My First Giveaway

Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum....

Another giveaway to join.. Yeay!!

Kali ni, giveaway yang ini plak;


Due date dia, esok 4 JUN 2010

Kalau ada rezeki, leh dapat FM ni.. dah Cameron Highland pun tak pernah jejak lagi.. isy..isy..isy..

Kalau korang nak join, klik di bawah ye!!



Osha Giveaway.

Wednesday, June 2, 2010

Assalamualaikum..
Ohayou Gozaimasu!!! Ogenki desuka..

Join giveaway lagi.. kali ni dari Osha pula..


Semua syarat dah follow.. Yee haw!!

So..kalau korang pun nak ikut serta Klik kat bawah ni:


End date : 12 June 2010


SELIPAR JEPUN PINK GIVEAWAYS!!!

Assalamualaikum.....
Ohayou Gozaimasu!!!!!!

Hari ni, sementara tak de keje lagi, saya pun ber"blogwalking".. Melihat hasil kreativiti blogger-blogger yang ada kat Malaysia ni.. Saya memang sukakan benda yang kreatif.. So, bila ada internet connection, surely lah saya akan search benda-benda yang relate dengan kreativiti.. Sampailah saya ke link ini :


Urmm..tengok ramai juga yang join giveaways ni. almost 100 orang jugaklah. Memandangkan tarikh tutup penyertaan masih jauh, jadi tak salah kiranya kalau saya pun menjadi sebahagian daripada peserta...


Comel tak? inilah hadiah Giveaways nya... Comell...

Okey, jom tengok syarat yang diletakkan..

"just live a comment kat giveaway ni n sebarkan giveaway
ni kat your blog =)"

Ok, Tinggalkan komen dan nanti saya tolong sebarkan giveaways ni..

Hopefully, ada rezeki untuk dapat giveaways yang sangat comel ini.. 


Jangan hanya mengutuk, Gerakkan sesuatu!!!

Tuesday, June 1, 2010

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera.. Salam satu ummah!!!

"Kita mungkin tidak berdaya untuk mengangkat senjata bagi mengalahkan Israel Laknat itu.. Tapi, cukupkah dengan hanya sekadar mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan Israel itu??"

Sengaja saya memulakan entrie kali ini dengan kata-kata begini. Seperti yang telah diuar-uarkan pada kita semua dan seperti yang sedang hangat diperkatakan di laman sembang FB, twitter, blogspot, akhbar-akhbar tempatan dan luar negara serta pelbagai sumber komunikasi antarabangsa berkenaan nasib aktivis pro-Palestin yang diserang dengan peluru hidup oleh tentera Israel di Lautan antarabangsa.


** gambar-gambar di ambil dari http://ht.ly/1Sj8J

Saat mengetahui berita yang disampaikan, saya terkejut. Terasa menggigil seluruh tubuh. Apakah nasib mereka yang telah ditahan dan digempur oleh tentera Israel itu? Pelbagai persoalan yang timbul di benak. Persoalan yang mungkin sama dengan anda-anda di luar sana. Kapal Mavi Marmara kepunyaan Turki telah dirampas dan khabarnya akan ditunda ke pelabuhan Ashdod. Ada aktivis yang akan dipenjarakan dan ada yang khabarnya akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Kebenarannya? Sama-samalah kita nantikan.


Begitu sukar untuk kita melangkah masuk ke Gaza, Palestin. Sementelah pula, kapal yang dirampas oleh pihak Israel itu bukanlah kapal yang berisi senjata mahupun bom bagi menentang mereka secara fizikal, sebaliknya sejumlah besar peralatan, makanan dan barangan serta ubat-ubatan untuk disalurkan kepada rakyat Palaestin yang hidup dalam kesengsaraan ekoran dasar "tutup pintu Palestin" yang dilancarkan Israel beberapa tahun yang lalu.


Dari bacaan-bacaan yang saya peroleh, hanya kedengaran suara kutukan. "Dunia mengutuk tindakan Israel!" 




Tapi, kalau sekadar mengutuk tapi tidak ada tindakan yang diambil, jadi apakah nasib yang akan berlaku seterusnya?


Negara-negara Islam telah membuktikan mereka mampu bersatu bagi menjayakan misi LifeLine 4 Gaza yang telah mengumpulkan hampir 50 buah negara islam di seluruh dunia. Ratusan sukarelawan yang juga orang awam menyertai konvoi yang membawa misi kemanusiaan ini. Bahkan senjata untuk mempertahankan diri juga tidak dibawa mereka. Bukan itu sahaja, pergerakan konvoi 7 buah kapal yang diketuai oleh Mavi Marmara ini juga tidak diiringi oleh mana-mana tentera keselamatan dari mana-mana negara yang menyertainya. 


Ini jelas lagi nyata bahawa Konvoi yang digerakkan ini langsung tidak bertujuan untuk mewujudkan peperangan dengan pihak Israel. Mereka datang secara damai. 




Israel bahkan bukanlah sebuah negara, namun mengapakah benteng mereka terlalu sukar untuk ditembusi? Dengan biadapnya Israel melanggar undang-undang perairan antarabangsa. Dengan angkuhnya mengendahkan segala kecaman dan kutukan yang dikeluarkan oleh jutaan rakyat dari seluruh dunia.


Namun, sekali lagi ingin saya bertanya, cukupkah hanya dengan sekadar kutukan dan kecaman? Apakah tindakan yang akan diambil dan diputuskan oleh Pemimpin-pemimpin dunia Islam?? Dimanakah kekuasaan PBB dalam mempertahankan undang-undang dan akta yang telah digarapkan mereka? Kemana menghilangnya kepimpinan OIC untuk mempertahankan nasib umat islam di sana?? 


Rakyat mungkin hanya mampu bersuara. Hanya mampu berdoa memohon pertolongan dari Ilahi. Itu doa dan harapan seluruh rakyat. Tindakan seterusnya adalah dari pemimpin-pemimpin yang sangat kita hormati.


Andai kita tak mampu untuk bertempur di medan peperangan dalam usaha menentang kebangkitan  Rejim Zionis, mungkin kita mampu untuk melumpuhkan ekonomi mereka yang selama ini tanpa kita sedar, kita telah menyokong dan menyumbang ke arah itu. 




Wajar untuk kita memboikot barangan yang keuntungannya disalurkan kepada rejim Zionis. Mungkin dengan cara ini kita mampu melumpuhkan sistem ekonomi Zionis ini. Kalau sebuah negara mempunyai rakyat seramai 10 juta orang yang memboikot barangan Israel, kalau ada 50 buah negara turut bersatu melakukan hal yang sama, bayangkan berapa juta dolar yang mampu kita sekat dari terus mengalir ke akaun Israeli itu.




Saya yang menulis hanyalah berdasarkan hati naluri berbekalkan info yang diperoleh dari hasil bacaan-bacaan saya. Ini hanyalah sebuah pandangan. Sebuah suara yang menyedari dirinya sendiri tidak gagah untuk mengangkat senjata apatah lagi mengeluarkan arahan itu dan ini.. Wallahualam...


Link-link menarik :
- http://mumtazahmaridi.blogspot.com/2010/05/life-line-for-gaza.html
-http://gptdunisel.blogspot.com/2010/05/kenyataan-media-lifeline-4-gaza.html
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-31-mei-2010-apa-yang-allah-nak-ajar-kita/#more-2636
- http://cahaya-keinsafan.blogspot.com/2010/06/israel-berikan-bantal-yang-cukup-empuk.html

*** Sama-sama berdoa agar aktivis Pro-Palestin yang ditahan oleh Israel selamat dan semoga perjalanan mereka dipermudahkan. Laknatlah Israel diatas tindakan mereka. 
(Teringat sejarah burung ababil yang diceritakan di dalam Al-Quran)