Birthday Trip : Departing to Japan

Wednesday, October 3, 2018

Hello October!
It's been a while.

 

Acah - acah nak follow instagrammers. (^___^)

Wow! Where am I going this time? Dah keluar gadget-gadget ni, basically i'm traveling somewhere on earth! It's been a while!

As for this time, I'm going back to Japan! 
Why Japan?
You have been there. Why don't you explore the other part of the world?
Because, Japan is the only country in the world that make me feels secure to travel by myself, alone!

Ye ye.. saya tak ramai kawan. Sedih.
Nope. Bukan tak ramai kawan. Tapi, kawan-kawan mostly dah kahwin. They have their own commitment to their small family. And I have my own schedule that not everybody can follow and fit with it. So, solo travel is the last resort. As long as I can fly high!

 

Trip kali ni saya tak bawa pun tripod. Not like my last trip. Kali ni saya bawa monopod ja! So, expecting a lot of selfie in the upcoming post during my trip! Redah ja lah. 

Tak takut ke jenjalan sensorang?
Allahurabbi.. Ada ja waktu yang takut tu. Especially masa naik bas nak pergi Jogasaki coast. Sampai dekat satu stesen tu, suddenly tinggal kau sorang-sorang ja atas bas, dan bas tu lalu dekat unfamiliar route. Unfamiliar untuk kau yang first time sampai. Ok. cuak fasa I. Tapi, pujuk hati bagitahu insyaALLAH nothing bad will happens. Allah ada. Allah jaga.

And I keep telling myself "Allah ada. Kenapa nak takut?". And I keep walking and exploring. 

 

Saya beli tiket flight masa tengah sale awal bulan April 2018. Masa tu baru lepas balik dari Umrah. Tetiba rasa nak celebrate birthday dekat Jepun. Masa tu check ticket, return tak sampai RM1000 pun. Selepas ditimbang, ditolak dan didarab bahagi dengan kalendar akademik, terus saya klik butang purchase! Hahaha..

Trip saya bermula dari 4hb September 2018 dan balik ke Malaysia pada 12hb September, penerbangan malam.

4hb September 2018
Taufan Trami hits Japan. And Kansai Airport was totally closed. All flights were divert to Haneda. Yes. I though my flight would be re-time or delay. But, everything just going as per schedule.

 

Apa-apa pun, just leave it to Allah. Trust the pilot, cabin crew and airline managements. Itu kan kerja diorang. Takkan diorang nak ambil risiko pula kan? They know, the time we reached Haneda, the typhoon already went to the northern part of Japan. 

Syukur alhamdulillah. Trip kali ni dapat duduk dekat seat tingkap. Walaupun asalnya tak dapat pun seat ni. Kalau dah rezeki kan? (^___^)

Ya Allah!
Kenangan yang tak boleh dilupakan masa flight approaching Haneda Airport. Dekat bawah nampak kepulan awan tebal dan hitam.. Errr..mungkin sebab sampai ruang udara Jepun pun dah malam. Tapi, nampak sangat menakutkan. Selalunya awan tu nampak cantik dan menawan. Tapi bukan malam sampai Haneda Airport tu. Perlahan-lahan flight descending. Masa minimum level dan menghampiri landasan tu, Allahuakbar! That was a scary moment. Ok! Saya yang acah-acah berani ni pun boleh cuak. Flight bound atas bawah. Macam naik roller coaster pun ada. Dari sisi tingkap, boleh nampak laut luas terbentang dekat bawah tu. Sayap kapal terbang pun bergegor bagai nak tercabut ja. That's the moment that I feel, mungkin ini moment terakhir. 

 

Tapi, apa-apa pun, Alhamdulillah. Safely landed. Berdebor ja rasa hati. First thing first, sambil berjalan menuju ke immigration saya cuba connect internet. As expected, bertalu-talu whatsapp masuk. Rupa-rupanya after effect taufan trami dah masuk berita dekat TV Malaysia. 

Kesan dari Taufan Trami ni, banyak flight yang divert ke Haneda. And what do you expect? A long queue at the immigration. And guess what? Due to Trami Typhoon, some train are delayed. And tak sempat nak grab last train ke rumah kawan saya yang terletak di Hiratsuka, Kanagawa.

Maksudnya?
Tidoq dekat airportlah you all. Dan memandangkan saya pun belum solat maghrib-isya', lepas settle all the procedure and collect luggage, saya cari surau. Masa tu already midnight. Banyak restoran dah tutup. Perut lapar. Hahahah!
Plan failed!
Cengganalah boleh terlupa nak book pre-meal?
Pastu tak terasa langsung nak panggil pramugari tu untuk beli in-flight meals. Agak-agak? Mujur bukan sejenis spesis yang gastrik. Dalam dok mikio nak makan apa dekat Haneda airport tu, last-last ambil fresh orange dulu. Duduk rehatkan badan dan study floor map Haneda airport. Mencari di mana kombini dan surau.

 

Kombini Lawson 24-hours ada dekat Level 2. Dekat situ, in the middle of midnight saya nampak onigiri ja yang menyelerakan dan lalu untuk dimakan. 

Dan surau!
 Surau dekat departure hall. Dekat huruf J kalau tak salah. Yang paling hujung. Ada 2 ruang solat. Nak masuk surau ni kena tekan interkom dulu. Saya stay dekat situ sampai subuh jugalah. Ada j polis airport buat pantauan. Tapi dia tak halau pun. Maybe sebab saya sorang-sorang. Onna lak tu. Agaknyalah. Hahahaha..

 

Around 5:00am waktu Japan, saya turun ke airport eki. Taking the first train to Shinagawa Eki, then tukar densha. Ambil Tokkaido Line bound to Hiratsuka. 
Since kawan saya tu pukul 6:45 cam tu dah gerak g kerja, makanya tak sempat jumpa dia. Ikut map yang diberikan, saya pergi sendiri ke rumah dia.
Be independent sis! 
Ngengada ngok ngek ngok ngek tu, siapa nak hadap? ngee

Heeee...
Masuk rumah tak jumpa tuan rumah dulu. Dah ghupa air bnb ja. 
Day 1 - Reached accomodation at 7:15 am.
Dan sis pilih untuk tidur dahulu. Plan untuk hari pertama, tak ikut itinerary dahlah. Lepas zohor around 12noon, sis start solo travel to Yokohama. Bandar paling dekat dengan rumah kawan sis ni. Maklumlah, mula pun dah lambat. Jadi keje lak nak terjah sampai ke Tokyo nun.

Trip kali ni, temanya aci redah dan aci santai. Tak kejar apa-apa pun. Just enjoy the sweet moment being away from the workload and students. And the most important thing, enjoy all the views. The nature. The people. and the most thing I love about Japan is their punctuality!

Hang pa bayangkan. Sis terlewat satu minit ja masa tukar train dekat shinagawa. 1 minit! Tapi sebab terlewat 1 minit tu lah sis tak sempat nak jumpa kawan sis tu. Terpaksa tunggu train lain. 

  
Orait! Got to go!
Next entry nanti saya sambung pula my jalan-jalan pusing yokohama by walking! 
Hahaha..
Bye~
 
 
Dalam dunia ni, agak-agak korang ada tak lelaki yang jenis tak mengongkong? 
Sebaliknya sentiasa mendoakan dan menyokong?

Saja tanya
Sebab sis tak jumpa lagi. So, I wonder. 
 
 
  
  

 



1 comments:

Ann Ishak said...

kagum dgn sis ni, sangat berani merantau negara luar seorang diri