Kad Diskaun Siswa Dan I-city?

Tuesday, February 19, 2013

Yeeee haaa!!!
Akhirnya!
Setelah begitu lama saya menunggu dan terus menunggu...
Akhirnya Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ada juga dalam tangan.
~Gembira~


Mahu tak gembira?? Eheh...
Sah sehingga tahun 2016.
Maksudnya 3 tahunlah kan? Just nice~
Haaa... dan tahukah kalian?

Dengan KDS1M ini, kamu boleh mendapatkan tiket masuk ke Waterworld I-city dengan percuma?
Tak percaya?
Take a look!


 Betul tak? 1000 Tiket percuma ke Waterworld I-city!
Waterworld yang ada tornado tu lah kan?
Free untuk tarikh 20hb Februari 2013.
Tak pastilah pula ada lagi ke tidak 1000 tiket percuma tu..
Tapi, give a try lah..

Ikutkan hati nak je try.. Tapi..
Mengenangkan keesokan harinya ada colloqium and i've done nothing yet, terpaksalah lupakan..

Korang cuma perlu masuk website,
http://www.i-city.my

pilih i-Ticket pada ruangan kanan atas sekali.
Lepas tu pilih tarikh 20hb Februari which is esok.. hehehe..
Dan korang akan jumpa ini:


Lepas tu, explorelah sendiri..
Ticket free. Locker tetap kena bayar.. Tapi, murahlah.. RM5 ja!
Eh, ada untuk birthday offer! hhahaha... lain kali explore lagi..
Kalau ada yang berjaya grab that ticket, bagitahulah ye!
Kongsikan pengalaman anda!

Yeszaaa... Lepas ni memang akan memanfaatkan sepenuhnya Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia yang diberi. Terima kasih!



Sian Pou

Monday, February 18, 2013

Alololo... Tak sihat ye? Sian Pou.. I bagi health potion and switch off the lamp.. Take enough rest Pou.. Sleep well.. Hahahaha... Bangun nanti kita makan burger+tortilla+french fries ok!

Ahaks!

Done!


O namae wa ....... desu..
Douzo Yoroshiku Onegaishimasu!
 
Hari ni mula belajar bahasa jepun kembali.
KEMBALI!
Maksudnya.. sebelum ni dah belajar. tapi ditinggalkan tanpa ada apa-apa praktikaliti. 
Yang mengajar, seorang pensyarah MJIIT. 
FOC!
No exams!
But hopefully in few years lates, could take JLPT exam..
Wish for that..
Ameeennn...
 
 
Lepas habis kelas, bawa kereta pergi Proton Service Center dekat Jalan Pahang. Yang paling hampirlah tu. Ye lah.. tak puas hati kot.. Kereta baru lagi dah keluar bunyi pelik-pelik bila brek. Gusar hati nak tidoq malam! Hahaha...
 
Nice service! Sampai je, technician Proton SC tu jemput di pintu.. Hahaha.. Tanya nak service kereta ke? Haruslah tak. Sebab baru je service hujung tahun lepas. Tak cukup mileages lagi. I told him, i wanna you to check my brek. Ada bunyi bila tekan brek.
 
Lepas dia buka-pasang kembali tayar, dia ajak test drive. Hahaha... He drive!
"Tak ada bunyi lagi kan?"
 
Angguk..angguk..
"Ok.. saya tak dengar bunyi lagi.. Tapi nanti kalau bunyi lagi?"
 
"Tak da hal. Bawa mari. Service percuma saja.."
 
Okkk...
"Tapi kenapa bunyi? Brake drum dengan brake disk saya ada masalah ke?"
 
"Oh tak ada.. Itu HABUK sahaja."
 
"Betul ni brake drum dengan brake disc saya ok? Tak ada masalah?"
 
"Betul. Ini kereta baru lagi. Nanti next service you boleh minta diorang tengok juga kalau ada bunyi lagi.."
 
"Ooooo... ok! Thanks ya!"
 
Dalam setengah jam dah siap. Tak ada bunyi lagi. FOr this moments lah.. Tapi ingat nanti balik aloq staq nak suh ye check betul-betul.. Hahaha.. saja nak menyusahkan orang dekat Proton Service tu. I beli barang dengan you, belum pun sampai 6 bulan i pakai dah berbunyi haruslah i mahukan perhatian lebih! hahaha... Next service 11 000km. Sekarang baru 9093km. Nice eh? ada lagi 1907km.. Fuiyoooo...
 
That's all.. Jom sambung siapkan all those "tertunggak" workload!
  



94 seconds

Sunday, February 17, 2013

Nice game.. Uji pengetahuan am dunia betul! Within 94 second, give the answer.. In english ok! I've tried proton, durian, and even Kia.. They exist in the answer.. Next time maybe i'll try to answer batik for clothing! Eheh.. Anyway.. Just fun.. Salam weekend buat semua..

Just a hobby : Quilling

Thursday, February 14, 2013

Honestly..
I love crafting..
Everything involve the use of your hand and being creative, i just love it!.
Before this, i've explore different type of crafting such as origami, knitting and not to forget, crochet!

I've learned those from blog, webpage, youtube and others social media. I explored those skilled by myself. I even buy the tools! But that's all only for satisfying my interest.
And now, i try to explore quilling skills. And i've found out, this skills are justttt tooo amazing! Just imagine, you get something beautiful by only using colorful paper and glue!

Besides doing my phd research, i also do some research in quilling skills! Ya! That's true. I've done the same things for all the skills i learned. Learned from observations! That's how i learned while doing crafting. And guess what?
This is the result!


Malaysian flower quill. I found the tutorial from Malaysia's crafter. Beautiful isn't it?

Ramai yang tanya, tak nak jual ke? Buat bisnes. And my answer will be no.
Because, nak buat bisnes, kena bagi high comitment. Tak bolehlah kejap on, kejap off. Right? And this handmade, saya buat bila my brain need some refreshment out of all the research paper and research material. And for me, i enjoy what i do. Sometimes, i do crochet. And sometime i play with bunga stokin and many more. And i strong reason is that, i am tooo lazy to cut all those colorful paper manually. Hurting my fingers! So, when my mood are soooo goooddd and soooo rajin, i'll do quilling. .(^_____^).


Seee... Penat kan? Fiu..fiu.. Memang kena ada mood rajin yang super duper tinggi untuk potong all those colorful paper. Kenapa tak beli je quilling paper? Sebab saya seorang yang kedekut! Hahaha.. RM10 for 100 pieces quilling paper? Oh.. jelaskan saya seorang yang kedekut? If i can save RM10 by cutting it manually even though it takes time, why not?.. Kihkihkih.. Ok.. research checklist what to do sangat banyak. Got to go!..



CNY : Jom jalan-jalan

Tuesday, February 12, 2013

Haaaaaa... Untuk mengubati hati dek kerana tak balik bercuti ke Aloq Staq this longggggg holiday, me and my friends go for holiday, here at kl. Penginapan adalah percuma. Cuma keluar duit minyak and duit tiket untuk beberapa tempat. Contohnya:
Menara kuala lumpur = RM 27.50 (couple rate)
Pusat Sains Negara = RM 6
Muzium Seremban = RM3

Dannnn antara tempat-tempat yang kami singgah adalah:
Taman Tasik Titiwangsa
Menara Kuala Lumpur
Pusat Sains Negara
Sri Taman Tun Abdul Razak
All places around Taman Tasik Perdana
Tugu Negara
Bangunan Sultan Abdul Samad
Dataran Merdeka

And... For next visit, i think i wanna go to Sepang! Eheh.. In coming activity. ;)

Selamat Pengantin Baru!

Sunday, February 10, 2013

Hai olllsss!!!!

Inilah sebabnya kenapa saya tak balik bercuti di Aloq Staq this CNY holiday!!!

By the way, barakallahuma.. Semoga bahagia sampai syurga dear...

February 2013 Blog Giveaways

Friday, February 8, 2013

It's come again!
Lin Handmade Greetings blogs organized another monthly giveaway!!

And of course i want to join it.


wanna join?
Click the picsta!
And enjoy it by yourself!!

Quilling..quilling mode..



Hujan yang turunnnnnn...

Salam Jumaat!

Hari ni hujan yo!

Macam ni..


 Malasnya nak pergi Lab, ALLAH je yang tahu..
Kihkihkih...
Tapi kugagahkan juga. Mencari ilmu kerana ILAHI..

Sampai UTM, wehhhhh... apsal parking lengang sangat ni?? Orang dah start cuti ke?? Aih...
Masuk lab..eh, tak ada orang sangat pun.. Semua pun mula bercuti.. Hujan pula tu kan? Bertambahlah cutinya! Eheh...

Selamat bercuti!
Berhati-hati memandu di Jalan Raya dan lebuh raya..
Biar lambat sampai, asalkan sentiasa selamat..
Ingatlah, orang tersayang sedang menanti di sana..

Dan saya?
Oh! Untuk julung kalinya cuti CNY saya di KL!
Ek? Apakah?
I wish i can share the reason.
Chotto matte kudasai!

p/s: name me few places yang menarik untuk dikunjungi sekitar KL+seremban+melaka.. I wanna be a tourist!..



Tahukah anda!

Thursday, February 7, 2013

Destroyed in Seconds.

Tahukan anda!
Pada suatu ketika dahulu, Malaysia sangat terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Perak antara negeri yang kaya dengan bijih timah. 

Tetapi, tahukah anda!
Pada Oktober 1993, satu runtuhan lombong tinggal telah berlaku di Malaysia? Atau lebih tepatnya di Pantai Remis.

Dan tahukah anda! Fakta ini saya ketahui dari sebuah rancangan TV yang mengisi slot jam 1.00 tengah hari di TV2. Destroyed in Actions!

Tahukah anda? Untuk tahu lebih lanjut, rajin-rajinlah bertanya pada pak cik google! Jangan hanya mengharap..=D

Hehehe...

Dan tahukan anda tarikh runtuhan lombong tinggal itu adalah pada 21 Oktober 1993.


Dan tahukan anda! Saya pun baru tahu! Hahahaha.... Bye!



Online : Setia Hujung Nyawa [Lagi??]

So suweeettt!!..

Itulah antara komen yang dapat dilihat dan dibaca sejak Setia Hujung Nyawa menemui penonton beberapa bulan yang lalu. Dan sedar tak sedar, sudah hampir ke penghujung. Malam ni episod akhir. Mesti ramai yang nak cepat-cepat sampai rumah. Nak tengok apa kesudahan hubungan El dan Zain serta Hadi dan Eliza. Betul tak?

Pagi tadi..El, Zain dan Hadi ditemu bual dalam MHI. Dan tengah hari ni pula, ditemubual dalam WHI pula. Tapi, Zain tak join yang tengah hari tadi. Petang ni, kalau internet laju bolehlah Live Chat dengan El dan Zain..



Kata Talha Harits, dia pernah diketuk oleh seorang mak cik ketika di dalam Lif selepas Drama itu menghiasi slot akasia. Wahh..itu maksudnya, lakonan Talhah sebagai Hadi sangat berkesan. Rasa benci yang wujud terhadap Hadi itu bukti penghayatan si pelakon! 

Ha! Kalau ada yang terlepas nak tengok mana-mana episod, bolehlah pergi ke website ini:
www.ygmenarik.info/2013/01/tonton-setia-hujung-nyawa-online.html?m=1

Haaa... Bagi yang tak ada akaun tonton.my macam sayalah. =D

Selamat menonton!
Dan Selamat Beristirehat di Tengah hari..

Eh! Sambung baca journal. LR tak kuat lagi neh!! yang fresh punya!



Setia hujung nyawa

Gigih buka tv pagi-pagi sebab nak tengok mhi. Bukan sebab memang minat mhi. Tapi sebab pelakon-pelakon setia hujung nyawa masuk konti mhi. Eh, konti? Hehehe....

Hari ni last drama setia hujung nyawa kan? Bilalah hadi nak insap wei??..

Jom layan amar, nelydia dengan Talha..

Stop Complaining!!

Wednesday, February 6, 2013

Selamat Pagi!
Senyum-senyum selalu...

Haa.. ntah saya baca blog siapa tadi tentang kata kunci MELAYU pada en.Google. Saya pun cubalah taip juga. Sekaliiiii....

Eh..eh..eh...wait!! Apsal macam 18SX sangat ni?? Grrr....Ok.ok.. enough! Tukar kepada ISLAM. Rosak mata i tengok image untuk kata kunci MELAYU.. *sigh~


Hopefully.. Change this into desktop wallpaper..
Aminnn... 

Ok! Gambar tak ada kaitan dengan tajuk..
Chill~
 



Selamat Pengantin Baru!

Monday, February 4, 2013


Selamat Pengantin Baru buat Hafiz dan Pasangan!
Semoga bahagia sampai syurga!


Dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban,
Untuk menghadiri walimah seorang teman,
Dari jauh doa saya titipkan,
Semoga bahtera yang dibina berkekalan...

(^__^)

Ini walimah kawan se-JKMKTC masa zaman muda belia dekat UTM Skudai dulu.
Kata hafiz, kenal di muka buku!
Oh sooo suweeetttlah kamu berdua..
Cinta muka buku, semoga kekal ke anak cucu..

peace yo!

Oh ye! Gambar?
Curi dalam facebook. Dah tag nama saya kan? Curi je lah.. hahaha... Curi dari timeline sendiri pun. =P




Almost forget

Yes! Hahaha...
Okkk.. almost forget about this Air Asia Ticket!
Ohooooo...






It's Monday!

Hello Monday!
 
Oh yeah! How do i interpret this results??

Jom makan dulu.. Jap lagi kita cari jawapannya..

 




Tunang orang?

Sunday, February 3, 2013

Erk? Kawan. Tapi at the same time, tunang orang..
Is it ok?
Different gender..
You need to think about it again, Sara!

Keluar berdua dengan tunang orang...
Tak kisahlah on whateva reason it is...
(-___-)"

Others will says: "don't blame yourself. You don't know the truth. Sekarang dah tahu, so you know what should you do.."

Does that mean i"ll lose one of my besties? Again?

That the risk. You are not losing them.. But you should know your limits. And trust them. After all, they still your good friends.

Friends till jannah. (^_^)*
Seorang kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kawannya walau dalam apa jua keadaan.

Dan saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak. Sebagai seorang kawan, saya turut tumpang bahagia. Izinkan saya menjadi seorang kawan yang baik untuk awak.

P/s : love your heart from heart attack! Hehehehe...
Peace yo!

Selamat hari ulang tahun kelahiran mak!

Friday, February 1, 2013

Keluarga adalah terapi yang paling baik untuk merawat hati selain sujud pada ILAHI. (^_-)"

Hari ni cuti Wilayah! Heppi! Gembira!..
Kebetulan pula abah dengan mak masih di Rawang atas urusan kerja.
Jadi, tunggu apa lagi?
Itulah fungsinya kereta yang dibeli. Ye tak?


Jarak, minyak, tol, kesesakan lalu lintas.. Semua tu bukannya halangan untuk bertemu mak dan abah. Demi insan-insan tersayang, apalah sangat nilai wang ringgit itu.
Hari ni jumpa kawan abah. Merangkap penyelia yang akan mengawal selia keseluruhan operasi kawalan keselamatan di kawasan yang baru diperolehi tendernya itu. Pesan pak cik ni:

Perempuan walaupun dia dah kahwin, emak dan ayah tetap menjadi tanggungjawab dia. Sebagai seorang anak perempuan, kenalah ada self-consent (?). Tanggungjawab seorang ayah pada anak perempuan memanglah dah habis saat mewalikan anaknya. Tapi tanggungjawab seorang anak pada ibu bapanya tidak akan dan tidak pernah putus.
Agree!


Bila ada pendidikan, maksudnya pada masa hadapan kita akan ada kerjaya yang kukuh. Rezeki yang kita peroleh dari kerjaya yang kukuh ini tetap milik kita walaupun sudah bergelar isteri. Seorang suami tidak mempunyai hak ke atas duit gaji yang kita peroleh. Jadi, kalau selama ini ibu dan ayah boleh bersusah payah cari duit untuk berikan yang terbaik pada kita, apa salahnya saat kita mendapat rezeki lebih itu kita hulurkan pula pada mereka. Ibu dan bapa mungkin tidak meminta jauh sekali mengharap, tapi sebagai seorang anak seharusnya wujud kesedaran diri tentang tanggungjawab yang satu ini.


Jadinya.. dah belajar tinggi-tinggi ni, janganlah selalu mendongak langit. Kadang-kadang kena berpijak di bumi yang nyata. Jangan sampai lupakan asal dan keluarga hanya kerana menikmati kesenangan. Setinggi mana kedudukan yang dicapai suatu masa nanti, jangan lupa membalas budi. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Siapa kita hari ini adalah kerana mereka yang bergelar ibu dan bapa. (^___^)*



p/s: 1hb Februari 2013
Selamat hari lahir mak! Semoga panjang umur. Dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.  Doakan angah berjaya dunia akhirat. Sayang mak dan abah sampai syurga!

Ikhlas dari anakmu,
Angah.