Piala Thomas milik Jepun.

Monday, May 26, 2014

Antara ketupat dengan sushi

Antara KLIA dengan Narita Airport

Detik yang sangat mendebarkan. Saya tak tengok pun tiga game yang pertama. Masa game keempat, pusingan kedua baru saya buka streaming TV1. Masa tu, Malaysia ketinggalan 2-1 kepada Jepun. Dan pasangan beregu kedua Malaysia tengah berjuang untuk menangkan game keempat ni supaya game boleh dibawa ke pusingan akhir.

Giler berdebar.
Maklumlah.. Rakyat Malaysia memang sangat mengharapkan Piala Thomas kembali ke pangkuan Malaysia setelah hampir 22tahun menanti. Malah, Datuk Lee Chong Wei juga mengharapkan piala thomas yang pertama untuk koleksi kemenangan beliau.

On the other way around, skuad badminton Jepun sangat teruja bila mengejutkan dunia dengan mengalahkan skuad badminton China dan seterusnya melayakkan diri ke Final Piala Thomas. Secara tak langsung, skuad badminto Jepun juga menginginkan kemenangan dalam kejohanan Piala Thomas ini.

Apa-apa pun, Tahniah saya ucapkan buat pasukan badminton Malaysia. Korang dah buat yang terbaik. Kepada kapten pasukan, walaupun corak permainan di peringkat awal agak lemau dan tak bertenaga je disamping mistake yang banyak, tapi kejutan yang anda buat pada saat-saat terakhir di set kedua yang akhirnya membawa game ke set penentuan memberi sinar baru buat penyokong-penyokong Malaysia. Bukan sahaja yang menyokong di arena, di tanah air sendiri, malah yang menonton streaming di luar negara seperti kami. Anda semua tidak kalah. Cuma kemenangan belum tercipta. Lain kali cuba lagi.


Jepun.
Welcome to the club. Ahli baru dalam negara yang pernah memenangi Piala Thomas. Sungguh. Badminton bukanlah satu sukan yang mendapat perhatian rakyat Jepun seperti Figure Skating dan baseball serta basketball. Malah, Kejohanan Badminton Piala Thomas ni pun tak mendapat siaran langsung dari mana-mana channel TV Jepun (Area Yamagata-ken tak ada siaran langsung badminton) seperti tiga game yang saya sebutkan sebelum ni.

Tapi, dengan kemenangan yang pertama ini pastinya diharapkan lebih ramai anak muda Jepun memberi perhatian terhadap sukan Badminton dan sekaligus berusaha untuk mengekalkan Piala Thomas pada kejohanan akan datang.

Omedetou!
Tahniah! Untuk pertama kalinya layak ke pusingan akhir Piala Thomas.
Dan Tahniah juga! untuk pertama kalinya menjulang Piala Thomas.
Bumi India menjadi saksi kemenangan.

Well.. Summer is here. Let's play badminton.
Here at Japan.
(^___^)



Vietnam : Destinasi Beli Belah

Sunday, May 25, 2014

Hajat hati nak potong ayam dengan daging untuk buat satay. Tapi, tetiba lain pula yang dicari. Instead of Resepi Satay, saya google Vietnam. Ngeee..
Sajalah baca-baca pengalaman blogger lain ke Vietnam. Nak tahu juga apa yang menarik sangat dekat Vietnam tu kan? Selepas baca sana-sini, dapat saya simpulkan Vietnam adalah destinasi beli belah. Bukan destinasi pelancongan untuk bergambar sangatlah. Tak tahu nak simpan info dekat mana, makanya kita manfaatkan ajelah ruangan blog ni untuk rujukan diri sendiri di masa hadapan. ngeee...

+ Mata wang Vietnam adalah jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Menurut info yang saya perolehi dari bacaan saya, kalau nak ke Vietnam ni boleh guna tiga jenis matawang iaitu Ringgit Malaysia (RM), USD dan Vietnam Dollar (Dong). Kebanyakkan gudang kain dan pakaian serta restoran makanan dan hotel menerima mata wang RM dan USD. Jadi, terpulanglah nak bawa nisbah yang macam mana. Manakala, mata wang Dong lebih banyak digunakan untuk bayar transport macam bas dan teksi. Turut diingatkan, sediakan duit Dong dalam nilaian yang kecil sebab kalau naik teksi contohnya, tak ada give the change. 

 
Sumber google

+ Tempat strategik untuk mencari hotel dan tempat penginapan adalah sekitar Ben Thanh Market. Sebab dekat kawasan tu ada banyak Restoran Halal dan hotel-hotel yang berpatutan harganya. Dan semestinya juga dekat untuk berjalan-jalan sekitar Ho Chi Min City ni. Antara hotel yang menjadi pilihan blogger Malaysia adalah Saigon Pink Hotel dan beberapa hotel lagi.. Jarak hotel yang dekat dengan Ben Thanh Market menjadikan aktiviti membeli-belah lebih mudah.

+ Tapi, kain-kain dan barang lain lebih murah dekat Cho Binh Tay. Kalau dari Ben Thanh Market ni, just naik bus no.1 dengan harga 5000Dong.

+ Kalau nak membeli belah di Vietnam ni, kena bijak menawar. Dan paling penting, hati pun kena kental dengan godaan. Dan, jangan tunjuk yang kita banyak duit. Kalau tak nanti, kena caras lah jawabnya. Eh, penggunaan ayat yang betul ke tidak ni? hehehe... Lagi satu, dekat Ben Thanh Market ni kita dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati. Kalau boleh, elakkan simpan dompet dalam poket belakang seluar. Dan jangan juga simpan duit sekali harung dalam satu dompet. Sebab kawasan tu banyak pencopet. Kalau kena songlap dompet tu, tak ke haru. Ye dak? Pilihan yang terbaik, bawa sling bag dan make sure bag dekat depan korang, bukan tepi atau belakang.



+ Antara recommended menu dekat Vietnam ni adalah Pho (60 000 Dong) dan Kopi Ais (20 000 Dong).

+ Tempat yang boleh dilawati untuk bergambar. Antaranya adalah bandar Ho Chi Min tu sendiri. Dekat situ ada Nortre Dome Catheral dan Central Post Office. Boleh juga berjalan-jalan sekitar Saigon Square. Semuanya dalam jarak jalan kaki je dari Ben Thanh Market tu. Lain-lain tempat menarik adalah Mekong Delta dan Cu Chi Tunnel. Untuk Mekong Delta ni, ada pakej serendah USD13 hingga USD 30. Terpulang pada kebijaksanaan kita untuk mencari. hehehe.. Dari Ben Thanh Market nak ke Mekong ni ambil masa selama 2jam 30minit. Jadi, pakej Mekong Trip ni memang untuk seharilah. Dan Cu Chi Tunnel pula, kawasan tinggalan sejarah peperangan tentera Vietnam dan US suatu ketika dahulu. Pernah masuk Dokumentari Majalah 3 dekat TV3. Entrance Ticket adalah 70,000Dong.

+ Rata-rata blog yang saya singgah recommend supaya beli omiyage atau cenderahati di Cho Binh Tay atau Saigon Plaza. Sebab dekat dua tempat ni jauh lebih murah berbanding Ben Thanh Market. Tapi, Ben Thanh Market ada lebih banyak pilihan dan corak tekstil berbanding Cho Binh Tay. Jadi, terpulanglah pada anda nak shopping di mana. Bagi yang mencari kain Prada lace, dekat Ben Thanh Market ni boleh dapat dengan harga RM50 semeter. Dan kain lace yang lain serendah RM15 semeter. Sekali lagi saya katakan, bijaklah berbelanja dan menawar. =D Oh ya! Sutera Vietnam Original dekat sini boleh dapat pada harga RM46 untuk 4meter bagi bidang 60. Kalau tak salah saya, kakak saya cakap kalau bidang 60 tak yah beli sampai 4meter untuk buat sepasang baju kurung. Ha! Murah dah r tu..

+ Luggage. Masa pergi, berlenggang kangkung je. Kalau boleh jangan bawa banyak sangat barang. Tapi, masa balik kenalah ambil luggage sesiap dengan syarikat airlines yang kita nak naik tu. Kalau tak, satu hal pula nak tambah extra luggage. Terpulanglah nak ambil luggage berapa banyak. Sebab lain orang, lain aktiviti membeli belahnya.

+ Kastam. Oh ya! Dinasihatkan juga supaya anda menjaga diri dan tidak sakit. Sebab kalau jatuh sakit, tak boleh lepas dari Kastam Vietnam ni. Huh! Tak ke haru jadinya nanti? Tapi, kalau sakit gak, sampai dekat kastam tu buat-buat kuat. Jangan tunjuk sangat sakitnya tu. Ngeee..

+ Dekat Cu Chi Tunnels tu, tak yah lah korang nak beli keychain peluru, senapang bagai. Sebab menurut satu blogger tu, sampai dekat kastam benda alah tu kena rampas! So, what's the point right?

Itu jelah point-point yang saya rasakan pentinggg.. Boleh rancang misi membeli belah ke Ho Chi Minh City ni. Next trip. InsyaALLAH. Semoga membantu anda dan juga saya. Hiuhiuhiu..





Episode 47 : Shuugou Shashin

Maksudnya Group Photo.
Dan..
Kinen Shashin maksudnya Gambar Kenangan.
Dan..
Shashin maksudnya gambar.

Stop kejap pasal Golden Week Trip. Kita jenguk folder gambar dalam laptop untuk cari idea menulis. And.. I think, i wanna share our Shuugou Shashin. Gambar beramai-ramai sepanjang duduk di Yonezawa ni. =D

Boleh juga dijadikan kenang-kenangan di masa hadapan. Ye tak?

SNOWBOARD 2013 
Jangle Jungle Ski Resort 
 


ZAO MONSTERS
Mount Zao, Yamagata-Shi 

 


SOUBETSUKAI 2014
Yamagata Daigaku Yonezawa Kokusai Koryu Kaikan 

 


SOSUTGYOU 2014
Yamagata Daigaku 

 


Pre-HANAMI 2014
Kajo Koen, Yamagata-Shi 

 


HANAMI 2014
Yonezawa-Shi 

 

Komuniti adik-adik yang saya kenal sepanjang lebih 6 bulan di bumi Yonezawa. =D
(^___^) 

Check dekat JED apps.. jumpa ini:
Shashinsyuu

Maksudnya Collection of Photographs or photoalbum..
and here...

Watashi no Shashinsyuu..








Panda oh Panda...

Friday, May 23, 2014

Ye..ye.. ada apa dengan Panda?
Panda adalah seekor binatang berwarna putih dan hitam yang sedang mendapat perhatian dari segenap pelosok Malaysia. Sana, sini, sinun dok bercakap pasal panda. Ada yang gumbira dengan kedatangan Panda ke Malaysia, dan ada juga yang mencemuh dan membangkang kehadirannya..

Selaku rakyat yang cintakan haiwan, dan teringin melihat dari dekat haiwan comel ini saya sangat berterima kasih sebab sudi terbangkan panda ke Malaysia. Untuk tempoh 10 tahun ini, saya harap saya berkesempatan juga nak bawa anak-anak saya tengok panda tanpa perlu pergi ke China. Eh?

Hehehe...

 

Tapi, disebalik pembaziran yang dikatakan jom kita tengok fakta disebalik kehadiran Panda ke Malaysia.

a) Panda di National Zoo Washington DC disewa dengan kos RM3.3 juta setahun iaitu RM33 juta 10 tahun. Tetapi untung bersih hasil daripada penjualan barangan cenderahati panda sahaja adalah RM3.85 juta setahun.

b) Panda di Zoo Toronto, Kanada menyumbang kepada 10% peningkatan keahlian zoo tersebut dan juga pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini sahaja memberikan pulangan RM10 juta setahun.

c)  Zoo Edinburgh,UK merekodkan jualan tiket melebihi 50% kebiasaan sejak kedatangan panda pada 2011. Jumlah pendapatan zoo tersebut meningkat tiga kali ganda daripada RM27 juta kepada RM81 juta setahun.

d) Zoo Atlanta,USA kena melobi kerajaan China selama 12 tahun untuk mendapatkan panda dan Zoo San Diego pula terpaksa berbelanja RM16 juta bagi kempen dapatkan panda. Malaysia? Tidak perlu melobi atau berkempen, China yang menghargai persahabatan selama 40 tahun dengan Malaysia menawarkan dua ekor panda kepada Malaysia.

Ok.. seriusly... Ini saya copy dan paste dari sini:
http://matrodi.my/2014/05/23/pandangan-we-need-more-panda-not-china-doll/

Saya tak berminat nak main isu politik di sini. Dan saya juga tak ada asas dalam bidang perniagaan bagai.

In positive view, anggaplah kehadiran panda ni sebagai satu pelaburan jangka masa panjang dalam memangkinkan sektor pelancongan Malaysia. Wah...gitu..
Yelah, fakta pun dah menunjukkan betapa banyaknya untung yang dibawa oleh panda. 

And for me... Yes! I can't wait to going back to Malaysia to see the pandas by my naked eyes. Wohooohohooo... Gitu kannn..
 
 



Episode 46: Fuji Trip

Last two weeks, Golden Weeks.
Laju-laju cari tiket shinkansen untuk ke Tokyo (東京). Ate, nak naik bas tak reti pula nak cari dan naik dekat mana. Ngeee... Lagipun naik Shinkansen jimat masa.

First day kitorang g Fuji-yama (ふじ山) dekat area Yamanashi.
Alhamdulillah...sampai juga ke kaki gunung Fuji. Eh, tak adalah sampai betul-betul kaki gunung pun. Hehehe.. Kitorang sampai dekat kawasan Kawaguchiko. Al-kisahnya begini.....


Pagi-pagi buta lagi kitorang keluar. Boleh kata lepas subuhlah. Subuh dekat sini awal. sebab sunrise pun awal. Around 4:15am kitorang keluar dari rumah. Me and Aqilla (junior CAIRO yang datang buat attachment dekat Toyosu). Bayangkan, masa kitorang sampai pintu subway Shintomachi Eki pun tak buka lagi! Fiu~ Kitorang lagi awal rupanya..

Dari Tokyo Metro Subway, kitorang kena tukar line. Panjang ceritanya. Pendek cerita, dah janji dengan Kak Lin dan husband dia nak jumpa dekat satu JR Stesen. Tak ingat nama stesen tu. ngeee.. Sebab kena tukar train lagi. Aih, sehari ni tak tahulah berapa banyak train kitorang tukar. Dari stesen ni, kitorang naik JR line menuju ke Otsuki. Haaa... kisah lucu berlaku di Otsuki Station.

Dekat Otsuki Station, kita akan tukar g Fujikyu line untuk ke Kawaguchiko. Masa kitorang sampai Otsuki Eki, densha dah nak depart. Pegawai train yang jaga dekat depan tu dok suh laju-laju masuk train. Maklumlah, train dekat jepun ni kan on time. Kitorang yang blur-blur ni just follow the flow jelah. Masa tu kebingungan juga sebab kitorang tak touch out lagi kad Suica kitorang.

 

Sampai dekat Kawaguchiko Eki, tak ada pula tempat nak touch kad Suica tu. Kitorang pun pergi kaunter. Tunjuk kad suica tu.Lepas tu, dia tempek sehelai kertas dan minta kitorang bayar 1140Yen untuk one way ticket. Rupa-rupanya dia tak potong dari kad Suica kitorang. Dalam bahasa mudahnya, kitorang tak touch out pun lagi kad Suica tu.

 

Dari Kawaguchiko Eki, dapat tahu yang shibazakura baru partially bloom. Around 30% je. Macam kecewa gak r.. End up, kitorang tukar plan. Instead of pergi tengok Shibazakura matsuri, kitorang g Tasik Kawaguchiko. Dari tasik tu, boleh tengok mount fuji secara keseleuruhan. Dan dekat tasik Kawaguchiko tu juga, ada pakej high speed boat. Wuhuuu...

 

Untuk pakej speed boat yang kitorang naik ni, sorang 1000Yen untuk round kawaguchiko lake tu. Awesome gak r. Tapi, laju bebenor. Rosak selendang ku! Hahahaha...

Habis round tasik kawaguchiko tu, kitorang jenjalan pusing tasik kawaguchiko sebab nak cari spot untuk lunch.

