Episode 4 : A journey to Mitsui Outlet, Sendai

Thursday, November 21, 2013

Wow!
Baru 4 hari jejak Nihon dah sampai ke Sendai??
Sangat advance!
Kebetulan adik-adik tahun 1 dekat Yamagata ajak g Sendai..
Nak shopping baju Winter katanya..
Al-maklumlah winter is around the corner..
Kalau lambat, menggigillah jawabnya..
Dan kebetulan pula dekat Outlet tengah buat sell sebab Rakuten menang..
Tak pasti pula Rakuten tu team bola sepak atau baseball
Hahaha...

 

Haaa... Inilah map laluan kereta api pelbagai jenis yang ada dekat Jepun ni. Dari Yonezawa nak ke Yamagata Eki kena naik Densha. Nampak tak anak panah besar tu? Haaaa..itulah kanji untuk Yonezawa Eki. Sila hafal kanji itu!
Hehehe...
Dan Yamagata Eki pula yang harganya 820Yen dalam black-white box tu. 
Pendek kata, kalau tak tahu kanji tempat yang dituju maka mengangalah di hadapan board ini..Ngeee

But, thanks to Ami dan Aki. Dah lah sweet couple ni willing nak hantar pergi Eki, lepas tu willing pula nak ambil dari Eki.. Wahhhhh.. terharu.. Thousands of thanks.. errr..millions.. Tak tahu macam mana nak balas semua kebaikan tu. Semoga Allah melimpahkan segala kebaikan-NYA buat kalian berdua.. Aminnn... 

 

Haaaa... Lepas tu, bolehlah check densha atau shinkansen kita pukul berapa dan line berapa. Macam yang saya naik tu yang menuju ke Yamagata pukul 9:08am. Local 4 cars maksudnya ada 4 gerabak. Haa.. Nampak tak Tsubasa Line 132 tu? Hari tu nak ke Yonezawa dari Tokyo, saya naik yang inilah! 

 

Selepas entah berapa jam perjalanan dari Yonezawa Eki-Yamagata Eki-Sendai Eki.. Akhirnya tibalah di Sendai Eki.. Errr.. belum sampai Mitsui Outlet lagi..
Kena naik bas mini pula.
Dari Yamagata Eki nak ke Sendai eki, tiketnya berharga 900Yen untuk satu perjalanan. Tapi sebab adik-adik ni beli dekat main office dalam kuantiti yang banyak, dapatlah diskaun. So, pergi balik sekitar 1700Yen. Selepas dibundarkan. Hehehe...

Dari Sendai Eki ke Mitsui Outlet, kalau tak salah 490Yen. Dalam 30 minit perjalanan. 



 

Disebabkan macam tak puas hati je tengok barang-barang dekat Outlet tu..(Ngeee..macam mahal je nak beli)..
Makanya, saya dan Nad singgah ke Sendai Eki dan shopping di sini. Jauh lebih murah. Puas hati.
Dapatlah rembat sepasang 2-way boots dan sepasang bubble jacket.
Hehehe... persediaan menghadapi musim sejuk.
Mentalnya tak tahulah dah bersedia atau belum.. ngeee 

 

Benda yang wajib beli dekat Jepun adalah Stokin! Sebab hari-hari pun pakai stokin. Dalam rumah pun pakai stokin.
Bayangkan!!
Lepas ni jadi pengumpul stokin warna warnilah anakanda di sini.. Heeeee... 

 

Selesai je shopping dekat Sendai, going back to Yamagata. Dan adik-adik ni ajak makan Unagi for Dinner. Sedap gak r.. Perghhhh... Lapar tetiba... Nak masak apa makan malam ni ek? Adui! 



 

Tadaaa...
Sebenarnya panjang lagi nak berceloteh.. Tapi macam formal gilerrr celoteh-celoteh yang sudah didraf masuk dalam microsoft word tu. Apakah?
Jadi, tulis dan update mana yang sempat je lah..

Sampai bertemu lagi di lain episod!!!
 
 



2 comments:

Ann@zanyra said...

sesungguhnye agk pening stp kali bc entry jln2 di jepun..huhuh..

anyway, unagi tu sdp ke?trigt tako tao..heheh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rakuten tu team baseball
Mmg untung menang byk sale