telinga layan IKIM.FM. Online version. Nak dengan IKIM.FM secara online juga? KLIK IKIM.FM.. dan selamat mendengar..=D


Boleh ke mendengar sambil buat kerja? For certain people, tak boleh. But for certain, they can. Sebab apa? It's all because of your brain. Ada sebuah buku yang saya baca bagitahu..

Lelaki kalau nak jawab panggilan telefon, dia akan suruh tutup radio atau TV yang tengah terpasang tu. Tapi tidak perempuan. Paling-paling suruh slow volume je sebab tak dengar. Kenapa perkara ini terjadi? Menurut penulis buku tu.. Hal ini disebabkan oleh struktur otak wanita dan lelaki secara biologinya adalah berbeza. Lelaki hanya fokus pada satu perkara dalam satu masa. Diorang tak boleh diganggu. Sebab tulah lelaki mudah naik angin kalau dia tengah bercakap dekat telefon, kita dok sibuk nak bercerita itu ini..

Tapi berbeza pula dengan wanita. Wanita boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Sebab tu ramai perempuan memasak sambil tengok TV! Sempat lagi buka majalah Wanita! Agaga.. Benarkah semua itu? Secara fakta neuron, hal ini disebabkan otak wanita mempunyai lebih banyak Corpus Collasum yang menjadi "jambatan" penghubung antara hemisphera kanan dan kiri berbanding lelaki. Disebabkan itu jugalah wanita mudah tercampur dengan emosi berbanding lelaki!..

Wahahaha.. Malas dah nak olah panjang-panjang.. Bak kata penulis tu, kita bukan nak cakap siapa lebih hebat! Tetapi lebih kepada nak membantu wanita dan lelaki saling mengenali sifat masing-masing. Sekurang-kurangnya, salah faham dapat dikurangkan!.. Tak adalah berlakunya kes si lelaki dok berkerut fikir masalah enjin kereta semput-semput, tapi kita yang perempuan nampak wajah berkerut lelaki, dok fikir yang diorang tengah marahkan kita!.. Agagaga...

Selamat petang Selasa!



Entrie Hits : Running Man

Monday, January 16, 2012

"Run! Don't Walk!"

Variety show yang tengah hangat-hangat dan panas di pasaran ketika ini.. Kalau tengok statistik, mostly datang blog ni sebab Entry pasal Running Man. Wahh.. memang tak dinafikan memang ramai peminat Running Man kat Malaysia ni. Siap tubuhkan Group Fan Running Man Malaysia lagi. Nak join juga? Pergilah klik situ..('o,') Meriahkan komuniti tu.. Saya jadi sleeping member.. Eheh.. banyak involve dalam group Running Man dengan Yoo Jae Suk Fanpage.. Ahaks..

Haa...dulu buat entry Running Man nak datang Malaysia ?.. Ok, penghujungnya ada tanda soal.. Hahaha.. mungkin sebab BI saya fail, sebab tu saya letak tanda soal dekat hujung tu. Tak pasti kata orang.. Tak sangka plak ramai yang singgah baca.. Hee.. Dan siap ada yang perbetulkan lagi.. katanya bukan nak datang Malaysia[?] tapi just jual variety show tu ke 9 buah negara Asia.. Oklah.. acceptable..

Tapi.. tak mustahilkan kalau team Running Man tu buat pengambaran kat Malaysia? Yelah kat China dengan Hong Kong dah.Thailand pun dah.. Mana tahu kalau lepas-lepas ni depa nak mai Malaysia pula.. Buat Malaysia Race pula.. ye dak? Sekurang-kurangnya, selain dari peminat dekat China, Hong Kong dengan Thailand yang dah tunjukkan sokongan mereka begitu juga peminat-peminat kat Malaysia ni... Wohoho....


Tapi, nampak gayanya bukan dalam masa terdekat nilah since keluar pula berita begini di twitter.. Tak kesahlah beb.. Depa nak buat kat Malaysia ke tidak.. Janji i tak miss setiap episode! Hehehe.. Kalau yang ada Astro tu bolehlah layan channel yang terpilih setiap hari Jumaat tu untuk tonton Running Man. Tapi macam i yang tak ada piring Astro ni, layan online jelah.. Kalau nak cepat, download Facebook version dekat Kshownow.net. Biasanya 3 hari lepas airing dekat Korea, dah boleh tengok yang Eng. subs dekat website tu.

Tak pun, pergi je Isubs.com.. Bleh download HD punya.. Ok then...

Yeay!.. Let's Run!

Psssttt ::: Tengah tunggu Episode 77 pula.. Plus nak tengok WGM Teukso Couple next episode pasal Blind Date Super Junior!! We are Fighting Junior!



Topup Iman [4] : Mas kahwin berapa?


"Dan berikan kepada mereka(salah seorang wanita yang kamu kahwini) melimpah ruah harta(mas kahwin)"

Semoga beroleh penjelasan yang jelas dari video di bawah.. sekadar perkongsian..



Topup iman dan motivasi diri biarlah seiring...('o,')

Mas kahwin yang paling murah(memudahkan) adalah:
1 cincin daripada besi biasa @ Bacaan al-Quran

Dan yang paling tinggi:
400 dirham = RM8800

Tetapi, yang terbaik adalah meletakkan sesuatu yang tidak menyusahkan kedua pihak. Hantaran ikut adat. Bukan sesuatu yang diadakan ketika zaman Rasulullah..

Mas kahwin = milik wanita
Hantaran = milik keluarga[?]

Oho...anak yang nak kahwin, anaklah yang kena keluarkan duit belanja kahwin bukan mak ayah! ok.. cari duit dulu.. jangan dok pikiaq nak kahwin ja... hohoho..Lelaki ka, perempuan ka sama-sama kena cari duit untuk kahwin..=D

Sebab bapa bertanggungjawab kahwinkan anak dengan cara menjadi wali dan mencarikan jodoh untuk anaknya. Belanja kahwin sepatutnya pada pasangan yang hendak berkahwin.

Tak percaya? Dengar sampai habis ok!




Jom Tidur!!!

Sunday, January 15, 2012

"Apakah watak yang dipegang Tan Sri P.Ramlee di dalam drama Anakku Sazali?"

Siapa ada jawapan? Angkat tangan!!!.. "Buah tangan" Tan Sri P.Ramlee yang tak pernah jemu ditonton meskipun beliau tiada lagi di dunia.. Saya membesar dengan cerita-cerita karya P.Ramlee.. Macam kelakar pun ada.. Ulang tengok dekat 10-20 kali dah.. Tapi, kalau yang lawak tu, ikhlas je gelak.. Hikhikhik..

Thumb up dengan karya-karya beliau. Selain itu, layan juga kalau dengar lagu-lagu P.Ramlee ni.. Suara dia, fuhh susah dicari ganti.. Sodappp.... 


Isy, ini penangan JANGAN TIDUR LAGI lah ni.. Boleh pula bagi soalan cenggini.. Dah..dah.. Jom layan Ady Putra, Rosyam Nor dengan Fauzi Nawawi..
Hero Malaya Katanya.. Kalau tambah eron ajiz mesti bertambah-tambah havok sri pentas tu.. hahaha....

"Sedetik wajahmu muncul dalam diam
ada kerdipan ada sinar
begitukan bintang ataupun rembulan
terima kasih kuucapkan..."

Lagu kenangan.. Lagu yang sentiasa menggamit memori ketiga di menengah rendah..~Yaw.. 

pssttt::: Sambung baca Buku Why Men Don't listen and women can't read maps.. I story later ok!.. Nunnyyyytttteee...
Oyasumi Nasai Minnasannnn....



Esok Isnin...


Esok isnin.. makanya...






Topup Iman [3] : Jom Betulkan Niat 2

Assalamualaikum...
Salam petang ahad semua!!!..

Slot petang ni, kita sambung bicara pagi semalam. Dah baca belum? Kalau belum, feel free to read it first. Bukannya apa, at least you should know which "golongan" did you fall in.. Eh, ate betul ke tidak saya ni? Hee..

Ok! Dah kenal pasti anda berada dalam golongan mana? Perlu ke tidak untuk betulkan niat dalam menuntut ilmu? Kalau rasa anda sememangnya berada di landasan yang betul iaitu berada niat tu dah betul, that's good!. Tapi, saya tahu.. as human being, kita tak dapat nafikan yang kadang-kadang kita tersasar dari niat sebenar kita datang ke majlis ilmu atau datang ke universiti. Betul tak? Sebagai sambungan kepada slot pagi semalam, jom kita layan..

Kata Ustazah dalam program Al-Hidayah tu, kalau kita nak betulkan niat yang tersasar ni, MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI!. Jangan dok sibuk nak perbetulkan orang lain. Betulkan dulu niat kita yang tersasar tu. Tapi macam mana? Ada 3 langkah. 3B. Betulkan, Berdoa dan Bertaubat. (^o,^)

1. Betulkan diri sendiri.
Macam mana? Analisis kembali diri sendiri. Muhasabah diri. Soal diri. Apa tujuan sebenar kita ke majlis ilmu? Apa matlamat asal kita masuk ke sekolah, universiti, kolej dan institusi pendidikan yang lain? Kenapa? Bila dah revise kembali matlamat dan tujuan asal, bolehlah mula membetulkan amalan kita. Bila amalan kita dah betul, perlahan-lahan kita akan belajar dengan hati. Bila kita belajar dengan hati, kita boleh menunjuk ajar orang lain juga dengan hati. Dan ikatan hati ini akan berterusan di mana, yang belajar dengan kita juga akan menerima ilmu yang kita sampaikan dengan hati. Bersatunya hati-hati kita kerana matlamat kita yang sama. Iaitu menuntut ilmu kerana ALLAH S.W.T. Kita belajar, faham dan manfaatkan pada umat.

2. Berdoa dan bertaubat
Haa.. Kalau kat zaman sekolah, setiap kali cikgu masuk..lepas bagi salam mesti ramai-ramai baca doa belajar. Betul tak? Lepas baca doa, rasa mudah je terima ilmu yang cikgu sampaikan. Tapi bila masuk kolej mahupun U, jangankan doa secara berjemaah. Salam pun lecturer yang mulakan dulu.. Kalau nak dengar student jawab pun mungkin sayup sayup je. Terpulang pada institusi tu. Sebab lain tempat, lain caranya. Doa yang paling mudah adalah Basmallah. betul tak? Mulakan setiap tindakan kita dengan ungkapan "Bismillahirahmanirahim...." Tak susah kan? 

3. Barulah betulkan orang lain.
Ketahuilah bahawa orang yang betul niat belajarnya bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri tetapi juga memberi manfaat kepada orang lain. Mudahkan nak betulkan orang lain kalau diri sendiri dah betul?

Sebelum mengakhiri penulisan untuk petang ni, saya nak kongsikan TIPS BELAJAR TIDAK TERSASAR. Urmm.. saya dapat tips ni dari program AL-HIDAYAH hari jumaat. Jadi, tak salahkan untuk berkongsi?

1. Kembalikan niat kita "Kerana ALLAH"
2. Ikhlas sentiasa dalam menuntut dan menyebarkan ilmu.
3. Ingat belajar itu satu perintah nabi
    - Ilmu itu milik ALLAH. 
4. Sentiasa berdoa kerana DOA itu tanda kita sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
    - Niat haruslah sentiasa disusuli dengan doa agar ALLAH sentiasa memperbaiki niat kita. Dan jangan lupa juga untuk sentiasa mendoakan ibu bapa dan guru kita supaya mereka juga akan mendoakan kita untuk menjadi orang yang berjaya. InsyaALLAH..

Wallahualam.. Maaf kalau ada kekhilafan yang disengajakan atau tanpa sengaja..(^o,^)






Yeay! Shopping Buku dengan BB1M!

Saturday, January 14, 2012

Assalamualaikum...

Hai olllsss....
Fuhhh.. penat dan sakit kepala.. Gara-gara pergi shopping[?].. Heee...
Hari khamis ritu, 12hb Januari..dapat email dari pihak MJIIT bagitahu yang baucar buku 1 Malaysia boleh mula ambil hari Jumaat, 13 Januari.. Jadi, apa di tunggu lagi? Pergilah ambil. Ye tak? Dapatlah 4 keping baucar bernilai RM50 dan secara totalnya adalah RM200

Logically, banyaklah kan? Too much. Since postgrad tak tahu nak cari buku apa jer..plus buku yang supervisor bagi masih berbaki tidak sudah dibaca dek kerumitan memahaminya[?], jadi kita cuba manfaatkan baucar itu sebaik mungkin. Lepas zohor, pergilah ke ALPHA ANGLE SHOPPING CENTRE.. Perghh..dengar nama tempat macam hebak je kan? Lebih mudah, pergi Jusco Wangsa Maju. The nearest one.

Kat situ ada MPH. Sebenarnya tak tahu pun valid ke tidak baucar ni dekat situ. Tapi dari luar, dah kelihatan papan notis bagitahu "Baucar Buku 1 Malaysia diterima di sini..". And guest what? Student memang ramai. Shopping dalam kedai buku pakat bawa bakul sorang satu.. Heee.. Saya pun, angkut jugalah bakul kan?? Hehehe.. Belek sana, belek sini.. Jalan ke sana. Jalan ke sini. Timbang buku tu, timbang buku ni.. Urmmm..

Aih, Sara + bookstore = A lot of money!. Hahaha.. Kalau tak over RM50 memang tak sah. Ada bayang-bayang yang baucar ni boleh habis dalam sehari je ni. Mata, minda semua memang dah tuju dekat satu buku dah. Dan harganya pun cukup-cukup 2 baucar. Let's check it out, apa barang je yang cik Sara beli kat MPH Bookstore tu?

1. Ensiklopedia Solat 
Kata Pengantar By Datuk Haji Md. Hashim Yahaya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan

2. Why Men Don't listen and women can't read maps Malay Edition by Allan and Barbara Pease.

3. OXFORD Dictionary and Thesaurus of Current English

Jumlah keseluruhan termasuk kos beg plastik adalah sebanyak RM150 + RM1.90. Maknanya, dah habislah 3 baucar dalam masa kurang 12 jam.. agaga.. Tak pe, buku dibeli untuk dibaca, difahami, diamalkan dan dimanfaatkan. Semoga saya beroleh manfaat dari ketiga-tiga buku ini.

Ha! Lepas habis melaburkan baucar di MPH ALPHA ANGLE SHOPPING CENTRE, pergi Wangsa Walk Mall pula. Masuk POPULAR. Pun sesak juga.. Dalam hati "Aih, takkan nak habiskan lagi RM50 pula kan? Hehehe..."

Akhirnya, sekadar cuci mata melihat buku-buku. Oh ya! POPULAR pun terima juga baucar tu.. Kepada yang lain, selamat bershopping! Shopping buku sebenarnya sangat FUN! I love it!..

psstt: Nanti bila nak kahwin, one of the hantaran MUST be a collection of BOOKS because i love readings! Ahaks.. Gelang emas, rantai emas segala bagai tu tak payah letak dalam dulang. Kalau besar sangat nanti orang kata menunjuk. Kecik sangat orang kata kedekut. So, tak payah letak barang kemas..(errr..ada ke yang bagi barang kemas dalam hantaran?? hahaha..ngarut sudah..)



Topup Iman [2] : Jom Betulkan Niat 1

Assalamualaikum...
Salam Sabtu pagi.. Ohayou minnasan..


Semalam tonton Al-Hidayah. Dapatlah ilmu yang sangat berguna. Jadi, dari simpan sensorang eloklah kalau dikongsi di sinikan? Sambil tu, boleh sama-sama topup iman. Jom betulkan Niat.. Niat apa? Niat sebenar kita berada di sekolah, universiti mahupun ceramah dan majlis ilmu yang lain. Betulkan niat bahawasanya aku menuntut ilmu ini adalah kerana ALLAH S.W.T..


Tapi sebelum tu, cik sara nak bagitahu kamu-kamu tentang golongan yang menuntut ilmu ni. Ada 4 golongan semuanya. Let's check it out!

1. Untuk mendapatkan fizikal atau materialistik
Contohnya : Dia menuntut ilmu semata-mata sebab nak mendapatkan result yang baik.. Astaqfirullah, bila masuk minggu exam kekadang terjadi sebegini juga.. Ataupun, dia menghadiri majlis ilmu yang diadakan di tempat yang ber"air-cond" tapi tidak di tempat tanpa "air-cond". Pendek kata, pilih materialistik dulu baru masuk untuk majlis ilmu tu.. Urmm....

2. Untuk emosi atau seronok sahaja
Contohnya : Nak belajar sebab Cikgu tu best, Ustaz tu kelakarlah.. Tak naklah pergi dengar majlis ilmu tu, bosan betul tengok ustaz tu bagi ceramah.. 

3. Untuk intelek atau untuk pandai sahaja.
Contohnya : Dia menghadiri kuliah atau majlis ilmu yang dapat mencabar pemikirannya sahaja. Yang mudah, tidak mencabar ditolak ke tepi. Sebab dia belajar nak bagi pandai je.

4. Untuk spiritual atau untuk Allah.
Contohnya : Dia pergi kuliah atau majlis ilmu sebab nak menambah ilmu, memahamkan ilmu dan seterusnya membolehkan dia mengamalkan ilmu yang diperoleh itu.

Ok. Dalam 4 golongan ni ada 3 golongan yang tersasar dari niat sebenar menuntut ilmu atau belajar iaitu golongan 1,2 dan 3. Kenapa? Sebab 3 golongan ini terlalu mengharapkan orang lain. Dalam erti kata lain, 3 golongan ini adalah golongan yang mementingkan diri memasing.=D

Tapi, bagi golongan ke-4, mereka tak mengharapkan pada orang lain sebab mereka yakin ALLAH sentiasa ada bersama mereka. Oleh itu, mereka cuba mendapatkan ilmu dan menggunakan ilmu yang diperoleh itu untuk muhasabah diri meskipun penyampai ilmu itu tidak memiliki unsur humor dan mendatar. Sebab pada dia, bukan penyampai tapi isi kandungan ilmu yang disampaikan. Dan bila mendapat ilmu, dia akan cuba amalkan dan sampaikan juga pada orang lain.

Haaa.. macam mana? Agak-agaknya kita ni masuk dalam golongan yang mana ek? Kalau dah tersasar niat tu macam mana nak betulkan kembali? Apa pula tips agar belajar tidak tersasar dari niat awal kita? Haaa... saya olah dalam entrie berikutnya ye?. 

Oleh itu, Jom muhasabah diri. Koreksi diri kita. Dan kenal pasti di manakan letak duduknya kita dalam menuntut ilmu. Adakah kita dalam golongan 1, 2,3 atau 4? 

Sampai ketemu lagi~






Topup Iman : Jaga Bicara Mu..

Friday, January 13, 2012

Slot terbaru di laman sesawang Cik Sara.. Hik hik hik.. gelak sopan sambil tutup mulut.. (^____-)

Slot ini diwujudkan sebagai medium untuk saya perbaiki diri sendiri dan menjadi medium juga untuk kita sama-sama topup iman. Ingat kredit telefon je yang kena topup ke?? Iman pun kena topup beb!! Kalau tak, kering..Negatif... Siapa yang susah?? Mereka dan keluarga mereka juga.. Tapi hari ni tak adalah nak sentuh pasal iman ke apa. Sebab secara jujurnya saya pun dalam proses men"topup" lagi. Tapi.. Ini status FB saya malam ini:


Dah lama tergerak nak tulis pasal ni..
Sebab sejak akhir-akhir ni saya tengok Wall FB tu macam penuh dengan cacian dan makian apatah lagi hinaan. Kalau bahasa inggerisnya apa tu.. F**********.. Nak disensoredkan jadi 
%#^*(&%$%&*(

Lebih kurang begitulah. Yang menjadi lebih terkilan bila status bicara ini keluar dari mereka yang punya ILMU di dada. 

Saya taklah hebat sangat. Masih lagi belajar bertatih di bumi ALLAH ni. Tapi tak salahkan kalau saya mengajak anda-anda semua untuk bertutur dengan lebih sopan. Bukankah bahasa kita sudah cukup indah?? 

Nak menegur ada caranya. Nak membantah pun ada caranya. 
Kesian bila baca anggota polis, atau penjawat awam mahupun orang perseorangan digelar anjing, monyet, siput babi dan etc. Atau bila mana manusia disamakan dengan haiwan. Sedih! Sedih! dan sedih!.. Apa perasaan kamu kalau ahli keluarga kamu adalah anggota polis,penjawat awam atau orang perseorangan itu dan orang lain menggelarnya anjing,monyet dan etc? Pasti tempelak bukan? Jadi, mengapa perlu lantang bersuara dan mem"binatang"kan manusia lain?

Manusia takkan pernah sama dengan Haiwan!

Sama juga perihalnya kalau kita dok ejek si polan tu Gemuk gedempol, kurus keding, kontot dan sebagainya. Bukankah yang menjadikan mereka dan kita adalah ALLAH?. Mengejek mereka seolah-olah kita sedang mengejek makhluk yang dijadikan ALLAH. Astaqfirullah..

Saya bukanlah seorang yang tinggi ilmu agamanya, cuma makhluk yang dijadikan ALLAH punya akal dan fikiran untuk berfikir dan rasa terkilan mendengar bicara yang dituturkan orang-orang disekeliling..

Kalau mereka salah, kita tolong perbetulkan dengan cara yang berhemah bukan mengejek atau menghina. Kalau kita dilemparkan batu, kenapa tidak kita balas dengan bunga mahupun buah? Kenapa perlu ikut membalas dengan batu?

psstttts::: maksud saya janganlah kita mencaci, mengejek dan menghina terutamanya sesama ISLAM.. ISLAM itu indah. ISLAM itu pentingkan persaudaraan.. 
( Koreksi diri kita. Benarkah kita memperjuangkan dakwah islam yang dibawa Rasulullah?)

Oleh itu, ayuh kawan-kawan.. Jaga tutur bicaramu.. Lafazkan dengan berhemah. Semoga keindahan bicaramu membuatkan ilmu yang engkau miliki bermanfaat buat seisi alam~




Teh Ais, Sudu dan Garfu : CKT Botak

Thursday, January 12, 2012

Apa kebendanya Teh Ais, Sudu dan Garfu?? 
Err.. bukan tajuk novel jauh sekali tajuk drama di TV. ('o,')..


Nak buat satu slot baru. Slot : Teh Ais, Sudu dan Garfu.
Ala-ala Slot Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu. Slot untuk berkongsi tempat-tempat makan yang saya terjah selama berada di BUMI KUALA LUMPUR ni. Kenapa Teh Ais, Sudu dan Garfu?


Sebabnya, ke mana sahaja saya pergi makan.. minuman yang wajib di"order" adalah Teh Ais. Lebih kurang misi mencari Teh Ais yang sodap mengikut selera tekak saya. =D.. I love Teh Ais.. Hahaha.. Sudu dan Garfu? Selalu kalau pergi makan, tak kisahlah mangkuk atau pinggan, pelengkapnya pasti sudu dan garfu kan? Jadi, pada saya kalau ada Teh Ais, Sudu dan Garfu maknanya bersedia untuk makan!.. (^_______^)


Slot [1] untuk malam ini adalah Char Kuew Tiow Botak. Ala, sesiapa yang selalu follow cerita JJCM TV3 mesti tahu. Dah lama sangat rasa nak makan Char Kuew Tiow. Sekali bila tengok JJCM, terdetik : "Nak ajak Yan pergi makanlah CKT ni.." Lagi teruja bila tengok alamat dekat Wangsa Maju je. Tak jauh dah!


Dan akhirnya.. berjaya juga sampai ke Gerai Char Kuew Tiow Botak ni.. Weeee..


Gerai ini terletak di Rampai Business Park. Landmarknya adalah Tangki air di kawasan kedai-kedai. Masuk je Rampai Business Park, boleh nampak deretan kedai. Saya dan kawan-kawan sampai selepas maghrib. Gerai CKT Botak ni lebih berkonsepkan Self-Services. Maksudnya, sampai je gerai, kena beratur nak order makanan. Tak ada orang yang nak datang ambil menu. Selain Char Kuew Tiow, kat sini boleh dapat Mi Udang dan juga Kuew Tiow Kerang


Apa lagi? Sampai je, teruslah masuk barisan. Mujurlah masa tu barisan tak panjang lagi. CKT Botak dibuka bermula jam 5.00 petang. Rasa? Urmm.. daripada 5, saya bagi 3.5. Kenapa? Sebabnya CKT tu tak terasa sangat.. Urmm..rindu Char Kuew Tiow yang makan masa F5 kat maktab dulu.. Itu yang 5/5. Lengkap!.. CKT Botak kelihatan cair. Tapi, apa-apa pun..Puaslah juga sebab hasrat nak makan Char Kuew Tiow tercapai!.. Cuma, tak sampai tahap, hump! terbaik.. Hee.. Dan alhamdulillah, kenyang sudah..(^____^)


Next destination : Jalan Wangsa Melawati 3. Ada apa kat situ? stay tuned... Hehehe...


psssttt:: entrie tidak bergambar sebab tenet slowwww...



Makanan boleh "digest" tak kalau kita upside down?

Kreatip sungguh orang-orang Korea ni buat Reality Show kan? Awesome habaq kat hang.. Hee.. One of the Reality Show adalah Explore Human Body! By 2007. The full title : SUPER JUNIOR THE EXPLORERS..

Memula macam saja nak sonok-sonok je tengok, sekali..Perghhh.. This is something new! Tak ingat pula kalau pernah belajar dalam subjek Sains zaman sekolah dulu.. Heee... Super Junior as an idols, come to the studio dan diorang experience sendiri those experiment by themself.


Antaranya :
1. Sense of your tongue. Freezing your tongue VS dry your tongue dalam usaha nak enable rasa. Tasteless. 

2. Sense of your sight. Out of 11 SuJu members, only 2 of them did realize that the doctors who examine them were changing during the experiments. While others, did not notice the changes!. Same thing goes to us. If we focus on something, we would never realize what around us.

3. Your digest system. Sistem pencernaan manusia. Selalu kita makan duduk atau berdiri yang dalam erti kata kepala di atas, kaki di bawah kan? Apa berlaku kalau kaki di atas, kepala di bawah dan kita makan!. Adakah makanan itu masih bergerak ke perut? 


Haaa.. nak tahu cubalah tengok video ni.. Err..kalau ada, maknanya berjayalah copy link.. Kalau tak ada, kurang success..=D

Err..video lain pula yang keluar.. cuba klik link ini pula : http://www.youtube.com/watch?v=L5opxtxPC-I&feature=related

Kalau tak dapat gak, cubalah search SuperJuniorThe Explorers.. Selamat meng"explore" tubuh manusia bersama anggota Super Junior! 

Saya pun tak abis menonton lagi..=D.. Looking forward for tomorrow plak!..



Bersama Ustaz Don

Dalam entrie sebelum ni, ada kata nak share pasal Ustaz Don kan? Ok.. Jom dengar video dekat bawah. Ringkas tapi boleh buat kita sebab dan rasa nak menangis..

Ala.. tak boleh nak copy link video tu pulop! Ye dok keluar Uncle Marc apa ntah.. Cubalah korang search kat YOUTUBE

Ustaz Don Daniyal (Anak asset ke syurga atau Neraka?) 

Dan selamat menonton!..

('o,')



6 1/2 tahun yang lalu...

Tak boleh nak tidoqlah pulop! Aih.. Stay up lelama! Esok, lambat bangun! Aih, apalah nak jadi dengan dia ni.. Isy..isy..isy.. Hari ni 12.01.2012.. Tapi memandangkan macam dah banyak je update entrie, entrie ni kita buat autopublishlah ek.. Hohoho.. Bagi dia publish pukul 6.30am.. Heee...

6 1/2 tahun yang lalu.. Di mana kamu? Saya? Saya masih di High School.. Cheewahh.. Hee.. 6 tahun plus-plus yang lalu, saya di Kulim, Kedah.. Sekolah biasa-biasa je.. Tak pofular pun sekolah tu.. Tapi yang penting, the best in life! habaq kat ang.. Hee.. Nak cerita kenangan dekat maktab, memang 7 hari 7 malam pun tak abis pasai saya dok kat maktab tu 5 tahun! Hee.. setiakan? Tapi boleh kata 70% daripada kengkawan saya memang setia sampai Form 5 dok maktab tu.. Maknanya, 30% jelah kawan baru kitorang. Baru tapi tetap rapat~..


Tahun 2005. Masa tu F5.. Senang kan nak ingat?? Hee.. Ada Program Memperkasakan JatiDiri Tingkatan 5 anjuran PAMA. Of courselah peserta-pesertanya adalah kami-kami, ye dak? Tapi sebelum bercerita panjang lebor, saya nak share one of my schoolmate's comment.

 kalu bwat outdoor event:

1. Bus cukup byk (boleh bawak satu batch sekali angkut).
2. Ada escort jaga (siap pistol, machine gun suma ada..ntah2 bom pon ada kot).
3. Satu lori makanan (siap skali tukang masak).

memang terbaik MRSMPDRM ni... 


Hahaha.. Part ni memang betui! Even kalau pergi Perkhemahan Pasukan Beruniform pun, kitorang ada Tukang masak! aka Mak cik DS. Bab keselamatan tak payah risau, rasanya kitorang punya keselamatanlah yang paling tip top! Clap for pak cik-pak cik UP. The best!..

Minum petang~
1 batch, kitorang ada dalam 140-150 orang. Sikit je.. Since satu kelas dalam 25 orang je. So, ada 6 kelas.. 25 x 6 = 150.. betul tak?? ahaks.. tapi tak delah betul-betul 150 orang.. Kalau tak salah around 146 student kot. Tapi, kalau outdoor events, memang tak ada masalah. Sebabnya, kitorang tak ada bas mrsm warna maroon peach tu.. Bas kitorang ikut standard bas pdrm. Tak cukup bas yang ada lambang MRSMPDRM, kitorang still boleh naik bas PDRM.. hee..jadi, nak angkut satu batch memang tak ada masalah.

Ok, back to the Program. Program Memperkasakan JatiDiri Tingkatan 5 ni buat dekat Bendang Man, Sik Kedah. Khemah sebelah ayaq terjun!.. Awesome! Tenang je.. Memang perkasa sungguh jadinya! Hee.. Pengisian untuk program ni pun banyak. Merangkumi aspek mental, fizikal, rohani, dan semuanyalah. Dari pagi sampai ke malam. Ada juga motivasi time!.. Dan yang paling best, it's like our leisure time with our beloved teachers. Selalu dok dalam kelas angguk-angguk je kan? Ni kira pembelajaran dan riadah luar kelas..

Jungle Tracking orrr Hiking Time??..
Zaman sekolah memang sangat suka. Kalau tengok dalam gambaq, colorful kan? Warna-warna tu adalah warna rumah sukan kitorang. Sebelum tahun 2005, kelas kitorang adalah rumah sukan kitorang! So, starting with Ar-Razi, Batani, Dailami, Farabi, Kindi dan Zarqali. Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan merah. Kalau nak tahu nama kelas ni adalah nama cendeakawan (eh, betul ke eja?) islam.

Bermula tahun 2005, student dibahagikan mengikut pencapaian akademik. Maka wujudlah kelas Elite dan Vision. Tapi, untuk certain subjek seperti matematik moden, matematik tambahan, BI dan EST sekali lagi kami dipecahkan mengikut pencapaian akademiksubjek mengikut gabungan kelas. Maksudnya, dari pencapaian PNG keseluruhan, kami dibahagikan kepada Elite 1, Elite 2, Vision 1, Vision 2, Vision 3, Vision 4. Bukan nak mendikriminasikan student. Tapi... mereka punya alasan tersendiri. Dan 6 kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk penyusunan dan penyelarasan jadual waktu bagi subjek Add Math, Moden Math, English dan EST.

