Episode 32: Cherry Blossom at Kajo Park

Sunday, April 20, 2014

It's weekend!
Two weeks before golden week come to us!
And finally, sakura blossom are coming to us!

 

Hujung minggu kali ni, kami pergi ke Kajo Park untuk menikmati bunga sakura yang sudah berkembang di daerah Yamagata-shi. Konsepnya, pre-hanami. Sebab hanami sebenar insyaALLAH akan dibuat di Yonezawa juga.

Ironinya, dari sudut geografi bandar Yamagata terletak lebih ke utara berbanding Yonezawa tetapi kawasan ini mengalami pengembangan bunga sakura lebih cepat berbanding Yonezawa. Malah, bandar Fukushima yang terletak di bawah Yonezawa juga sudah berbunga. Hal ini dikatakan disebabkan oleh kedudukan Yonezawa yang dikelilingi gunung menjadikannya sebuah daerah yang sejuk dan lambat panas berbanding Yamagata.

Urmmmmm....

 

Di Jepun, bila sakura mula mengembang aktiviti hanami akan bermula. Ramai sangat orang Jepun yang keluar pada hujung minggu ini untuk berhanami bersama keluarga dan rakan-rakan. 

 

Lumrah manusia sukakan pada benda cantik. Jadi, tak hairanlah kawasan taman dipenuhi umat manusia yang datang untuk merakam kecantikan semula jadi ini!.

 

Dari Yonezawa-shi nak sampai ke Yamagata-shi, perlu memandu arah ke utara selama lebih kurang sejam. =D

Eh..eh..oklah.. tak tahu pun nak story apa. Nah..nak kongsi gambar lagi..

 

 

Sekian.

Nanti kalau ada rezeki nak ambil gambar sakura dekat Uesugi pula. =D 

 
 
 
 
 



0 comments: