Best Vacation Photo Contest

Tuesday, January 22, 2013

Niat nak berceloteh dalam blog sendiri. Tapi macam tak tahu nak ulas isu apa. Sekali terjumpa Blog Contest ni. Weee...
Nama blog pun dah nak lebih kurang sama je.. =D

Ok! Back to the title..
The one and most memorable vacation i ever have...
It's here!

 
The best Vacation Photo!

Tak terasa pun rupa-rupanya hampir dua tahun telah berlalu selepas percutian yang sangat menakjubkan ini. 
It's s Winter Time at Seoul, South Korea.

Pada saya, percutian ini sangat-sangat memorable. The best among all the vacation i've been to. Nak menjejakkan kaki ke sini bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Usaha dan usaha. Pelbagai pahit manis yang kami lalui semata-mata untuk merealisasikan percutian ini. Percutian ini adalah di bawah tiket Program Global Outreach Program anjuran pihak universiti. Maksudnya, setiap mahasiswa diperuntukan sejumlah wang untuk ke negara-negara luar Malaysia. Maksudnya, kalau perbelanjaan melebihi peruntukan, tambah duit sendiri. Dengan syarat,  ada lawatan ke beberapa buah universiti di tempat yang hendak di lawati.

Dan atas inisiatif seorang kawan yang menjadi penggerak, Seoul Korea menjadi pilihan kami semua. Percutian ini telah kami realisasikan pada Disember 2010. Ketika itu, Seoul sedang mengalami musim sejuk. Itu yang menjadikan percutian ini lebih istimewa. Menikmati winter di negara orang walaupun hanya untuk 7 hari. No . 5 hari. Dan lebih menyeronokan bila ini merupakan percutian beramai-ramai sesama rakan sekuliah.

Banyak juga tempat menarik yang sempat kami lawati. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara membuat kimchi. If you are k-pop fans, you know well about Kimchi. And at that moments, k-pop are not so well known as it is today. Saya sendiri baru pertama kali bertemu kimchi ketika di South Korea. Dan itulah permulaan kepada segala jenis korean dishes yang cukup saya gemari hari ini. Oh ya! Dalam percutian ini juga, kami semua berpeluang untuk menggayakan hanbok! Pakaian tradisional masyarakat Korea. Selain itu, kami juga di bawa ke Ski Resort. Kami di bawa juga berjalan-jalan ke Namsan Traditional Village, Itaewon (for halal food), Gwancheon Science Museum, Dongdaemun and more places..


Ukhuwah fillah abadan abada..

Inilah kisah percutian yang paling menarik dan paling diingati bagi saya. Kawan-kawan yang lain macam mana pula? Ace kongsikan dengan kami semua. Mana tahu boleh dijadikan tempat percutian seterusnya.. =D

The best Vacation Photo for the Best Vacation moments..
 
Tarikh tutup telah dilanjutkan.. Kalau nak join contest, bolehlah ke sini:
http://cheriterazanyra.blogspot.com/2012/12/best-vacation-photo-contest.html
 
  
 



1 comments:

Ann said...

tq tau sudi join contets kami...good luck:)