Episode 48 : Hitachi Seaside Park

Friday, June 13, 2014

Assalamualaikum..
Salam Nisfu Sya'ban..
Lama sungguh ambil masa nak update cerita Golden Week itu hari kan?
Hari pertama di Tokyo, saya buat Fuji Trip with my labmate yang sama-sama buat attachment dekat bumi Jepun ni.



Dan hari kedua, sebetulnya saya buat flower hunting plus sight-seeing to Odaiba City.
Tapi, untuk entrie kali ni, saya skip dulu pasal ini. Saya nak bawa awak-awak semua berjalan jauh ke Ibaraki-ken. Salah satu negeri yang terletak di dalam rantau Kanto. Dan tempat yang saya nak bawa awak-awak semua adalah HITACHI SEASIDE PARK atau bahasa jepunnya HITACHINAKA KOEN. Eh, iye ke? ngeeee...


Menariknya di sini, pemandangan dia berbeza-beza ikut musim. Dan disebabkan saya mungkin tak berpeluang untuk melihat keindahan dedaunan merah sempena AUtumn pada bulan 10 ini, laju-laju saya pergi tengok lautan biru sempena Spring dan Golden Week ni. The journey, it takes about almost 2hours and 30min jugalah nak sampai ke koen ni. Menariknya tempat ni, ianya terletak di tepi laut. Makanya, bayu laut yang sejuk tu sangat mendamaikan. 

 

  Menurut ramalan kaji cuaca, hujan bakal turun. And yes! After finished touring the blue flowers, it did rain! Hitachi Seaside Park ni sangat luas. Selain daripada bunga Nemophilia yang berwarna biru ni, ada juga taman tulips, sekebun roses, Selautan Carnola dan etc. Pendek cerita, tempat ni sangat best untuk bersantai bersama keluarga. 

 

 Tempat ni mungkin tak popular dikalangan pengunjung luar. Tapi, pemandangannya sangat indah. Ada basikal disediakan kalau kita nak berbasikal. FOC. Tapi sebab tak menjangkakan koen ini sememangnya sangat luas, saya tak guna pun basikal. Bila dah jalan sakit kaki, baru rasa macam menyesalnya tak pinjam basikal tu. (-__-)"

 

Tiket dari Katsuta Station sampai ke Hitachi Seaside Koen ni adalah 1,100Yen. All-in.
Maksud All-in dekat sini adalah....

Termasuk tambang densha dari Katsuta Station ke Ajigaura Station (kalau tak salah) plus shuttle bus ke Hitachi Seaside Koen termasuklah entrance ticket. Untuk pengangkutan ni, pergi balik tau. Maksudnya, bila dah habis round dalam park ni, bolehlah naik shuttle bus ni semula untuk ke station densha, dan naik densha back to Katsuta Station.

Dan disebabkan sekali lagi saya tak jumpa butang touch SUICA card, saya pun tak pasti berapa jumlah keseluruhan pergi balik dari Tokyo ke Ibaraki. Cuma yang pasti, saya bajet 10,000Yen dan yang terguna around 5,000Yen sahaja. Well, banyak jimat tu. ngeeee...

 

Lepas dah puas hati tengok selautan Nemophilia berwarna biru ni, saya dan kawan mencari arah menuju ke Ladang Tulip pula. Cheewah.. Ladang kau!

Tapi, sebab dah pertengahan spring, banyak jenis tulip yang dah layu. Well, i pun baru tahu tulip ni kembang bermusim. Atau dalam bahasa mudah, kembangnya hanya seketika.Sobs..sobss..sobs..

 

Tadaaaa....
Nampak tak air hujan disitu?
Jadinya, tak berapa menikmati tulip sangat pun sebab hujan turun membasahi bumi!
Dalam hujan pun kitorang redah ambil gambar lagi. Tapi, kesian dekat kamera. Aih...




 

First time tengok tulip bulu-bulu cenggitu. Bunga rare ni. Hehehe...

 

Sekian sahaja untuk kisah bunga-bunga di Hitachi Seaside Park, Ibaraki-ken.
Selendang pun dah sememeh kata orang kampung.
Oh ye!
A'a.. Ini kisah sebulan yang lalu..
Kisah bulan ini?
Mungkin bulan depan baru nak bercerita. Eheh..

Okey bye~ 
 
 


0 comments: