Selamat pagi!!! Dok buat apa tuh? Mesti pakat dok soq kan? Muge-muge beroleh keberkatan bersahur seperti yang disunahkan Rasulullah..InsyaALLAH.. Walaupun tiada makanan mewah-mewah untuk dihadap seperti saya kala ini, cukuplah beberapa biji kurma + air masak + milo pengisi perut. Nanti berbuka kita hadap nasi lagi.. Heee...
Kenyang sungguh agaknya semalam. Sampai ketiduran di hadapan laptop. Elok terjaga, jam dah pukul 12.10am. Ah, harus sahaja saya tutup laptop dan tidur dengan lebih sempurna. Entah pukul brape saya terlena. Biasalah, dah namanya pun terlena pintu tak berkunci, laptop tak bertutup malah lampu tak berpadam. Hahaha...
Wahh..ini entrie yang ke-400 selama saya berblogging.. Omedetou!! Tahniah Sara!! Masih menulis walaupun banyak juga merapu-merepeknya. My Blog is about my life.. Tapi tak delah story 100% pasal diri sendiri kat sini kan? Haruslah masih ada rahsia. Ye tak? Kalau semuanya dijaja, habislah privacy kehidupan sendiri.. Walla..
Wokey, selamat bersahur semua.. Nanti kalau matahari dah tinggi, saya story pasal makan-makan dekat Singgah Selalu waktu berbuka tadi.. Sekarang, mamai lagilah..Hehehe..daaa...
"Mama, could you get pregnant again?."
Hahaha..sweet ha? nak tahu apa terjadi? tunggu...=)
adios