Episode 62 : Jishin desu!

Sunday, July 13, 2014

"Jishin desu! Jishin desu!" 

Amaran gempa bumi yang dihantar Agensi Meteorologi Jepun melalui telefon bimbit berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi Jepun membuatkan saya dan kohai tachi terjaga dari lena. Dalam keadaan separuh sedar, masing-masing memeriksa telefon bimbit dan beberapa saat kemudian terasa bergoyang-goyang. Namun, dek kerana masih kepenatan dek baru sahaja terlelap sekitar 4pagi dan dikejutkan amaran gempa sekitar jam 4:20pagi membuatkan kami kembali tidur. 



Begitulah kisahnya pada pagi 12hb Julai 2014 yang lalu. Fukushima, bandar kejiranan yang terletak lebih kurang 45km++ dari bandar Yonezawa. Tempat letaknya salah satu reaktor nuklear di Jepun. Gempa bumi kali ni adalah pada magnitude 6.8M pada di dasar laut pantai Fukushima. Ingat lagi tak tsunami 2011 yang melanda Jepun? Menurut laporan yang dikeluarkan seismologi, gempa bumi susulan ini adalah aftershock dari gempa bumi 2011. Dan dijangkakan akan ada lagi gempa bumi susulan selepas ini. 

 

"Saturday’s quake measured up to four on the Japanese scale of seven in terms of intensity, and Yoshida said there was a possibility aftershocks measuring a moderate three on that scale would occur in the next two weeks." -JapanToday

Pengalaman merasai sendiri gegaran gempa bumi kadang-kadang membuatkan saya rasa bertapa beruntungnya dilahirkan dan tinggal di bumi Malaysia yang jauh dari lingkaran gunung berapi seperti negara-negara lain termasuklah Jepun.

Tapi, dari sudut pandang yang lain saya kagum dengan sistem amaran bencana yang dikeluarkan pihak berkuasa Jepun kepada rakyat Jepun. Misalannya, untuk gempa kali ini, amaran dikeluarkan 10saat sebelum masyarakat di kawasan berdekatan merasai gegaran tersebut. Kebetulan, pada hari kejadian saya dan kohaitachi bermalam di Yamagata, yang terletak lebih ke utara dan lebih jauh jaraknya dengan Fukushima berbanding Yonezawa. Jadi, gegaran yang dialami tidak sekuat mereka yang tinggal di Yonezawa.

Gitulah al-kisahnya. 
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-NYA

Jom banyakkan berdoa untuk saudara seislam kita di Bumi Palestin. Dan Jangan lupa Qunut Nazilah.

 
   



0 comments: