Tertinggal flight!

Saturday, March 9, 2013

Oh really??
It's gonna be a longgggg story. And u know what? I'm using my Mr.Samsung to update this longgggg story.

Tertinggal flight?
Fiu~~ hampir. Hampir ditinggalkan. Al-kisahnya.... o_O

Sehari sebelum hari kejadian (06032013),
Berulang kali saya cuba untuk buat web self check in Air Asia bagi mendapatkan boarding pass. Tapi tak juga berjaya. Saya diminta menambah RM7.50 untuk issued air asia insurance. Dan berulang kali juga saya klik [cancel Air Asia insured] tapi tidak juga berhasil. Mengalah. Saya tekan butang CONTINUE. Dibawanya saya ke bahagian Payment add-on. Bayaran perlu dibuat sebelum proses check-in selesai. Tapi.. Saya mana ada mastercard. Jauh sekali VISA card. Tidak pula kelihatan pilihan untuk membuat bayaran melalui internet banking. Lupakan. Saya akan cuba lagi keesokkan harinya.

07032013.
Saya tidur pukul 3.30pagi. Cuba menyiapkan hampir 12 muka surat artikel. Niat di hati nak hantar ke mana-mana conference atau journal kalau SV luluskan. Pagi itu saya masuk lab sekitar pukul 10 pg. Memandangkan sistem internet tidak berfungsi dengan baik, saya sambung lagi buat kerja yang tak selesai itu... Hampir pukul 2.30, akhirnya saya berjaya selesaikan penulisan artikel ilmiah itu.

Saya cuba lagi untuk buat web check in. Saya perlukan boarding pass itu. Gagal. Pilihan yang tinggal, berkunjung di kaunter Air Asia. Saya pulang ke kolej sekitar jam 4 petang. Mandi. Mengemas. Ambil kesempatan untuk cuba lagi dan lagi. Hampir 5.30petang. Takut terlewat sampai di LCCT, saya bergegas turun ke bawah blok. Selesai memeriksa Mr.Elegance sebelum ditinggalkan selama tiga hari, saya bergegas untuk menahan teksi di luar kolej. Dari kolej, berhenti di stesen LRT Sri Rampai. Dari Sri Rampai, saya turun di KL Sentral. Berlari-lari anak saya mencari kaunter Air Asia di KL sentral untuk mendapatkan boarding pass ataupun tiket skybus yg sudah dibooking sekali dgn tiket flight. Malas hendak membazir. Kononnya.

Nak berurusan di kaunter, perlu ambil nombor. Ketika sedang menunggu giliran, teringatkan Mr.Samsung. Kenapa aku tak buat mobile check in je? Cepat-cepat online. Buka webpage air asia. Log in. Check in. Masukkan butiran. Sukses. Alhamdulillah. Check in done. Tapiiii.. Macam mna nak print boarding pass? Ok. First timer memang selalu begini. Jam dah pukul 6.25. Isy. Tak buleh tunggu lama ni. Mahu lambat sampai airport. Tanpa lengah, terus tanya pada pekerja Airasia di situ. Hati kecil tergerak untuk ambil klia express dan turun di salak tinggi. Tapi, tergerak nak minta "pendapat" pekerja Air Asia itu. Adakah perlu saya burn tiket skybus itu dan bergegas naik klia express untuk elakkan ditinggal kapal terbang.

Hampir berapa minit berbual dengan pekerja Air Asia tersebut. Akhirnya saya tegaskan : "Saya punya flight malam ni. Pukul 8.35pm. Which is less than 2 hours je lagi. Sempat tak kalau saya naik skybus ni? Atau saya perlu naik klia express??)...

Bla..bla..bla.. Akhirnya saya naik skybus atas saranan kakak itu. Kenapakah? Sangka saya bas sudah hendak bergerak sebab itu yg dimaklumkan pada saya. Tapi, jam hampir pukul 6.45pm dan belum ada tanda-tanda bas akan bergerak. Teringatkan website asia, sekali lagi saya online. Check jadual perjalanan skybus. And guess what? Bas yang saya naiki itu hanya akan memulakan perjalanan menuju ke LCCT pada pukul 7.00malam. Dan dijangka sampai pada pukul 8.15malam. 8.15?? YA ALLAH...  memang mengucap panjanglah kan. Masa tu jugalah sms yang dinanti tak kunjung tiba. Mana QR CODE yang dimaksudkan rakan-rakan?

Sampai LCCT sekitar 8.15malam dalam keadaan boarding pass yang belum berada di tangan dan flight akan depart on 8.35pm. Apa perasaan kamu? Sepanjang perjalanan, memang tak tenang. Takut terlepas flight. Nisa dan K.Ena menjadi rakan berbual di laman maya. Minta pertolongan fizikal dan doa dari mereka. ~Fiu..

"Ya ALLAH.. permudahkanlah. Sesungguhnya segala sesuatu yang berlaku adalah atas ketentuan-MU."

Dalam berdoa sempat lagi berdoa supaya flight delay. Ye delay. DELAY.

Tepat 8.10malam. Saya sampai LCCT. Bergegas saya mencari kaunter Air Asia. Lelah. Dahaga. Kepenatan. Semuanya serba lengkap. Sampai di kaunter,
Me : Saya buat mobile check in tapi tak dapat any mesej dan saya tak ada boarding pass. Dan saya dah lambat.
AA : minta butiran saya tengokkan.
Terus slip yang saya dapatkan dari kl sentral untuk menaiki skybus itu saya serahkan pada pemuda itu.
Me : sempat lagi tak?
Dalam keadaan yang masih termengah-mengah berlari-lari anak itu, soalan itu saya ajukan. Pemuda itu tidak menjawab. Tangannya pantas membuat kerja. Beberapa minit kemudian, boarding pass diserahkan pada saya.
AA : Cuba dulu pergi gate sini. Kalau dah tak boleh masuk juga, datang sini balik jumpa saya.
Me : Hah? Boleh ke macam tu?
AA : Cuba dulu.

Selepas mengucapkan terima kasih, sekali lagi saya berlari-lari ke pintu perlepasan. Di uji lagi. Kawalan keselamatan begitu ketat dan mengambil tempoh yang agak lama walaupun hanya untuk penerbangan domestik. ALLAH sedang menguji kamu Sara. SABAR. Kalau ALLAH berkehendakkan sesuatu, Maka jadilah. KUN FA YA KUN.

Entah untuk ke berapa kali, jam tangan dibelek. Bimbang. Selesai melepasi imigresen, saya berlari pula ke gate P9. Saya hulurkan boarding pass pada orang yang bertugas. Saya tahu saya sudah terlewat. Gate closed pada pukul 8.15. Dan saya sampai pada pukul 8.23pm. Alhamdulillah, kelewatan saya seperti sedang dinanti. Atau ayat lain, sedang ditunggu. Penerbangan menuju ke Alor Setar, dari gate P9, belok ke kanan. Kemudian ke kiri. Platform 84. Sekali lagi saya berlari. Tak putus ucapan syukur buat ILAHI. SUNGGUH! ALLAH ITU MAHA BERKUASA. Hampir jam 8.30pm, saya duduk di seat. Alhamdulillah. Saya sudah pun di dalam perut pesawat. Dan beberapa minit selepas ini, bumi aloq setar akan saya jejaki. Duduk. Pasang seatbelt. Masih termengah. Dahaga. Penat. Semuanya bersatu. Saya tak mengeluh. Sebaliknya saya sangat bersyukur. Sangat berterima kasih kepada kakitangan AA yang sangat baik dan masih membenarkan saya masuk ke perut pesawat. Beberapa minit selepas saya duduk di tempat, counting head bermula.
"oh! Aku orang terakhir!".

Selesai pengiraan penumpang, pintu pesawat ditutup. Perlahan-lahan pesawat bergerak meninggalkan perkarangan LCCT sambil attendan pesawat memberikan taklimat keselamatan kepada semua penumpang pesawat. Selesai memasuki platform, juruterbang membuat pengumuman. Pesawat perlu berada di dalam keadaan standstill itu untuk tempoh 5 minit memandangkan ada pesawat lain yang turut menggunakan laluan itu untuk memulakan penerbangan. Sementara menunggu arahan dari pihak kawalan udara, pesawat tidak bergerak dari kedudukannya. Jam menunjukkan jam 8.45malam. Akhirnya, juruterbang memaklumkan penerbangan akan dimulakan. Syukur alhamdulillah.. Saya sudah di dalam pesawat dan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Dek kerana terlalu dahaga, saya beli air mineral dari attendan pesawat. RM3 sebotol. Mahal? Entahlah. Dah tak kuasa hendak memikirkannya. Satu yang baru saya perasan adalah seharian itu saya hanya minum air masak dan makan dua biji pie ayam yang dibeli dari kak Yati di lab. Oh! Patutlah keletihan yang amat. Hampir ground zero! Hehehe...

Sampai di Aloq Staq, abah bawa g makan. ALHAMDULILLAH.