 

Sambil berjalan cari spot untuk lunch, kitorang end up dekat check point untuk snap gambar reflection of mount fuji. Tapi,sayangnya cuaca tengah berangin. Air tasik bergelora. Jadi,tak dapat reflection seperti yang diharapkan. But the best thing is, syukur alhamdulillah.. Dapat juga tengok mount fuji in real. Face to face. eh, eye to eye.

Subhanallah, indahnya mount fuji. Speechless bila dapat tengok the whole mountain. Sungguh!. 

Oh! pasal kad Suica tu. Kitorang balik ke Otsuki Eki dari Fujisan Eki dengan harga 1020Yen. Sampai dekat Otsuki, kitorang naik express densha menuju ke Tokyo. Weeehuuu... And last check out Kad Suica saya adalah Eki berdekatan Shinjuku kot. Kos hanya 165Yen. Ini terjadi sebab kekalutan di Otsuki Eki. Supposely more than that. Tapi, bukan sengaja. Saya tak pernah naik densha secara kerap sebab tempat saya dekat Yonezawa ni tak guna densha. Kitorang banyak berjalan kaki dan naik bas. Huhuhu.. Jadi, jakun sikitlah bila masuk ibu kota kan? Standard beb.

Haa... oklah.. Secara keseluruhannya, bajet asal saya untuk ke Mount Fuji yang sepatutnya mencecah hampir 10,000Yen, jadi 5,000Yen je. Anggaplah rezeki dari ALLAH. Alhamdulillah. 

 

Mount Fuji - Check in!
 
 
 
 
  



Episode 45 : Seafood Fettucini Carbonara

Wednesday, May 21, 2014

Atau Fettucini Seafood Carbonara?

What-so-ever lah namanya kan. Dan kalau nak tahu, Fettucini ni adik beradik spagetti. Tetiba rasa nak makan carbonara, google resepi mostly guna fettucini. Dan dengan gigihnya mencari fettucini di supa-supa berhampiran. Ngeeee....


Menu ni memang sesuai untuk orang yang tengah distress dan tak kisah pasal kalori. Hahaha.. Sayalah tu. Tengah-tengah stress, lapar. Jam dah pukul 10:30pm. Tapi, lapar punya pasal, terjah juga dapur tu. Ada aku kesah??

Hahaha...
Ok. Resepi, macam biasalah. Cari dalam google. Pun dah tak ingat ambil dari blog mana. Tapi, kalau tak salah, hasil campuran resepi dari dua blog. Muahahaha...
Kalau tengok entrie resepi dalam blog saya, memang biasanya akan mengundang amarah orang. Sebab....

pertama : Tak accurate resepinya. Bahan bagi anggaran kasar je. Gomen ne. sebab saya sendiri tak sukat. Macam mana nak bagi resepi yang siap dengan sukatan? ye tak? Contohnya, nak letak kepingan keju. Memula letak dua keping. Rasa tak pekat, saya tambah lagi dua keping. Ada kesah? Nak makan, diri sendiri. Tak gitu?

 

Dan bahan-bahan yang saya gunakan adalah:

Fettucini (Direbus dalam air rebusan yang telah dicampur olive oil)

Untuk kuah carbonara versi saya:
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dan bawang merah yang dicincang halus
Susu minum (yang pasti bukan versi rendah lemak dan bukan juga susu sejat)
Aneka jenis seafood (Udang, hotate)
Carrot yang didadukan
Asparagus yang dipotong 
Cendawan comel. Nak guna shiitake mushroom pun boleh. Tak ada masalah. Cendawan butang pun boleh. Make your own recipe. 
Slices cheese
Grated cheese
serbuk lada hitam
Herba kering seperti oregano, rosemary, thyme dan apa sahaja herba yang anda suka.

 

Kekdahnya...

