Episode 12 : Shodo (Calighraphy)

Saturday, December 21, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsikan pengalaman baru yang saya perolehi Jumaat lepas, 20122013.
Dekat International Lounge ada Shodo (Caligraphy) and origami session yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar High School dari kawasan berdekatan daigaku (Universiti). Lebih kurang 12-14 orang students dipantau oleh seorang Sensei. Diorang ni dari Kelab Bahasa Inggeris sekolah. But, unfortunately they don't even speak English with us!
Sigh~

Nganga nak faham apa yang cuba disampaikan. Hahaha...
Oh ya! Dan Gaijin (Foreigner) a.k.a student international yang ikut serta hanyalah 6-7 orang. Maksudnya di sini, 1 Gaijin + 2 Nihonjin. Hehehe... Memang private lessonlah.

Haaa..Jom saya kenalkan korang-korang semua dengan "peralatan" yang diperlukan untuk shodo ni. Not to be forget, barang-barang ni boleh beli dekat Supa. Urmmm...dekat Daiso ada ntah.. Tak usha pula..=D

 

Sebelum mula menulis kanji, perlu sediakan peralatan seperti di atas. Apakah semua ini?
Chotto matte kudasaiii..
I'll explain one by one.

1. ぼくじゅ (Bokuju)
Dakwat yang digunakan untuk penulisan kaligrafi kanji. 

 

2. ぶんち (Bunchi)
Semacam satu pemberat yang diletakkan di atas kertas kaligrafi (はんし) supaya kertas tidak bergerak ketika sedang menulis kanji.

 

3. ふで (Fude)
Ini yang paling utama. Berus! Kalau tak ada berus, tak boleh nak buat shodo. Berus ni ada dua jenis. katanya, yang besar untuk tulis perkataan kanji. dan yang kecil tu untuk tulis nama nanti. urrrmmm.... 

 

4. すみ (Sumi)
Semacam jenis batu yang digunakan untuk menggelek (?) dakwat (ぼくじゅ) yang dituang ke dalam すずみ(Suzumi). Tengok gambar seterusnya.

Haaaa... kalau korang suka tengok drama atau filem China, KOrea dan Japan yang berlatar belakangkan zaman Joseon and etc (zaman dolu-dolu) mesti dapat bayangkan macam mana kegunaan すみ ni. 

 

5. すずみ (suzumi)
Inilah bekas ぼくじゅ yang saya bagitahu tadi. Tuang ぼくじゅ dalam ni, lepas tu gelek dengan すみ, lepas tu bolehlah guna ふで dan seterusnya memulakan penulisan shodo. 

 

 Haaa... macam mana? menarik kan? actually, kalau nak belajar kaligrafi chinese pun, peralatannya sama sahaja. Mungkin namanya berbeza. dan kalau nak tahu, kebanyakan kanji jepun diambil dari kanji cina. Tak banyak bezalah.

Ini dulu ok!
Next entrie saya cerita pula pasal teknik penulisan dan stroke kanji yang saya belajar. Tapi tak adalah menjadi sangat pun.. hehehe...

 

Sekian~








Episode II : Hujung Minggu saya....

Tuesday, December 17, 2013


Assalamualaikum...

Konnichiwa minnasan..
Ok! Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang perjalanan dari Kaikan (International House) to Uesugi.

Berjalan menghirup udara segar, merasai kesejukan negara asing dan menghayati keindahan salju putih yang memenuhi setiap ruang dan dimensi alam..
Lantas berzikir memuji setiap satu ciptaan ALLAH S.W.T

Subhanallah..
 
 

Rumah ni letaknya di hadapan kaikan. Kalau nak g Supa, biasanya ambil laluan sinilah. Dan ais yang terbentuk itu sangat cantik!
Kalau nak tahu, even bawah kereta pun boleh terbentuk.
Katanya disebabkan perubahan suhu di sini.  

 

Dan ini pula rumah orang jepun. Kalau tak tolak snow, inilah rupanya. Nak jalan kena redah ajelah. =D

 

Jambatan wajib lalu kalau nak ke Uesugi ikut jalan belakang. 

 

Merah + putih. Macam cantik je kan?
Subhanallah.. 

 

Inilah fungsi kayu yang menutup pokok-pokok tu. Dalam entrie yang ini pun boleh tengok.

 


 

Laluan kecil menuju ke uesugi. 


 

Burung yang kesejukan (?)
 


