Less than three

Wednesday, October 23, 2013

Everything is less than three

Less than three days


for this!

And less than three weeks

 

For this!

Less than three..

Rabbi Yassir Wa la Tuassir..

Dup dap dup dap..
Cukup tak bekalan rohani ni??
Huhuhu...
Semoga ALLAH permudahkan. Amin. 
 
 



Korban Aidiladha

Wednesday, October 16, 2013

Tajuk tak hengat!
Assalamualaikum....

Salam Aidiladha buat semua kenalan alam maya yang saya sayangi Lillahitaala..

Wassup guys!
Uhuk..Uhuk...
Terbatuk-batuk di sini sambil update blog. Nak tau? Sehari lepas sampai Aloq Staq suhu badan naik dengan hebatnya. Sendi-sendi terasa begitu lenguh. Fuhhh.. Eden demam! Rebah tak larat langsung nak bangun. 
(T______T)

Puaslah minum ayaq cap badak tu. Siap tolak-tolak lagi selimut kononnya kalau selimut nanti, haba dalam badan terperangkap. Sampai sudah tak kebah-kebah. Errr..boleh gitu? Jadinya, walaupun macam merengkot kesejukkan, tetap tak selimut juga. Ye lah, dalam panas luar je yang rasa sejuk. Cannot..cannot..

Nak best lagi tu, kepala pusing-pusing.. wehoooo.. duniaku seakan berputar-putar. Nak bangun ke toilet pun rasa dunia tak seimbang. Eh, dunia tak seimbang?
After a day, alhamdulillah suhu badan dah berkurang. Tapi pening-pening kepala tetap ada. Sedih oooo...
End up pergi Farmasi check Blood Pressure.

95/59!

Rendah!
No wonderlah i pening-pening lalat gitu.
Nak dijadikan korban, pada hari raya haji tu dok sakit-sakit tekak. End up bangun je tidoq on the second day, terus hilang suara. Wohooo.. memang tak senang duduk. Dahler raya kedua tu ada korban dekat kampung sebelah mak. Nak tak nak, kena balik kampung juga. (T______T)



Awak..awak.. Tekak saya memang tengah tak sihat. Suara pun tengah tenggelam timbul je. Kalau buat konsert rock and roll memang larislah jualannya.
Tapi ada sesuatu yang lebih pentinggg...

Di hari raya korban ini, dengan serendah-rendah hati saya mohon rakan-rakan di luar sana untuk mendoakan kesihatan kedua tok dan wan(ibu bapa abah saya) saya. Sekarang ni, tok ada dekat Hospital SUltanah Bahiyah. Diagnosis as mycrocytic Anemia. Tapi sebab tok tak lalu nak makan, kesihatannya menyorot. Doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala ya!

Dan Wan saya pula, susah saya nak jelaskan. Ada potensi ke arah penyakit nyanyuk. Mohon Allah perjauhkan dari musibah itu. Sungguh! Allah Maha Mengetahui. Dan sungguh! Sesungguhnya makhluk ghaib itu wujud. Mohon Allah jauhkan awok,saya, famili awok dan famili saya dari godaan dan gangguan syaitan-syaitan yang sesat lagi menyesatkan..

p/s:
Hujung bulan ni nak kena g Hong Kong, tapi slide untuk conference tak prepare lagi. Awal november nak fly g Jepun untuk attachment, tapi still waiting for COE untuk beli tiket flight dan apply visa. Seriusly, risau jua dengan kesihatan tok dan wan. Mohon rakan-rakan doakan yang terbaik ya!
 



Drop!

Tuesday, October 8, 2013

Decrease!

Menurun!

Apakah?


Hehehe....
Adakah kemalasan mengemaskini blog semakin terselah dari bulan ke bulan?

Dah masuk Oktober,
Tapi jumlah keseluruhan post baru 100++
separuh pun tak sampai dari jumlah entrie tahun sebelumnya..
Apakah yang berlaku?

Banyak je al-kisah yang nak diceritakan..
Tapi...
Bila hadap laptop atau PC, jadi blurred..
Sudahnya...
Nothing!

Apa-apa pun,
Selamat Hari Raya AidilAdha!
Selamat bercuti in advance!
 



Reboot S2

Wednesday, October 2, 2013

Assalamualaikum...

Hai! =D
Fiu~
Pengalaman..pengalaman...dan pengalaman baru hari ni.
Ngeee...
Sebelum itu..

Happy Anniversary Mr.Samsung SII Marble White!
01.10.2012 - 01.10.2013

Weee.. genap sehari setahun sehari guna Mr.SII.
Terima kasih atas perkhidmatan anda!

Gigih setahun sebelum tu mengumpul duit sebab nak beli Mr.Samsung ni.
Puas berceloteh di sini. Jadi, bila dah dapat tu memang sayang habislah kan..
Warranty setahun pun dah habis!

Tapiiii...
Nak ditakdirkan sehari kemudian, Mr.Samsung buat hal!
Bila turn on, dia asyik blink-blink je.
Semua ni berlaku sebaik sahaja berjaya UPDATE GMAIL.
Huwaaaaa...
Rasa nak menangis dah pagi tadi. 
Terus cabut bateri.
Lepas lunch time tadi, pergilah KLCC sebab dekat situ ada Samsung. Hehe...yang sebetulnya, nak makan nasi ayam penyet!
Muahaha...

Unfortunately, encik di sana suruh ke Service Centre di Lowyat!
Huwaaaaaa.....
LOWYAT!
Nak naik kenderaan sendiri, jalan sesak. Nak naik pengangkutan awam, monoreil pun padat! Apakah?
Perut dah kenyang dengan ayam penyet, we all (me and nisa) balik semula ke UTM.
Sambung buat research.

Selesai je aktiviti research, my lab-mate tanya pasal handphone.
Kihkihkih.. dengan bantuan Solleh, my lab-mate. Masalah berjaya diselesaikan.
Dengan bantuan prof.google juga!
Caranya?

Turn off Samsung SII tu.
(the worst way, cabut j bateri dekat belakang tu. hahaha...)

Lepas tu,
tekan serentak butang volume up + home + power
for about 3-5 seconds?
sampailah muncul perkataan Samsung Galaxy SII.
then lepaskan.
Within few seconds, akan keluar icon android and you are on the recovery mode.

Dekat recovery mode ni, please note that touch screen anda tidak lagi berguna. Sila gunakan button volume up and down untuk gerak atas ke bawah dan butang power untuk select.

1. Wipe cache
2. Wipe data/ factory reset
3. Reboot

And..
here we come!
My new telephone!
Nota! Memo!
Sila backup handphone anda, otherwise jadilah seperti saya. Tiada lagi nombor telefon kawan-kawan dalam contacts! hahaha...

Sekian untuk hari ini..
Kawan-kawan, tolonglah bagi no.phone anda.. 
(T______T)"