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang halus.
Masukkan susu. Kuantiti susu ni, ikutlah nak masak untuk berapa orang makan. Saya rasa, saya letak dua cawan kot. Sebab boleh makan 4 kali. Hahaha.. heaven.. Tak payah nak masak berulang kali.
Kacau dan masak sampai susu tu masak. Dah berubah warna sikitlah.
Lepas tu masukkan udang dan hotate serta seafood lain.
Biarkan seketika.
Bila dah mendidih, masukkan carrot, asparagus dan cendawan tadi ke dalam kuah. Letak serbuk lada hitam.
Agak-agak sayur-sayuran tu dah masak sket, masukkan fettucini, gaul rata.
Sebagai penutup, letakkan kepingan keju di atas dan perlahankan api. Biar sampai keju tu cayaq dan kuah semakin pekat.
Dan siap untuk dimakan.

Cedok boh dalam mangkuk atau piring atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. Taburkan herba-herba kesukaan anda dan grated cheese.
Lantas, bolehlah di makan pada pukul 11:30malam. Ngeee...

Sekali lagi,
maafkanlah....
Nak kongsi resepi tapi sungguh tak ingat sukatan dia. Secara kasarnya cenggitu jelah bahan yang saya guna. 

Ok. bye! 
 
 
 



Episode 44 : Congratulations! You've Graduated

Saturday, May 17, 2014

Amboi...
Panjang bebenor tajuknya kan..
Entry hari ni just to wish my liltle sister,
Congratulations on your Graduation!
Sorry for not being there.

 

Sebetulnya, dah lama adik saya ni tamatkan pengajian Diploma dia. Cumanya majlis graduasi baru diadakan hari ni. Eh, ke esok? Hahaha.. Sengal punya kakak kan? Hehehe..

Sekarang, dia dok sambung Ijazah Sarjana Muda pula dekat UITM Universiti Tenaga Nasionalkampus Muadzam Shah.
Ralat. Sebab tak dapat hadir majlis konvokesyen dia. Dan tak dapat bergambar beramai-ramai satu keluarga.

Well..
Apa-apa pun,
Angah doakan yang terbaik untuk ang. Semoga berjaya. Bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.

Best of Luck! 



Episode 43 : Selamat Hari Guru!

Friday, May 16, 2014


 

May,16
Istimewa buatmu Guru.

Walaupun jarak memisahkan kita..
Walaupun bicara tak sering terucap..
Ketahuilah, di satu sudut hati ini terpahat ingatan kukuh buat kalian..
Di satu ruang memori dalam minda, terlukis setiap momen, bakti dan jasa kalian..
Dan setiap saat untuk mengingati, kalian sentiasa ada di dalam sisipan fail mindaku berjilid memori jangka panjang.

Terima kasih Allah sebab KAU hadirkan mereka sebagai pendidikku. Juga sebagai ibu bapa keduaku saat aku berjauhan dari emak abah kandungku.
Terima kasih Allah sebab KAU titipkan kasih sayang dari mereka untukku.
Sesungguhnya ENGKAUlah sebaik-baik pemberi rahmat.
Jasa mereka, bakti mereka, pengorbanan mereka, masa dan kasih sayang mereka..
Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMU buat mereka.

Saya sayang cikgu-cikgu saya. Terutamanya guru-guru di mrsmpdrm. 5tahun yang mungkin tak dapat dilupakan.
Me, love you all to the moon and till jannah.
SELAMAT HARI GURU.
 


psssss:: Taip dekat handphone guna tangan kiri, pastu publish dekat facebook. Buka blog, copy and paste dari facebook. Sekian. Minimakan penggunaan tangan kanan untuk kesejahteraan ummah. Hehehe...




Episode 42 : Homemade Bibimbap

Wednesday, May 14, 2014

Bila dok tempat orang ni, satu ja masalah. Masalah nak makan. Maklumlah, mana nak ada kedai mamak dekat sini. Nasi Ayam tat jauh sekali. Kalau berkehendakkan ayam dan daging, memang tak berapa wajarlah makan di luar. Sebab dekat luar sana, banyak yang haram dari yang halal. Dugaan merantau di bumi asing. Biasalah tu..

Dan kebiasaannya juga, bila dah merantau jauh dari bumi Malaysia ni secara tak langsung skill memasak semakin bertambah baik. Maklumlah, that's the only way for you to survive. Dan dalam keterpaksaan untuk survive, kita pun belajar memasak. Start to experiment food. And one of my food experiment adalah homemade bibimbap.

