Episode 14 : Snowboarding!

Friday, January 10, 2014

Subhanallah!
Alhamdulillah..
Memang tak terucap dengan kata-kata bila diberi peluang untuk bermain papan luncur salji. Sungguh.
Bagai tak tersusun lagi kata-kata untuk mengungkapkan rasa syukur tu.
22hb Disember tahun lepas (hehehe..macam dah lama sangat je tahun lepas tu.)
Ok..ok... 22hb Disember 2013
Kebetulan pula the next day tu, public holiday dekat Nihon ni. Jadinya, kohai-kohai (juniors) ajak g main Snowboard. Wow! Memang tak menolaklah kalau orang dah ngajak kan?

Dan....

 

Kihkihkih.. benda paling pantas dibuat adalah update di muka buku. sebab segalanya di hujung handset anda sahaja. Ngeee..

Kohai-kohai bawa main dekat  ジャングルスキー&スノーボードスクール. FYI, peralatan snowboard dan attire semuanya yang turun temurun dari senpai (senior) turun ke kohai. Gitulah tradisi yang saya faham..
Dan kebanyakkan kohai dekat sini adalah lelaki. And lately ni ada Ichinen (First Year) yang onna. Maksudnya ada 3 onna ichinen campur 1 onna ninen (second year). Dan baki yang lain semuanya otoko.. ohohoho...

Dan..masa g main snowboard ni, onna cuma dua orang je. Saya dan Nad (ichinen). Tempat main snowboard ni dekat Yamagata-Ken. Jadi, dari Yonezawa-shi saya sorang je lah onna sebelum bertemu dengan Nad yang duduk dekat Yamagata-ken. InsyaALLAH, bulan tiga tahun ni, kohai onna move in ke Yonezawa-shi. Adolah geng onna saya nanti.. (senyum)

 

Gambar-gambar ni crop dari facebook ja. Sebab bila tengok balik dalam folder gambar, tak transfer pun lagi gambor dari handphone ke laptop. Jadi, kita ambil je lah gambar dari facebook ye..

Sekurang-kurangnya, yang update dekat facebook ni ikhlas dari hati sebab live dari tempat kejadian. Eheh..

 

Dan sebagai penutup...

 

Seriusly.. suka giler dengan gambar ni. Thank Amri for this nice picsta! Mestilah kredit dekat orang yang ambil gambar kan. Sebab selalunya yang ambil gambar tak ada dia dalam gambar. 
Kenalkan.. Inilah kohai-kohai saya.. Baru 1/2 kot. Ada lagi 1/2. Maybe next time kita ambil gambor reramai lagi ye.

One of my wishlist:
SNOWBOARD

Done!
Yatta!
Doumo Arigatou Gozaimasu Minnasan!!! 
 
 P/s:
Maklumat tambahan.
Mesti ada yang nak tanya berapa kos nak main semua ni kan?
Ngeee....
Ok..untuk invitation kali ni, kesemuanya berkonsepkan tong-tong.
Errr..ada faham?
Maksudnya, minyak tong-tong. Snowboard item yang tak cukup pun kita tong-tong duit sewa. Tapi, fee entrance sendirian berhad.
Jadi, expenses breakdown untuk hari tu:
Minyak (dari Yonezawa - Jangle Jungle) = 650Yen pergi balik
Ticket Masuk = 2700Yen (6 hours ticket)
Rental board + kasut = 5000Yen (yang ini divide 5 orang dengan ichinen sebab tak cukup 1 board dan 1 kasut)

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik link dekat atas tu.
Tak pun, meh je klik link bawah ni:
 
 



2 comments:

Zairi Zaidi said...

Belajar kat Jepun ke....

Cik Sara said...

@Zairi.MY

Zairi, lab attachment sahaja. Buat research. =D