pagi itu, saya dapat bertemu dengan teman-teman yang boleh saya katakan sebagai teman baru. di samping menjalinkan ikatan persahabatan dan menyihatkan badan kami juga disajikan dengan tazkirah ringkas sebagai santapan rohani. dalam meniti cabaran dunia yang kadang-kadang boleh saya klasifikasikan sebagai suatu yang kejam, tak sedap sekiranya tiada perasa atau sajian buat santapan rohani. kalau di sekolah dulu, boleh juga mengharapkan kelas Pendidikan Islam dan Kuliah Maghrib serta subuh yang menjadi kewajipan. namun menjejakkan kaki di universiti, hanya kehendak diri sahaja yang dapat membuatkan diri mendapatkan makanan rohani.
kata orang, hati kalau tidak diberi makan, akan rosak juga suatu hari nanti. tak sanggup rasanya membiarkan meter keimanan terus merundum. banyak ilmu yang mampu diperoleh dari mereka yang berpengalaman itu.
dengan kak Fazira di Hutan Bandar
Bersama sahabat-sahabat Usrah
inilah keluarga usrah besar saya..