Yeah. I'm a Korean Cuisine's lover! Especially bibimbap. Kalau dah teringin sangat, pastinya KLCC dan pavilion jadi tempat untuk dituju. Tapi, untuk kali ini saya masak sendiri. Lepas masak, pejam mata dan bayangkan kita tengah makan dekat Pavilion. Believe me. the taste will be same. Regardless on how you cook them. Ini namanya psikologi minda. Selamat mencuba!

 

First of all, masak nasi putih. Hehehe.. Guna beras jepun ni sodap juga.
Lepas tu, perap daging. Eh, kalau nak lagi sedap peraplah daging tu lebih awal ye!
Oh ya! Malaslah nak story pasal aksesori dia tu. Yang penting, sos tu. Sebab sos tu banyak yang haram dari halal kan? So, here we go...

Ini resepi asal. Saya pun dah tak ingat ambil dari mana. Hiu..hiu..hiu..
4 tablespoon serbuk cili
1 tablespoon sesame oil
1 tablespoon sugar
3 tablespoon water

Dan seperti biasa, saya akan otter sampai kena dengan lidah sendiri. Yes, anda juga boleh. Resepi ni tak tetap. Jadi, enjoy yourself to experiment the taste!

Untuk sos saya, saya tambah madu. Dan of course secukup rasa! Hahahaha.. Itulah rahsia masakan sedap selalu. 

 

Oooopppsss... presentation makanan tak berapa menawan. Maaplah ye. Asal masuk perut sudah. Apa nak dikisah cantik tak cantik. Bukannya nak masuk Masterchef kan? Ngeee...
 
  



Episode 41 : Hujung Dunia

Tuesday, May 13, 2014


 

Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti
Hingga ke hujung dunia ini pasti adanya suka dan duka kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis dan ketawa bersama-sama
Hingga ke hujung dunia
Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya...
Tiada apa yang sempurna..
menyanyi biar dari hati
berjanji ditepati
hingga ke hujung dunia ini pasti adanya suka dan duka kamu dan aku
hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis ketawa bersama-sama
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
segalanya yang pernah kita lalui
menjadikan kita yang hari ini
Hingga ke hujung dunia ini pasti adanya suka dan duka kamu dan aku
hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis ketawa bersama-sama






2014 Blog Giveaway #1

Hari ni nak join Giveaway ini. Sambil mempromosikan blog kreatif kak Lin ni. Cantik sungguh hasil kerja tangan beliau. Once upon a time, saya pun suka juga buat Quilling ni. Tapi sebab kena manually potong kertas dan saya tak punya masa untuk itu membuatkan saya berhenti seketika. Set Quilling pun tak ado. Just guna lidi satay je. (T___T)


Cantik kan? I'm thinking of buying some of those thing dekat DAISO nanti. Well, you know, DAISO kan macam murah sket. 

Eh..eh..nak promote yang ini. For those yang berminat untuk ikut serta dalam giveaway ni, feel free to click here:

 



Episode 40 : Musim berubah

Monday, May 12, 2014

Musim berubah..
Bulan berganti..
Masa terus berdetik..

 

Upon arrival : Dapat saya lihat dedaunan merah-kuning menghiasi jalanan. 

For the first half of my residency : Dedauanan mulai gugur meninggalkan ranting untuk menahan sejuknya bumi. Ranting yang tinggal mula dipenuhi salji yang turun menutupi bumi Yonezawa menjadikan ia seperti satu dunia baru. Narnia world.

And today : Dedaunan hijau mulai menghiasi bumi. The green that bring back the oxygen to us.

Musim yang berubah. Dan syukur pada ALLAH atas nikmat yang diberikan untuk saya melalui setiap musim ini.

Early November : End of Autumn (あき)
11th November 2013 : First snow falling down to the earth. As the beginning of Winter
December Till Early April : Winter(ふゆ) Season in the air.
Mid April till now : Spring (はる). Sakura blossom and the beginning the blooming of beautiful flowers.

Sakura blossom, Tulips, Azalea, Roses, Nemophilia, Carnola, Narcisus, and lots of other colorful flowers.

Yes. I'm blessed.
Thanks Allah.