Inilah aktiviti hujung minggu saya di sini. Melihat keindahan alam. Sambil menghayati kedinginan salji! 

(^___^)
Once in a lifetime.
Let's enjoy it till the end Sara!



Episode 10 : It's Yuki! Samui desu ne~

Thursday, December 12, 2013

とても さむい です!
Read it as:
Totemo Samui desu!
Really-really cold!.. 

 

Forecast hari ini..
Menggigillah nampaknya tidur malam ni..
Suhu bawah 0 kot.. huhuhu...
Ini pun dah sejuk sangat..

Oh! Oh! Pagi tadi Yuki turun!!
Oh yeahhhhh..
Jakunnya saya..
hikhikhik...


Laju-laju buka tingkap bilik..
rakam dan snap gambar..
Errr...
okkk..nampak tak jakun di situ..


Subhanallah..
Tak terucap dengan kata-kata bila tengok salji turun depan mata.

Kalau nak tahu.. Ini yang ketiga..

First salji turun on 11/11/2013
Lepas tu cayaq..

second salji turun on 7/12/2013 lewat petang..
Tapi keesokannya cayaq juga..

Dan hari ni...
12/12/2013
Dan diramalkan salji berterusan keesokkan harinya..
Makanya kenalah pakai rain boot esok kalau lebat gak! huhuhu..

 

12.12.2013
8:30am
Yonezawa-shi, Yamagata-Ken

Oh ya!
Happy Birthday and Happy Anniversary Pn.Nur Ershadiah!!
May ALLAH grant both of you ever after double happiness.. dan cepat-cepat dapat zuriat!! lalalala...

Eh! Dah setahun juga saman DBKL saya tak berbayar! Muahaha...
KDH, sila behave diri anda di Kedah... (^_^) 

 


 


 

Inilah Kaikan a.k.a Interntional House.
Rumah saya bangunan sebelah kanan ni, tingkat tiga yang tengah tu. Maksudnya di sini, balkoni panjang dalam gambar tu, semua rumah saya! Hahahaha...
Besar beb untuk sorang duduk..
Siapa nak join? Mehler.. Tiket kapal terbang tanggung sendiri..
Penginapan percuma..
Muahahaha..

Bayangkan..
Rumah tingkat tiga..
Pergi lab pun kena panjat tingkat 3!
Adoi!
 

 


 


 


 

Thanks ALLAH for this opportunity.
I'm really-really grateful and thankful.

It's like my dream turn into reality..
Again and again..

Thank you ALLAH..
You Always there for me..
 



 
 



Karipap Salju~

Wednesday, December 11, 2013

 
Lalalala...
Nama baru untuk karipap pusing yang dibuat di Jepun ketika Yuki turun ke bumi. Muahahaha..

Percaya tak kalau saya kataaa...karipap pusing ni saya yang buat??

 

Percayalah..
Kerana hakikatnya, tak ada gerai jual karipap dekat sini.
Jadi, kalau dah teringin tu kenalah usaha buat sendiri (-_-)"

Paling tak percaya bila pertama kali kelim karipap dan menjadi!
Wah wah wahhh...
Ada bakat terendam rupanya kamu ye Sara!
Bangga kejap!

Yeeee... percayalah.. Inilah pertama kali saya kelim karipap..
Eh, chotto ne!
Nak tunjuk gambar first karipap pusing yang berjaya saya buat dalam sekali percubaan..

 

Orang kata, Practice make you perfect. Agaknya dah banyak sangat practice, itu yang gambor atas cantik je...
Aih, balik Malaysia nanti boleh buat part time kelim karipap lepas tu juallah. Muahahaha...

See you next time...
Bubbbyeee...

Eh!
Oh ya! Bagi yang nak mencuba seperti saya, bolehlah singgah dekat blog sini:

dan boleh juga refer dekat blog ABM ni..
Hujung minggu lepas merewang kelim karipap dekat rumah beliau.. hehehe..

Ok. bye!
 
 

 



Single Trip : Hong Kong II

Tuesday, December 10, 2013

Eh!
Rasanya tak kongsi lagi cerita dekat Hong Kong hari tu kan?
Gomen ne...
Balik dari Conference, terus sibuk nak siapkan report dan preparation untuk ke Jepun. 
Jom tengok teaser dulu.. Sambil saya perah-perah otak ingat kembali pengalaman travel ke Negara orang tu.

 

Victoria Bay
 



Episode 9 : Sendai Pageant of Starlight

It's December!
Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sangat je jejak bumi Nihon. Tapi rupanya sudah lebih sebulan di sini. Subhanallah, Indahnya perancangan Allah..
Semoga saya lebih istiqamah menyiapkan research. Amin..amin ya Rabb..

Oh ya! Hujung minggu yang lepas, sekali lagi saya ke Sendai.
Ngeee... Within this one month, dah TIGA kali ke SENDAI!
Gayanya macam dekatkan?
Tapi hakikatnya, YONEZAWA-SENDAI adalah sejauh 106km!

Ok.. Kali ni pergi Sendai bukan untuk Shopping ye kawan-kawan. Tapi sesaja nak join Program anjuran Malaysian Student's Association In Japan (MSAJ). Geng Onna anjurkan Program Masterchef and Charity Events.

Errr.. yang itu kita story kemudian ok! Tapi, nak kongsi ini:


Ok...habis je program ni, singgah rumah Kak Nik (Orang Malaysia dekat Sendai) untuk solat maghrib-isya'. Oh ya! Saya ke Sendai kali ini dengan Ami, Aki dan Khayra-Channnn.. Masa on the way nak ke rumah Kak Nik ternampak Illumination. Errr.. Light of Illumination. Serius! Memang cantik. Lagi besarrrr dari I-city Shah Alam! Kihkihkih..

Dannnnn...
Aki and Ami nak singgah situ. Katanya, dah alang-alang sampai!!
Yehaaa... I'm a happy girl!. Lalalala..
Tapi...al-maklumlah..orang tak ado dslr ni snap gambor guna handphone je.. Mohler layan sa dua gambaq yang sempat snap.





Love and Peace


ho.wa.i.to.pe-ji.e.n.to

Betul tak tau..
Yang pasti, dibuka mulai 6hb Disember sehingga 31hb Disember 2013.
Masuk adalah percuma. 

 

Oh yea! Nak poie lagiiiii..
Kali ni nak kena setting kamera betul-betul bagi dapat gambor cantik sket! Hehehe..
Kiranya, ini macam introlah...
Katanya banyak lagi yang belum dibuka.. Waiting for that!
Sendai! I'll come again!!
Ngeeee... 

 



Episode 8: It's Winter!

Thursday, November 28, 2013

Rasanya...
It's officially winter right now.
Walaupun yuki tak turun lagi (after the first yuki on 11/11/2013 yang lepas)

Suhu dah agak rendah jugalah.
Sometimes approach 0 degree
Hari ni check weather forecast.


But since hujan tak turun, jadinya snow pun tiada. Errr... boleh pakai ke equation itu?
Hehehe...

Saya dibagitahu, salji akan terbentuk kalau hujan pada suhu bawah 3 degree. Dan kalau negatif sangat suhu, hujan tak jadi snow juga. Errr...
Sungguh!
Knowledge yang tak berapa dipraktikkan ketika di Malaysia..
Tapi bila dah ada di negara 4 musim, memang ambil tahulah.

Semalam pun expected rain + yuki. Tapi langit cerah sampai ke malam. Ponat eden usung payung.. =(
Jadi, hari ni let's wait and see.
It's expected to yuki at 3pm..
Tapi, kuasa ALLAH, we never know..

(^____^)

p/s: Oh ye! Just get a news from Malaysia.
Omedetou Tomodachi!
Congratulation on your new baby born.

Kawai Akachan!



Episode 7: Yamagata University

Wednesday, November 27, 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak tunjuk gambar yang sempat saya snap sekitar Yamagata Daigaku ni. So, enjoy the picsta!

 


 

Kalau jumpa pokok ni, maknanya dah tak jauhlah dengan lab saya. Sebab pokok ni depan bangunan lab saya.
 

 

Nampak tak dekat bawah garaj basikal tu ada kawasan dengan tong warna hijau? haaa..kat situlah kawasan untuk merokok. Lain-lain tempat dalam kampus tidak dibenarkan. Kalau nak merokok, sila ke tempat ini. Kebetulan masa saya snap gambar, tak ada yang tengah merokok. Hehehe

 

Dekat tepi tu lah Shokudo. Dekat dengan Shokudo ada coop. Tingkat atas coop tu adalah Kouryou Lounge. Gambar ni dari luar bangunan lab saya. Tak jauh kan?
Dekat Kouryou Lounge tu ada tempat solat. So, saya selalu solat dekat situlah..=)) 



 


 Itu je lah. Inilah Universiti yang saya attach. Tumpang buat research bentar ye...
Please be good to me..=))