Sekarang semuanya punya haluan tersendiri..
Jadi, tak hairanlah kalau pencapaian keseluruhan dapat dok Elite 1, tapi untuk subjek BI, masuk kelas medium! Hee.. Sebab tak semua yang dapat PNGK tinggi tu, skor semua subjek! Dan tak semua yang dapat bawah 3.00 tu lemah semua subjek! It's reality guys!..

Dan, pendekatan untuk setiap kelas dan kumpulan adalah berbeza. Sebagai contoh, mana-mana yang masuk kumpulan 1 untuk add math dan modern math, pembelajaran dia super duper pantaslah kan? Tapi, tak bermakna yang duduk kumpulan 3 ketinggalan. Sebabnya, kumpulan-kumpulan ini akan di"re-shuffle" semula ikut pencapaian semasa! Wah...boleh saya katakan tahun 2005 banyak formation dan banyak juga movement! hahaha.. Selalu kena move untuk kelas BI dengan EST! Hahaha.. lomah den 2 subjek ni.. Bila ada re-shuffle ni, bolehlah tengok pencapaian masing-masing. Dan biasalah kalau ada yang turun naik kelas tu..

Strategi! Orrrr Town Developer???
Eh, ala..tak boleh concentrate pasal Bendang Man.. Layan jelah gambaq-gambaq tu naa.. Nak cerita suka duka di ketika di bangku sekolah..ahaks... Cikgu-cikgulah yang banyak berjasa.. Sebab apa? Yelah, kalau tak kerana kegigihan diorang rancang dan rencanakan macam-macam tu, takkanlah boleh berjaya kitorang sekarang! Mana nak masuk kelas ngajaq budak, mana nak fikirkan cara nak bagi budak faham dan macam-macam lagi!..

Jabatan Matematik macam itu ragamnya, Jabatan Sains macam gitu pula.. Kalau masuk jabatan Bahasa dekat aras 1, lain pula ragam cikgu-cikgunya.. Tapi, yang pasti..musim peperiksaan je mesti penuh semua Jabatan tu dengan student! Hahaha.. Masa F5 juga, ada Kem Physics. Slogan kem itu adalah "MOVE ON THE RIGHT TRACK!" and i still remember about it sampai sekarang! Saya masih ingat macam mana keruhnya muka masa mula-mula dapat sedebuk file berisi ratusan soalan fizik dari seluruh malaysia! Dalam otak masa tu, "Bila tahun nak siap ni??"... Tapi, take it as challenge. Positive challenges!

Pak Cik - Pak Cik UP(Unit Penyelaras).. Everything related to safety dan keselesaan serah dekat diorang. Tip Top!
Sehari siapkan satu set soalan. 2 bulan sebelum SPM, almost 90% of the paper berjaya disiapkan. Mana yang tak reti buat sendiri, discuss dengan classmate. Bertukar-tukar jawapan. Dan hasilnya? Sangat awesome! Jawab SPM paper Fizik sambil tersenyum.. Sebab almost all the question had been done before masa siapkan the bundle of past year exam paper tu. Seronok kan? That's why people said "Practice make perfect!"

Dan banyak-banyak subjek, sudah semestinyalah subjek Matematik Moden dan matematik tambahan yang banyak buat saya tersenyum! Bahasa Malaysia pun sakan juga skor sebab awal tahun 2005 tu jadi wakil MRSM Se-Malaysia pergi Kuiz Sastera Perdana Kebangsaan. Haha.. Memang habislah riwayat Tun Sri Lanang dan segala bagai masuk dalam kepala otak ni. Pantun 2 kerat, seloka Pak Pandir, Hikayat Malin Deman? Semua macam pita perakam! 

T.E.A.M.W.O.R.K
Wahh..panjang pula dok berleter ni.. Terimbau kenangan lamalah kata orang.. Apa-apa pun, sebelum mengakhiri penulisan ini....

"Berbanyak-banyak TERIMA KASIH saya ucapkan buat semua PENDIDIK MRSM PDRM terutamanya yang pernah mengajar saya dari F1 sehinggalah F5 (2001 until 2005).. Thanks A lot! Kamu-kamu semua ibarat "breakshot" pada saya sehingga membuatkan impian itu menjadi kenyataan!. Terima kasih juga buat kawan-kawan seperjuangan dari F1 sehinggalah F5. U NEVER WALK ALONE Because WE ALWAYS BE TOGETHER.. Sayang kamu-kamu dan kamu-kamu semua"

Boleh pinjam Time Controller Haroro tak? Nak putarkan masa.. Kembali ke zaman persekolahan ni! Hehehe...  Ohayou~ 

Me myself 6 years ago.. Same mechanical pencil until now!
pssssttt:: Gambaq lain, story lain.. Hahaha..




Let's Try!


1) R.E.S.P.O.N.S.I.B.I.L.I.T.Y


2) T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B

Ok.. sebagai penutup malam ni, jom main Tongue Twister! Eh, salah. Jom main-main.. Siapa yang dapat buat verb yang paling banyak untuk perkataan di atas.

For example : Responsibility
It can be : Rest, born and etc

dan : Tanggungjawab
Boleh jadi : Tanggung dan jawab dan etc..

Selamat mencuba.. Those words are excluded ok!

Oyasumi Nasai Minnasannn...



Running Man VS We Got Married

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum....


Haloooooyah!.. Haip!
Sebelum tu nak tanya.. Siapa kenal Ustaz Don? Angkat kaki tangan!!.. Hee.. tak kenal? Cuba tengok TV Al-Hijrah. Kalau tak salah saya, setiap pukul 3pm ada rancangan 30minit bersama Ustaz Don. Kenapa dengan dia? Lain entrie saya share ok??.. Kalau ada yang tak sabaq nak kenai ngan ustaz Don, cuba type nama dia dekat youtube.. Layannnn...


Running Man VS We Got Married..
Siapa layan Running Man?? Angkat tangan!!! Siapa suka tengok WGM?? Which couple yang korang paling-paling suka? Oh! Kalau buat segmen best ni.. Hee.. tapi, i malas nak buat-buat segmen ni plus tak gheti nak handle segmen!!..


Rasanya, dah setahun lebih Running Man bersiaran kan? Dah macam-macam mission yang diorang create. Awal-awal dulu, lebih kepada mencari tabung syiling dan stay dalam certain place dari malam sampai ke awal pagi. Lepas tu, ada hide and seek. Guest pun semakin best!.. 


Cast Running Man pun semakin rapat antara satu sama lain. Kalau awal-awal dulu, Jihyo dengan Gary malu-malu. Suk Jin Hyung dengan Kwang-vatar tak ngam lagi, tapi sekarang dah ada EASY Brother, Monday's Couple, Haroro, Ace Jihyo, Sparta Kook, Grasshopper Jae Suk.. dan semestinya rindu dengan kemunculan Flower Boy Joong Ki.. Heee...


Antara episode Running Man yang sangat awesome pada saya adalah episod dekat Korea House yang Nikchun dengan Lizzy jadi Guest, then Sparta Kook eliminate all the Running Man.. Lepas tu suka tengok episod The French Village yang Nikchun dengan Taecyoun 2PM jadi guest tu. The beast eliminate all the Running Man. Pastu, hide and seek dan dikurangkan. Mungkin sebab dia tahu penonton dah boleh tahu siapa yang hide dan siapa yang seek. Latest episod yang menarik perhatian adalah Episod Grand Final Battle tu. Supernatural power.. Sonok gak tu.. Hee.. 


Dan tadi baru je selesai download Running Man Episod 76 : The Killer. Mula-mula macam tak kenal je siapa guest dia. Bila tengok sampai habis.. Hooooo.... Soowook tu yang jadi ahjushi dalam Paradise Ranch. Then, ada Jinhee yang berlakon jadi Officer Ming dalam Jewels in the palace tu.. Chunhee yang famous sebagai clumsy Cinderella dalam Family Outing, dan lagi sorang...errr tak ingat!.. Hee..


How about We Got Married?? Siapa tengok? Saya tengoklah Christmas special episode yang tampilkan ketiga-tiga couple tu.. Siapa? So-won Couple, Woo-jung couple dengan newly bride Teukso couple. Salah satu segmen dia guna lie detector machine! Awesome btul alat tu. Handy. Portable dan boleh tahu orang tu jujur atau menipu. Hee.. tak tahulah parameter apa yang digunakan dalam mesin tu untuk tahu kita jujur atau tak based on question given. Apa ek parameter yang diukur?


Aci tak guna lie detector tu masa nak kahwin nanti??.. Boleh tahu bakal suami tu sayang kita ke tak.. Hahaha... Sekali keluar bunyi "LIAR"! tak pepasal cancel majlis nikah.. wahahaha.. Ok, skip this part!


Tak banyak sangat yang boleh diceritakan pasal WGM ni sebab dia lebih kepada reality show yang menjurus kepada pasangan selebriti tu. Just enjoy watching their cute relationship. Blushing-blushing thingy.. Hee.. Galak sungguh anak dara sorang ni! ahaks..


Untuk Running Man dengan We Got Married ni, saya suka download dari KShownow.net. sebab diorang sangat cepat men"translate" both story!. Tapi untuk full HD Running Man, selalunya download dari ISUBS lah.. Tapi disebabkan nak download 1 part sangat besar, up to 200MB, selalunya give up jelah.. Tenet bukannya super duper laju ala-ala bullet train pun.. Ini pun entry tanpa gambar dek kerana internet yang super duper lambat. Oh Kesabaranku diuji! Hee..


Pssst::: Layan cerita korea, tapi malam-malam minggu study bahasa jepun! Ahaks..



D.R.E.A.M.S




‎"some person live cherishing his dreams..
some person live sharing his dreams..
and another live to fulfill his dreams..
some person live with their dreams forgotten..
some person live as they steal other's dreams...
and another say that dreams don't exists.." 



Malas tapi rajin (?)

Entrie tak ada matlamat apatah lagi hala tuju..heee...

Malam ni.. malam ni... Malasnya nak join segmen-segmen.. 
Tapi....
Tetiba  nak berjalan-jalan. Nak singgah.. Nak baca.. Kalau menarik, nak mengomel. Eh, nak mengomen.. Lepas tu nak tekan button follower..

Nak mula dari mana ek??? Random jelah kan?? Hohoho... mana tahu boleh melebarkan lagi network yang sedia ada... 

Salam perkenalan semua!!!...

Saya nak berblogwalking... Nak join?? Mehler... Banyak ruang kosong lagi ni.. =D