Seminggu

Friday, March 10, 2017

Alhamdulillah...

Seminggu di tempat baru..
Seminggu menyesuaikan diri dengan amanah dan tugasan baru..
 Seminggu bergelar pendidik..

1 Mac 2017
Saya mula melaporkan diri sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Pantai Timur.. Heee.. ramai member tegur, "Jauhnya kamu pergi Sara?"

(^______^)
Kadang-kadang perlu juga keluar dari zon selesa. Keluar dari kebiasaan.. Dan andai di sini tertulis rezeki saya untuk berkhidmat dan berbakti kepada anak bangsa, kenapa harus menolak?



Sejujurnya, saya tak mohon banyak tempat. Jadi, kalau ada yang bertanya pengalaman di temuduga atau pengalaman memohon jawatan, tak banyak yang boleh saya kongsikan. Tawaran untuk berkhidmat di universiti tempatan ini telah saya terima sejak pertengahan tahun lalu. Tapi disebabkan kengkangan dan pelbagai masalah yang timbul ketika dalam proses untuk menghantar pembetulan thesis, tarikh lapor diri tidak dapat saya berikan dengan jelas. 

Sehinggalah pada awal bulan lalu.. Surat senat sampai dirumah membawa berita gembira. Lulus mesyuarat senat adalah perkara yang terindah sebelum Majlis Konvokesyen. Itu keraian yang kedua. Sebaik sahaja surat senat tersebut saya majukan ke pada bahagian human resource, saya diberikan surat tawaran rasmi dan perlu melaporkan diri dalam tempoh sebulan. Memandangkan semester II baru sahaja bermula pada pertengahan februari yang lalu, saya ambil keputusan untuk melaporkan diri pada awal bulan Mac ini.



Dan alhamdulillah..
Seminggu telah berlalu..
Langkah pertama untuk buku kehidupan saya yang baru telah saya mulakan.
Seterusnya, mendidik adik-adik yang bakal mencorakkan dunia satu ketika nanti.

Banyak yang perlu dipelajari..
Check-in dan check-out. System IMS. Kalam. Penyediaan bahan mengajar. Lab. Quiz. Test and etc.

#myfirstcareerstory #mycareerjournal