It's been a month

Friday, March 31, 2017

Pejam celik, pejam celik..
Eh, it's been a month!
Maksudnya, dah sebulan bertukar angin ke bumi Pahang..
Dah sebulan juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik..

Things were hard at the beginning.
Tapi, bila go through everything step by step, everything will be alright..

What I did the whole month?
Telling myself to fall in love with coding!
Ya! Both basic c and java.



I told myself to start being friend with coding.

Few years back, I did learned programming technique and object oriented programming. But, thinking that I'm not going to use them in the future, I started ignoring them. Enough if I can learn for exam and mini project!

That's what I've been thinking before. Because science computer is not my main stream. I though I would be someone who work at one of the biomedical company that will deal more with medical instrumentation, human fisiology and etc. 

Sometime, I though I would be an academic staff and researcher at any university and teach student on electric and electronic subject. Telling the student what capasitor that you need to use and etc.

We thought we will do what we like to do..And we ignore things that we don't like to do..
And somehow, we might end up to do the things we don't like for the next upcoming years! Who knows future better than HIM?

It's been a month.
And I think, I'm getting in love with coding.
It's fun! 

So, Wish me luck!



Seminggu

Friday, March 10, 2017

Alhamdulillah...

Seminggu di tempat baru..
Seminggu menyesuaikan diri dengan amanah dan tugasan baru..
 Seminggu bergelar pendidik..

1 Mac 2017
Saya mula melaporkan diri sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Pantai Timur.. Heee.. ramai member tegur, "Jauhnya kamu pergi Sara?"

(^______^)
Kadang-kadang perlu juga keluar dari zon selesa. Keluar dari kebiasaan.. Dan andai di sini tertulis rezeki saya untuk berkhidmat dan berbakti kepada anak bangsa, kenapa harus menolak?



Sejujurnya, saya tak mohon banyak tempat. Jadi, kalau ada yang bertanya pengalaman di temuduga atau pengalaman memohon jawatan, tak banyak yang boleh saya kongsikan. Tawaran untuk berkhidmat di universiti tempatan ini telah saya terima sejak pertengahan tahun lalu. Tapi disebabkan kengkangan dan pelbagai masalah yang timbul ketika dalam proses untuk menghantar pembetulan thesis, tarikh lapor diri tidak dapat saya berikan dengan jelas. 

Sehinggalah pada awal bulan lalu.. Surat senat sampai dirumah membawa berita gembira. Lulus mesyuarat senat adalah perkara yang terindah sebelum Majlis Konvokesyen. Itu keraian yang kedua. Sebaik sahaja surat senat tersebut saya majukan ke pada bahagian human resource, saya diberikan surat tawaran rasmi dan perlu melaporkan diri dalam tempoh sebulan. Memandangkan semester II baru sahaja bermula pada pertengahan februari yang lalu, saya ambil keputusan untuk melaporkan diri pada awal bulan Mac ini.



Dan alhamdulillah..
Seminggu telah berlalu..
Langkah pertama untuk buku kehidupan saya yang baru telah saya mulakan.
Seterusnya, mendidik adik-adik yang bakal mencorakkan dunia satu ketika nanti.

Banyak yang perlu dipelajari..
Check-in dan check-out. System IMS. Kalam. Penyediaan bahan mengajar. Lab. Quiz. Test and etc.

#myfirstcareerstory #mycareerjournal 





Kata-kata

Saturday, November 19, 2016

Kata-kata mencerminkan siapa kita
Dipengaruhi akal mahupun hati
Berdasarkan rasionalisasi atau emosi

Kata-kata mampu mengubah suasana
Disulami bahasa yang indah, tona suara yang merendahkan 
Dan emosi yang bijak dikawal
Menjadikan kita sentiasa dihormati walau sejauh mana kaki melangkah

Sebaliknya
Yang diiringi nada yang tinggi, tutur kata yang beremosi dan intipati yang negatif
Pasti membawa kepada perbualan yang beremosi

Kita manusia
Diberi akal untuk berfikir
Diberi mata untuk melihat
Diberi telinga untuk mendengar
Dan diberi bibir untuk bersuara dan berkata-kata

Tapi, sejauh mana kita berfikir sebelum berkata-kata?
Melihat dan menganalisis keadaan sebelum melontarkan bicara?
Mendengar dan mempertimbangkan segala saranan dan nasihat sebelum meluahkan pendapat?

Tepuk dada, tanya suara kecil yang didampingi akal yang rasional
Salahkah apa yang diperkatakan orang sekeliling?
Betulkah segala tindakan dan kata-kata yang kita lontarkan?
Manusia tidak sempurna
Tapi, kesempurnaan boleh dicari
Kekurangan boleh dibaiki

Letak emosi ke tepi
Guna telinga untuk mendengar tanpa emosi menguasai diri
Guna hati untuk menilai tanpa amarah menguasai akal yang sedar
Berpijak di bumi yang nyata

Kata-kata yang indah
Tanpa ada nista dan seranah
Impaknya mengkagumkan
Bukan sahaja pada manusia yang mendengar
Juga pada sekalian makhluk yang ada di bumi Allah.





It's not an option

Thursday, November 17, 2016


Keep going