BEN Ashaari tanya berani ke kritik Blog aku?

Monday, July 25, 2011

Assalamualaikum..Holla...hai~!


Petang2x yang indah..Jom join segmen Enche Ben. Mohler kritik blog yang tak seberapa ni.. Kalau bleh bagi kritikan yang membina sedikit ye.. Aktiviti mencaci mahupun mencarut mahupun apa sahaja bahasa kesat yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali..

Jadilah pengkritik yang berhemah.. Tinggalkan link dan saya akan kritik blog anda pula..Yeay!..

Memorable Monday~

Assalamualaikum...

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang...
Nanti jawab pokok angin yang goncang...


If you can dream it...
You can do it...

Rambutan Addicted?

Salam pagi isnin buat semua!!!...
Hai..cerita masa cuti yang lepas.. Tapi, maaplah..gambar sendiri tak da.. Lupa nak bawa kamera.. Excited sangat nak masuk kebun..Ahaks..=)

Jumaat hari tu kan, saya dengan keluarga dibawa abah pergi ke kebun atok dekat Kubor Panjang, Alor Setar Kedah.On the way ke sana memang mata disajikan dengan keindahan sawah padi yang luaaaass terbentang di kiri kana jalan. Nice Shot! cantik!. Sehinggalah masuk ke satu selekoh..yang kelihatan hanyalah pokok-pokok getah..

Sekarang musim buah gamaknya.. Ye tak? Berbuah sungguh pokok rambutan dalam kebun atok saya tu. Bukan satu dua pokok.. Tapi berpokok-pokok. Sampai mata pun naik berpinar -pinar tengok buah-buah yang begitu banyak. Bila buah banyak, semut-semut dan kerengga-kerengga ikut berkampung di situ. Salah petik, penuh buah dengan kerengga. Melompat sekejap sebab terkejut.. (^_____^)


Apa kena mengena rambutan dengan tajuk? Dah nama pun musim rambutan sekarang ni.. Kalau masuk kawasan kampung, kiri kanan jalan boleh nampak betapa merahnya rambutan itu.. Penuh satu bonet kereta abah isi dengan buah rambutan. Itu belum campur dengan jantung pisang, buah sukun, cempedak di luar pagar dan juga buah jering.. Hasilnya, selamat satu beg plastik rambutan saya angkut bawa balik ke JB. Dan padahnya, seharian semalam saya menjamu selera dengan rambutan semata-mata. Dan ini membuatkan saya menjadi seorang "RAMBUTAN ADDICTED". Hahaha...

Urmm..orang panggil dusun kot.. Tapi sebab dah terbiasa sebut Kebun, makanya dusun pada kamu, kebun pada saya.. And you know what? 1st time beb tengok pokok jering dengan pokok petai menggunakan deria mata sendiri.. Bukan gambar mahupun TV.. Realiti! ahaks... Maklumlah, orang bandar pun bukan. Orang kampung pun tak juga.. So, memang banyaklah benda yang belum diteroka lagi. Pokok jering itu tak lah tinggi sangat. Tapi, sesuai untuk berteduh di bawahnya.. Redup je.. Pertama kali melihat, memang teruja tak payah ceritalah.. Sampaikan saya dah jelapak nak pergi ambil petai yang betol-betol atas kepala tu..

Mujur emak tegah. Mak kata tu pokok orang. Saya kata petai tu dalam kawasan kebun kita. Mak kata, jangan. Orang dok tengok je kot kita ambil hak orang. Ok. Saya stop. Berpatah balik menghadap pokok-pokok rambutan. Ada yang manis. Ada yang so-so je.. Berplastik-plastik kami isi dan bawa balik. Sebelum balik mak kata, abah parking kereta betul je bawah pokok jering..

Saya pun melangutlah ke atas nak tengok betul ke tidak itu pokok jering. Fokus punya fokus anak mata, sekali target locked! Nampak buah jering yang dalam longgokan. Jumpa satu, memang berturut-turutlah jumpanya. Terus abah kait. Ini memang pokok tok wan. Jadi, tak da masalah untuk ambil.

Saya suka jantung pisang. Kalau buat kerabu lagi sedap. Tapi disebabkan nyok tak da, rebus sahajalah jantung itu. Buat ulam. Saya sukakan petai kalau petai itu dibuat sambal udang petai. Kalau tidak, saya kurang sikit nak makan. Tapi bukannya tak makan langsung. Saya suka buah sukun. Tambah-tambah pula kalau buat goreng. Tapi disebabkan pergi kebun hari jumaat dan hari sabtu saya balik ke JB, tak sempat nak makan sukun goreng. Saya sukakan cempedak goreng. Itulah yang mak buat petang Sabtu lepas. Tak dapat sukun goreng, cempedak goreng pun sodap..~

(T_____T) sekarang tengah lapaq nasi.. Tu lah, ngadap lagi buah rambutan tu sampai tak sedor ari dah malam.. Huhuhu...

k..adios~

Back to JB

Sunday, July 24, 2011

Tick Tock Tick Tock..
Masa berlalu sangat pantas.. Rupa-rupanya dah seminggu dok kat umah.. Masa untuk kembali ke UTM. Meneruskan kerja yang tinggal terbengkalai. Baki seminggu harus digunakan sebaik mungkin.

9malam. Bas bertolak dari shahab perdana, Alor Setar Kedah. 9am, bas sampai di Sri Puteri, Johor Bahru. Perjalanan yang panjang terisi dengan tidur yang lena.. ahaks..
By the way, cuti dah abis.. Now i'm back to JB.. haiya..haiya... Prepare tuk siapkan projek..Daa~