Episode 34 : Nihon no Tabemono

Tuesday, April 22, 2014

Assalamualaikum..
Eheh..bersiaran kita di hari bekerja kerana saya tak ada mood nak buat kerja. Dang!
Ada seorang kawan minta saya senaraikan makanan yang WAJIB di makan ketika datang ke Jepun.
Dan setelah berdiskusi pendek dengan kohaitachi saya tentang makanan yang WAJIB di makan ketika datang ke Jepun, adalah beberapa makanan yang patut anda cuba kalau datang ke Jepun. Saya tak hierakikan makanan ni. Sebab saya sendiri tak pasti mana nombor satu, dan mana nombor last. Asalkan jumpa, makan jelah. (^_^)
Dan dah alang-alang tu, saya tulis teruslah dalam blog ye. Selamat membaca!

Nihon no Tabemono. maksudnya Makanan Jepun. ^_-

1. Taiyaki
First time saya makan Taiyaki masa dekat Sendai. Kohaitachi belanja. Sekali pandang macam kuih bahulu yang diletak inti dan dibentuk menjadi seekor ikan. Eh? Tapi, bila rasa macam waffle berinti. Lebih kuranglah. Bentuk dia begini:
 

Errr.. ada gambar sampulnya sahaja. Tapi bentuk dia macam ikan emas dalam gambar tulah. Kalau tak percaya, ce google. Taiyaki ni murah. 100Yen je. Dan tak ingat pula ada tax 8% ke tidak. kalau ada, jadi 108Yen. Kedainya begini:

 

Macam saya bagitahu tadi, ada macam-macam jenis pilihan inti. yang paling standard, red bean lah. 
 
2. Dango
Next... Dango.
Dekat supa pun boleh dapat Dango ni. first time saya makan, beli dekat coop gakko je. (^___^). Rasanya macam... urmmm..kuih melayu apa yang buat dari tepung pulut ek? sebab dango ni dibuat daripada mochi (tepung pulut). Tak ado gambarlah nak share. Korang google lah ek.


3. Takoyaki
 Sebelum ni memang ambil takoyaki dengan sos. Tapi, lately dapat tahu sos takoyaki ada mirin. Maksudnya tak boleh makan. Makanya, ambil takoyaki plain cenggini je lah. Dan mulai hari ini saya akan lebih berhati-hati membeli takoyaki. Dan mengelakkan dari mengambil sos. Fiu~


Satu sampan ni ada lebih kurang 8 biji tako. Harganya sekitar 550Yen. Kalau pejam mata, tak convert g RM memang berbaloi-baloilah. Hehehe..

4. Okonomiyaki
 Okonomiyaki. Lebih kurang macam takoyakilah. Tapi.. urmmm..urmmm.. entah. Go and taste it by yourself. Saya tak tahu sangat kedai okonomiyaki yang ada. Tapi recommendedlah DOHTONBURI ni. Untuk lunch set sangat murah. Tips nak makan dekat Jepun ni, mudah je. Pilih seafood dan vege. Elakkan daging tak kiralah ayam atau beef. Urmm.. elakkan kimchi juga. sebab biasanya kimchi diorang ada pork.



Macam takoyaki, okonomiyaki ni pun sama. Kalau boleh, elakkan sos dia. Walaupun, sos tulah yang sedap pun! Hahaha.. Kalau nak juga, bawa sesiap sos okonomiyaki yang dijamin halal. Manalah tahu ada jual dekat cold storage ke. eheh. End up, kitorang makan dengan mayonis je. Mayonis jepun ni sedap katanya. Dan saya take it as sedap! =D
Kalau pegi dohtoburi ni, konsep dia masak sendiri atas hot plate. Nyum..nyum.. orang kata, kalau datang Jepun WAJIB cuba "masak" sendiri okonomiyaki ni.

5. Sushi
Sushi. Tak yah cerita panjanglah kan? Dah well-known sangat. Tips kalau g makan sushi, bawa kicap sendiri! Sebab soy sauce diorang ada mirin. Well, ada je yang tak ada mirin dan boleh makan tapi tak tahu nak bagitahu yang mana satu. Unless, korang boleh bertanya terus pada pemilik kedai. Tapi, untuk lebih menyakinkan, bawa kicap sendirilah. Tak pun makan gitu je. 

Oh! ramai yang kata sushi dekat Jepun tak leh makan sebab dibuat dari arak. Kan? kan?
Well.. Tak semua. and boleh dikatakan, mostly guna cuka buah je. Sebab arak tu harganya mahal. Jadi, high cost nak buat sushi guna arak. Unless kalau korang memang berhajat pergi kedai sushi high class tu. Untuk orang pertengahan macam saya ni, pergi KAPPA Sushi atau kedai sushi biasa je.


Ada sesetengah kedai, dia jual dengan harga flat price. 100Yen per plate. Ada kedai pula, harga ikut plate. Paling mahal pun 200Yen lebih kurang. Tapi, kedai yang harga berbeza ikut pinggan ni sodap. Dan mengenyangkan. Kalau korang tak boleh baca hiragana/katakana, just make sure korang ambil sushi yang seafood dan tamago (telur) ni je lah. Macam kedai sushi 100Yen tu ada possibilities ada daging dan ayam. 

6. Soba
 Ramai sungguh yang like gambar soba ni dekat facebook. Kalau datang Yamagata, memang recommendedlah soba ni. Dah lah banyak. Sedap pula tu. Tapi kalau datang bercuti tempat lain, kenalah cari sendiri. Tak boleh nak suggest tempat. Sebab saya pun tak tahu. Oh! Dekat mana Yamagata ni? Jauh juga dari Tokyo. Kalau drive, macam pergi Kuala Lumpur dari Aloq Staq. Kalau naik shinkansen sekitar 10,000Yen. Which is sangat tak berbaloi walaupun masanya hanya 2 jam ++ naik shinkansen.

 

Tapi... kalau cari tak jumpa-jumpa, saya cadangkan cubalah soba segera ni. Sedap gak! Marvellous. Boleh jumpa dekat kombini dan supa. Agak-agak nak pack bawa balik Malaysia pun boleh. ngeee...

Nak makan ni, mudah je. Macam kita makan maggi segera. Tapi, take note ye soba ni je yang boleh makan. tempura soba. Yang lain, tak boleh. dame. 



7. Udon
Udon ni katanya wajib dicuba juga kalau datang Jepun. Tapi, secara jujurnya dah hampir 5 bulan dekat sini saya belum cuba lagi Udon! Hahahaha.. So, macam tak de gambar yang nak dikongsikan. Tak best pula kalau ambil dekat en.google. Kalau ado masa, cubalah ye!
8. Salmon aburi
 Haaa... yang ini recommended kalau g Kyoto. Tak tahulah memang recommended atau tak. Tapi, bising sungguh kohaitachi saya suruh g rasa ni kalau g Kyoto. So, i take it as recommended. Hahahaha...

Celah mana Kyoto tu? Urmmm... urmmmm.. jap..
Letaknya dekat Kawaramachi Dori. Ha! Kalau korang buka map kyoto bus tu, boleh tengok dekat mana Kawaramachi Dori ni. Dia macam dalam lorong sket. Dan kawasan kawaramachi Dori-Sanjo Dori ni macam Bintang Walks. Eh? Ye ke? Tapi memang ramai giler orang. 


Nama menu ni, samon aburi don. Kalau datang Kyoto, jemputlah mencari. Kedai dia tak besar sangat. Kecil je.
 

Inilah ghopenya kedai tu. Selamat mencari ye!

9. Dorayaki
 Naaaa... Dorayaki. favourite Doraemon. Kalau tanya beli dekat mana, saya jawab tak tahu. Sebab ni pun orang bagi. Kihkihkih. Tapi, kalau ada peluang cubalah cari. DOn't worry. Dorayaki ni boleh makan. Jangan risau.


 Lesson learn. 
Dari seorang kawan, rupa-rupanya ada dorayaki yang ada kandungan mirin daa...
Gomen ne.. I'm so sorry. Please check the ingredient before you eat. Kalau tak tahu kanji macam saya, boleh guna apps JED. Taip je apa yang korang nak in english, dan bandingkan kanji yang keluar. 

Moga membantu.
Maaf atas kekhilafan sebelum ni.
 
10. Lain-lain.
Haaa.. lain-lain ni maksudnya makanan dekat restoran jepun yang asasnya seafood. Antaranya...

 
Tak ingat nama dia. Tapi sejenis ikan yang disalut tepung dan digoreng. peace! Ini menu dekat Marumatsu

 
Unagi set. Sedap! Marvellous. Yang ini saya makan dekat kedai dekat dekat station Yamagata.

Yang ini makan dekat sebuah restoran jepun yang berkonsepkan shokudo a.k.a kantin. 

 
saba in the house.

Itu je kot. As long as korang tengok benda tu seafood dan yakin tiada penggunaan mirin mahupun alcohol, just go for it. As i said before, kalau ragu-ragu. don't take it. Leave it. Sebab kalau ragu, dah jatuh shubhah kan? Kalau shubhah, haram juga makanan tu walaupun hakikatnya tak ada benda terlarang di dalamnya.

Urmmmm... Kalau ada apa-apa nak tanya, silakan ye. InsyaALLAH, kalau boleh jawab saya tolong jawabkan. =D

Tips: Sebelum datang jepun, cubalah take note sket kanji dan katakana untuk beef, pork, chicken, alcohol, bir and etc. Kalau boleh, cuba familiarkan dengan kanji semua ni. Bukannya apa, mudah kita nak tolak ke tepi bila pilih menu. Sebab dekat negara yang bukan negara Islam ni, yang haram tu lagi banyak dari yang boleh makan. Jadi, kalau dah pasti makanan tu ada unsur tersebut, bolehlah reject sesiap. Kecilkan pencarian. Hehehe.. Gitulah kekdahnya.

Minyak masak? Ohhh.. Jangan risau, dekat jepun ni semuanya minyak canola atau minyak sayuran (sepanjang yang saya tengoklah). hehehe.. Jadi, insyaALLAH.. walaupun tak ada tanda halal, tapi halal untuk di makan. 

Bro, Sis. Kalau nak tengok setempek logo halal baru nak makan, dinasihatkan duduk je lah dekat Malaysia ye. Tak pun bawa roti gardenia banyak-banyak dari Malaysia. =D

Hehe.. ok! bye~
 



2 comments:

Asmara said...

tabetai!!! rindunya yonezawa.. :D

LiYaNa2709 said...

Dohtonburi di mana? Nak makan okonomiyaki tu!