Giroro Task

Sunday, August 14, 2011




Kekurangan dan kelebihan diri? Warghh..dah macam penemuduga pula Giroro ni. Ok. Kita cakap pasal kekurangan dululah ek. Manusia ni lebih banyak kelemahannya dari kelebihan. Itu point yang sangat saya persetujui.

Kekurangan yang pertama : Ketinggalan zaman. Hahaha..kenapa? Sebab saya tak reti nak lilit2x kepala dengan tudung yang pelik-pelik tu. Apatah lagi nak sarung tudung yang dah macam  kain rambu meja dengan langsir tu.. Kekuranganlah kan? Orang lain, pakat up to date je. Sampaikan tumbuh bonggol dekat kepala sebab nak nampak cantik..Hehehe..saya? 10 kali tengok mesti orang dok tanya soalan :"Sekolah tingakatan brape ni?." Haaa..tak ke ketinggalan zaman tu? Tak up to date sampai orang pun ingat dok zaman dulu kala. Budak sekolah pun lagi bergaya.. Haaa..point apa ni?

Kekurangan yang kedua? Tak seksi macam awek-awek kat luar sana. Kalau pakai baju stok cari saiz XXL.. sampai melebeh je orang nengok. Baju kurunglah paling best. Buat baju kurung tahun 2004, sekarang dah 2011 pun bleh sarung cantik lagi.. Nak pakai legging? Aih, terasa melekat-lekat di tubuh badan..

AHhh..cukuplah tu kelemahan yang entah apa-apa itu.. Kelebihan(?).. Rajin beb.. Kelebihan yang tidak boleh disangkal-sangkal lagi meskipun semakin dipuji Rajin, semakin bertambah malas rasanya.. grrr... Kekurangan(?) yang jelas adalah, kesempurnaan. Saya sukakan yang sempurna but yet, itulah kelemahan paling nyata buat diri saya sebab tiada makhluk yang sempurna melainkan ALLAH S.W.T..betul tak???

OK.. yang perenggan kedua dengan ketiga tu, buat tak tahu je lah.. Itu merupakan kekurangan yang menggembirakan saya..weee..daebak!




Ben ajak teka lagi


Ayat tu rasanya dari buku:
........

// Diedit selepas diumumkan oleh Enche Ben..\\

Ngeee..betullah jawapan yang saya teka tu.. Apa jawapannya?
Saya teka :- Satu Rasa Dua Hati tulisan Pahrol Mohd Juoi.

Dari 8 buku tu, satu ni je saya pernah baca.. So, main tembak je lah yang ayat tu kuar dari buku tu.. Tak sangka pula betul. Tak caya? Klik sini..



Tamama Task




Sambungan 5 Alien Task. Tadi dah jawab Keroro Task. Sekarang nak jawab Tamama Task plak.. Aigoo.. Ciri-ciri pasangan pilihan anda? gulp!

Tamamamamaaaaaaa!!!! Susah sih mahu jawab. Apa ciri-cirinya? Gantang? hahaha.. Tak2x.. Cukuplah indah di pandangan mata saya.. Kalau terlebih gantang, tak senang duduk pula wanita-wanita di luar sana.. Ahahaha..

Ok2x..Ini betul2x..Saya bukanlah cari yang sempurna segala hal. Tak2x.. sebab tiada yang sempurna dalam dunia ni. Yang penting agamanya. Ada pegangan Islam yang sempurna. Kalau tak, sesat di dunia dan akhirat saya nanti. Tak embohlah. Senang cerita, tak ada ciri-ciri yang spesifik sangat. Apa yang penting, pasangan itu haruslah menerima saya apa adanya. Sebab saya tak kaya. Tak juga cukup matang..Hahaha..

Jadi, cukuplah pasangan itu menerima seadanya dan saling melengkapi antara satu sama lain. Itu lebih penting kan? Nak tulis 10 ciri-ciri pun macam tak guna juga. Sebab dah tertulis di Laut Mahfuz siapa Adam yang tercipta untuk saya. Makanya, berdoa dan bertawakkal mohon yang terbaik pada ALLAH..

Walla.. Ok..i memang fail kalau cerita pasal ciri-ciri pasangan ni.. Ngee..

Adios~



Keroro Task


Daebak! Hehehe...jom join segmen berangkai anjuran alien. Nak join? g lah klik gambar keroro tu.. Eh, Keroro ni abang ke kakak? Haroro tahulah..ngee... Ok, untuk Keroro Task ni....Urmm..apa yang dia nak ye? jom usha..



Heee..sebesar-besar alam saya attach gambar Keroro ni..heee..

Ceritakan tentang diri anda? :

Diri saya? Simple. Saya tak suka yang rumit-rumit. Serabut otak ni fikir. Ada mata untuk melihat, ada akal untuk berfikir. Cukup sifat untuk berjalan di bumi Allah. Apa lagi? Think Positive! Ya! Nak fikir negative2x buat apa? betol tak? serabut semua tu. Saya tak suka benda-benda yang serabut ni. Nak yang kemas lagi tersusun je. Cantik(?). Subjektif je semua tu. Yang penting dalam mahu cantik. Hati yang cantik. Itu lebih penting kan?

Lagi? Pendiam. Ye. Sebab tu orang ingat saya ni sombong sebab kurang peramah. Tapi ace datang berkenalan dulu. Pastu barulah decide sombong ke tak? betol tak? Urmm..udah2x ler tu..karang jadi masuk lift tekan butang sendiri plak.. 

Nak kenal saya? Nama saya....panjang sangat nak tulis. Cukuplah sekadar anda panggil saya Sara.. Nice ah?.. Salam perkenalan~