"Tentera" ALLAH..

Monday, March 25, 2013

"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa." (Surah Al-A'raf, 133)

Subhanallah... Allahuakbar..
Sungguh! Allah Maha Berkuasa..

Gambar-gambar ni saya dapat dari page AMAN PALESTIN..

Benarlah, kuasa ALLAH tiada siapa mampu menduga..
Semoga menjadi iktibar buat kita semua..

 

 

 

Berita | Khym Village

Baru-baru ini ; 6 Mac, Khym Village - Penduduk haram Israel terpaksa melawan serangan belalang ke atas tanaman yang sangat banyak di perkampungan Khym (mereka namakan Kemehin) yang datang daripada Mesir.

Khym terletak di daerah Barsheeba (bawah Gaza, rujuk pada peta). Pemandangan awan hitam yang sebenarnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan belalang memenuhi langit selama 3 minggu, sebelum hari Jewish Passover yang mengingati 10 kemusnahan dalam kitab mereka, antaranya adalah belalang.

Serangga ini hampir mememuhi kawasan padang pasir seluas 800ha (hektar). Pegawai mereka menyembur pestisid drp udara pada awal pagi menggunakan pesawat ringan sbg usaha membunuh belalang-belalang itu.

Lebih lanjut boleh baca di sini: http://www.straitstimes.com/breaking-news/world/story/israel-fights-swarms-locusts-egypt-20130306

Allahuakbar!