Sambungan dari entrie sebelumnya...
Ok. Pada hari yang dijanjikan, we olls bertiga pergilah ke Sri Puteri. Tiket bas untuk ke Sri Puteri pukul 8:30am. Dari Sri Puteri haruslah naik bas untuk sampai ke USS kan? Sebelum masuk Singapura, kenalah keluar dari Malaysia dulu. Maksudnya, lalu imigresen Malaysia. Tak susah pun. Ikut je arahan ye!
Setelah hampir 2 jam lebih perjalanan dari Sri Puteri ke Sentosa Island, akhirnya sampailah juga kami ke Universal Studio Singapore tu.. Wahhhh.. Finally!
Tanpa membuang masa, laju-laju kitorang masuk ke USS. Ambil Map USS dan itenerary for that day.
Kredit gambar: http://www.facebook.com/pakejuss?fref=ts
Boleh juga beli pakej ke USS ni dari mereka.
Bagi yang tak tahu, meh nak bagi tahu.
USS ni dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Antaranya:
1. Hollywood
Betul-betul masa masuk dekat entrance tu. Memang boleh ambil feel macam dekat Hollywoodlah.
2. New York
Haaa.. Dekat sini ada Sesame Street Pasta Space Ride!
Ada juga Light, Camera and Action.
Attraction dekat sini sesuai untuk semua peringkat umur. Hehehe.. Sebab tak adalah mencabar atau pun extreme sangat.
3. Sci-Fi
Whoa! Dekat sini sangat-sangat mencabar.
Tapi sayangnya Battletica Human and Cyclon tu ditutup masa we ollss pergi tu.. (T__T)
Nak puaskan hati, naiklah 3D Transformer. Awesome!
Dapat selamatkan bumi dengan Bumblebee dan Optimus Prime dari Robot jahat tu, Megatron!
Eh, dah tengok cerita transformer ke belum? heeee....
4. The Mummy!
Revenge of the Mummies memang boleh bikin hilang soul!
Roller coaster yang sangat mencabar..
Dah rasa macam separuh jiwaku pergiiii... Tsuk..tsuk..tsuk..
Untuk yang ada kanak-kanak boleh naik yang The Treasure Hunter. Ride yang sikit pun tak mencabar! Hahaha..
5. Jurrasic Park
Haa.. dekat sinilah ada ride yang boleh bikin uolls basah. Nak jimat, beli pancho a.k.a baju hujan sesiap. Kalau tidak.... bayarlah 3 dolar singapore!
Tak pun, buat cara Yakuza minta dengan orang depan-depan-depan korang tu sebaik sahaja dia turun dari boat tu.
Haa.. ada water world show juga. Tapi malas nak tengok.. hahaha...
Dan lagi satu! Flying Canopy!
6. Far-Far Away Kingdom
Dekat sini tak adalah mencabar sangat. So-so je. Enchanted Airways je. Lepas tu boleh rileks tengok 4D Shrek dengan Donkey Live.
1st time tengok 4D!! Awesome habaq ang..
Ayaq liuq Donkey tersembuq kat ang.. Euwwww...
7. Madagascar
Ha!! Dekat sini boleh naik Merry-Go-round atau Carousel. Alaaa... Kuda pusing-pusing macam dalam cerita Stairway to Heaven tu. Tapi dekat Madagascar ni bukan naik kuda tau!
Ada Girin a.k.a Girrafe, monyet, dan watak-watak madagascar yang lain..
Fuyooo.. Macam terlebih gula pula dapat naik mende alah tu. hehehe.. Sangat sesuai bagi mereka yang bawa anak kecil.
Lepas tu ada juga roller coaster. To the Madagascar World..
Adalah basah sikit-sikit, macam tempias gitu kan..
Tapi tak adalah sampai nak hilang separuh jiwaku.. hahaha..
8......
Eh, itu jelah kan? Lepas tu jumpa Hollywood balik. Kitorang pusing dua round. Naik 3D Transformer tu dua kali! Hehehe..Dan berjaya main semua game kecuali Waterworld show sebab kitorang yang tak nak! Hahaha...
0 comments:
Post a Comment