Piala Thomas milik Jepun.

Monday, May 26, 2014

Antara ketupat dengan sushi

Antara KLIA dengan Narita Airport

Detik yang sangat mendebarkan. Saya tak tengok pun tiga game yang pertama. Masa game keempat, pusingan kedua baru saya buka streaming TV1. Masa tu, Malaysia ketinggalan 2-1 kepada Jepun. Dan pasangan beregu kedua Malaysia tengah berjuang untuk menangkan game keempat ni supaya game boleh dibawa ke pusingan akhir.

Giler berdebar.
Maklumlah.. Rakyat Malaysia memang sangat mengharapkan Piala Thomas kembali ke pangkuan Malaysia setelah hampir 22tahun menanti. Malah, Datuk Lee Chong Wei juga mengharapkan piala thomas yang pertama untuk koleksi kemenangan beliau.

On the other way around, skuad badminton Jepun sangat teruja bila mengejutkan dunia dengan mengalahkan skuad badminton China dan seterusnya melayakkan diri ke Final Piala Thomas. Secara tak langsung, skuad badminto Jepun juga menginginkan kemenangan dalam kejohanan Piala Thomas ini.

Apa-apa pun, Tahniah saya ucapkan buat pasukan badminton Malaysia. Korang dah buat yang terbaik. Kepada kapten pasukan, walaupun corak permainan di peringkat awal agak lemau dan tak bertenaga je disamping mistake yang banyak, tapi kejutan yang anda buat pada saat-saat terakhir di set kedua yang akhirnya membawa game ke set penentuan memberi sinar baru buat penyokong-penyokong Malaysia. Bukan sahaja yang menyokong di arena, di tanah air sendiri, malah yang menonton streaming di luar negara seperti kami. Anda semua tidak kalah. Cuma kemenangan belum tercipta. Lain kali cuba lagi.


Jepun.
Welcome to the club. Ahli baru dalam negara yang pernah memenangi Piala Thomas. Sungguh. Badminton bukanlah satu sukan yang mendapat perhatian rakyat Jepun seperti Figure Skating dan baseball serta basketball. Malah, Kejohanan Badminton Piala Thomas ni pun tak mendapat siaran langsung dari mana-mana channel TV Jepun (Area Yamagata-ken tak ada siaran langsung badminton) seperti tiga game yang saya sebutkan sebelum ni.

Tapi, dengan kemenangan yang pertama ini pastinya diharapkan lebih ramai anak muda Jepun memberi perhatian terhadap sukan Badminton dan sekaligus berusaha untuk mengekalkan Piala Thomas pada kejohanan akan datang.

Omedetou!
Tahniah! Untuk pertama kalinya layak ke pusingan akhir Piala Thomas.
Dan Tahniah juga! untuk pertama kalinya menjulang Piala Thomas.
Bumi India menjadi saksi kemenangan.

Well.. Summer is here. Let's play badminton.
Here at Japan.
(^___^)



0 comments: