Ada sesuatu yang saya tak faham..

Monday, April 1, 2013

Konnichiwa...

Ok.. petang ni nak masuk mood politikus pula.. Tiba-tiba terfikir dan rasa nak ambil tahu. Harapnya tak adalah isu berat sebelah walaupun mungkin akan ada juga.. (T_T)

Apa yang saya terfikir dan tiba-tiba nak ambil tahu?
UMNO, BN, MCA, MIC, Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP..

Peringatan..
Kebanyakan fakta adalah dari Wikipedia.. Jadi, saya tak menyatakan fakta itu benar 100% sebab zaman sekarang lagi banyak auta dari fakta. Lagi banyak fitnah dari kebenaran.. Jadi, anda buatlah penilaian sendiri. Yang penting, jangan cepat menjatuhkan hukum. Saya tak tahu, jadi saya cuba mencari jawapan kepada apa yang saya tak tahu walaupun saya tahu jawapan yang akan saya temui bukanlah 100% jawapan yang saya inginkan!..

Pakatan Rakyat tu sebenarnya apa?
Dan uncle Wikipedia memberitahu ini:
Pakatan Rakyat terdiri daripada keahlian PKR, PAS dan DAP.
Maksudnya, kalau 3 parti komponen ini menang akan diisytiharkan sebagai kemenangan Pakatan Rakyat atau PR.

Konsep ini saya lihat selari dengan Barisan Nasional.
Kalau Pakatan Rakyat terdiri daripada 3 parti komponen yang bersatu di bawah satu payung, Menurut uncle Wikipedia,
Barisan Nasional atau BN pula terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS..
Saya pun tak berapa nak pasti sangat parti mana yang masih aktif atau sudah ada yang terbubar.
Maksudnya di sini, kalau kesemua parti komponen ini menang, ia akan diisytiharkan sebagai kemenangan Barisan Nasional.

Ok..
Jom kita tengok pula, siapa Ketua bagi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ni?
Berdasarkan info Uncle Wikipedia lagi..


haaa...Sepatutnya di situ tulis leader(s) sebab ada lebih dari seorang yang menjadi ketua.

Berbeza pula dengan Barisan Nasional..



Hanya seorang sahaja ketua atau Chairman walaupun di dalam ruang keahlian terdiri daripada beberapa buah parti komponen yang lain.

Maaf kalau kedengaran berat sebelah.. Cuma apa yang saya tak faham adalah, macam mana 3 orang ketua membuat keputusan dalam sebuah organisasi mereka? Serius.. Sampai la ni chek tak faham. Sedangkan dalam organisasi kepimpinan kolej pun, timbalan boleh nak argue dengan presiden.. Inikan pula bila tiga-tiganya berstatus ketua.

Ok.. fine.. kepimpinan kolej bukan isu besar. Tapi, dalam isu kepimpinan, berdasarkan ilmu cetek saya ni.. mesti ada seorang ketua agar matlamat asal sesebuah organisasi tidak lari atau dilupakan. Jadi siapa ketua bagi Pakatan Rakyat sebenarnya?

Jujur..
Kadang-kadang saya konfius. Mungkin sebab Pakatan Rakyat tak masuk dalam buku sejarah lagi untuk memahami penubuhannya seperti PAS, UMNO, UPKO dan etc.

 

Apa pula bezanya President dengan Parliamentary Leader?

 
Urmmmm...
Dari segi penubuhan parti komponen dan parti utama, agaknya mana yang lebih menyakinkan?

Terpulang. Keputusan pada diri masing-masing. 
  Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata..

Oh ye!
Ini isu penubuhan parti je.. Kalau nak sentuh isu yang dibawa dalam manifesto PR dan BN, alamatnya tak siaplah research saya wei.. Sila dapatkan dari yang lebih arif ok! Entry ni untuk beri fahaman asas je pada diri sendiri dan juga pada orang yang tak pernah tahu atau nak ambil tahu sebelum ni..

p/s: Saya tak ada banyak masa lapang untuk cari citation dan reference sana sini sebab masih ada tuntutan dan tanggungjawab lain.(^_^)
p/s/s: Kenapa adik kata dapat surat dari "naik roket terbang ke bulan" tapi tandatangan Wan Azizah? Konpius~
 
 
   


2 comments:

Izyan Yazid said...

pada pendapat saya yg masih cetek ilmu politiknya, dlm sesebuah organisasi msti ada seorang je ketua..kalau ada ketua, ketua dan ketua, mesti ada seorang KETUA yg paling tinggi..ibarat sebuah kapal, kalau ada 3 nakhoda yg memberi arahan maka kapal itu mungkin akan tenggelam dan karam..sebab sorang nak ke kanan, sorang nak ke kiri dan sorang nak ke depan..mmm..betolkah?

fiqkbe said...

aku x daftar sbg pengundi pn lg. heee :P