Quantos di Tanjung Lemano (Sebuah Percutian)

Saturday, November 7, 2009


Kenangan terukir di abadikan di pasir pantai


Dekat Bandar Mersing....

Unik namanya. Sebuah percutian bersama teman-teman sekuliah. Percutian yang dirancang untuk merehatkan minda masing-masing sebelum kembali ke dunia kampus untuk meneruskan perjuangan. Perjuangan dalam menghadapi peperiksaan akhir. Saat mahasiswa-mahasiswa lainnya bertungkus lumus menghafal rumus, teori dan sebagainya, kami merancang satu percutian untuk semua. Memandangkan paper pertama kami yang mula agak lewat berbanding teman-teman yang lain, masa yang ada kami menfaatkan untuk bercuti di Tanjung Leman.

Terletak kira-kira 200km dari Universiti Teknologi Malaysia, kami berkonvoi dengan 4 buah kereta. Percutian ini disertai oleh 17 orang teman. Persiapan telah dibuat beberapa hari sebelum harinya. Antaranya termasuklan tempahan chalet untuk penginapan, membeli peralatan serta bahan-bahan untuk membuat BBQ serta membuat pinjaman barang daripada Jawatankuasa Kolej.

Hari kami bermula seawal jam 0615. Saya, Aizat,Ijad dan Wani pergi ke pasar untuk membeli ayam serta bahan basah lain untuk kegunaan bagi membuat BBQ di sebelah malamnya. Terlalu awal atau Pasar Taman U yang tutup membuatkan kami menukar haluan menuju ke Pasar Peladang. Agak kecewa dengan kekurangan variasi bahan basah disamping kebanyakan hasil taninya yang tidak sesegar pasar harian di Taman Universiti.

Usai pulang dari Pasar Peladang, teman-teman sekuliah lelaki mengambil tugas membasuh ayam sementelah kami telah menyiapkan bahan-bahan perapan ayam pada malam sebelumnya. Sebelum bertolak ke Mersing, ayam yang telah dibasuh dicampur dengan bahan perapan yang telah disiapkan. Perjalanan bermula kira-kira jam 11.00pagi.

Kami menggunakan laluan Tebrau untuk pergi ke Mersing. Dalam perjalanan ini, kami berhenti seketika di Tesco Tebrau memandangkan terdapat beberapa barangan lagi yang tidak dibeli memandangkan ketiadaannya di Pasar Peladang

.

Shopping time...at Tesco Tebrau

Mengikut perancangan yang telah disusun, saya dan teman-teman akan singgah di rumah Majidah, teman sekuliah kami untuk makan tengah hari sebelum melanjutkan perjalanan ke Tanjung Leman. Bagi orang luar seperti saya, kehadiran ke Bandar Mersing seolah-olah membawa saya kembali ke negeri asal saya. Negeri Kedah. Bandar Mersing sebuah bandar yang terkenal dengan keindahan pantainya. Sebuah penempatan nelayan. Bandar Mersing terletak di persisir pantai yang menjadikan keunikannya itu menarik kedatangan ribuan pelancong baik tempatan mahupun asing. Bandar Mersing seperti Daerah Kuala Kedah di Kedah. Pekan Nelayan itulah gelaran saya.

Dari UTM ke Mersing, hampir 70% pandangan kami disajikan dengan keindahan dan kelapangan Ladang Kelapa Sawit. Baik yang masih menjadi anak pokok mahupun yang sudah masak ranum. Entah macam mana hendak saya terangkan tentang jalan yang telah kami lalui itu. Yang nyata agak membosankan. Sementelah jalan yang digunakan adalah jalan negeri. Laluan yang banyak dilalui lori-lori yang keluar masuk. Sasaran kami adalah Pekan Jemaluang. Yang menjadi ‘check point’ untuk memastikan kami berada di laluan yang betul.

Kedatangan kami ke rumah Majidah lewat tengah hari itu disambut baik oleh Majidah dan keluarganya. Pelbagai makanan di sajikan buat kami setelah mengharungi sebuah perjalanan yang jauh itu. Berselera semuanya menikmati hidangan yang tersedia.

Kat umah Majidah..masa menjamu selera...

Kengkawan yang ke Tanjung Leman....

Usai mengerjakan solat zohor dan asar secara jamak, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang dirancang iaitu Tanjung Leman. Hendak sampai ke Tanjung Leman, kami perlu melalui Bandar Tenggaroh. Sebuah kawasan ladang kelapa sawit yang sangat luas. Dari rumah majidah yang terletak di Kampung Sawah Datok, kami mengambil masa kira-kira 30-45 minit untuk sampai di Tanjung Leman. Bagaikan terhibur dengan keindahan pantai setelah mengharungi jalan panjang yang berlatarkan ladang kelapa sawit.


Tanpa membuang masa, selepas check in ke dalam chalet tempat penginapan kami malam itu, kami bergegas menukar baju. Masing-masing bagaikan tidak sabar untuk menikmati deruan ombak. Kawan-kawan lelaki memilih untuk bermain futsal terlebih dahulu sementelah tempat bermain futsal di tepi pantai ada disediakan oleh pihak chalet. Bagi kami yang perempuan ini, pasti sahaja berjalan di persisiran pantai bagi mencari kawasan yang lapang dan tidak ramai orang untuk mandi air laut. Dalam bersuka, aurat tetap terjaga. Lebih kurang 100-200m dari tempat kawan-kawan lelaki bermain futsal, kami mandi di situ. Kedatangan kami pada hari bekerja iaitu Hari Isnin menjadikan kawasan pantai sunyi sepi. Terasa seolah-olah pantai yang mengunjur di kawasan itu hanya untuk kami.

kat tepi pantai di Tg.Leman..prepared tuk mandi!!!

Sebelah malamnya, seperti yang dirancang, kami mengadakan BBQ. Malam untuk semua. Di satu sudut, unggun api dinyalakan. Subhanallah..malam yang gelap bagaikan cerah diterangi unggun api yang marak menyala. Cantiknya tidak terungkap dengan kata-kata. Kami bekerjasama menyiapkan semua makanan untuk BBQ malam itu. Ada yang membakar ayam, ada juga yang menggoreng nugget dan tidak ketinggalan menghiris kobis dan carrot untuk dibuat coslaw. Serta Mesh potato.. kebanyakannya adalah resepi campak-campak berdasarkan guideline yang diberikan oleh teman dan yang diperoleh daripada internet.


Prepared for BBQ

times to eat..

Unggun api yang terbentuk...

Saya memang sukakan pantai.apatah lagi kalau ada unggun api di tepi pantai. Dan lebih indah kalau dapagt berkhemah dan berunggun api di tepi pantai.

Hari kedua....

Seawal jam 6.30pagi usai solat subuh, saya serta beberapa orang teman keluar ke pantai. Hajatnya untuk melihat matahari terbit. Tetapi johor di selatan. Bukannya kawasan yang sesuai untuk melihat kecantikan matahari terbit mahupun terbenam jika hendak dibandingkan dengan kawasan pantai barat dan pantai timur. Saat kami melangkah keluar dari chalet, beberapa orang kawan-kawan lelaki telah pun terlebih dahulu bersantai di tepi pantai. Menikmati embun pagi di tepi pantai.=P.

pagi di Tanjung Leman

Kreatif

Awal tak awal, lebih kurang pukul 7 pagi, kami sudah menukar baju untuk mandi. Kali ini kami lebih teruja. Memandangkan air laut tengah pasang, jadi air lautnya lebih jernih berbanding air laut sewaktu kami mandi petang sebelumnya. Keterujaan semakin tinggi sementelah air yang jernih membolehkan kami melihat ke dasar laut. Benar kata orang. Air laut di kawasan tanjung Leman ini memang jernih. Kejernihan inilah yang saya cari selama ini. Seronok. Gembira. Itulah yang boleh saya definisikan perasaan kami tika itu.

Sebelum mandi, sempat juga kami membuat coretan di pasir pantai. Mencatatkan nama kami semua yang pergi ke percutian ini. Catatan sebuah memori.. mungkin saat ini, coretan di pasir pantai Tanjung Leman itu telah lenyap dihanyut ombak dan air pasang. Namun memori yang terpahat dalam setiap kami pastinya akan terus segar. Create a memory wif frens before we leave the university life. Di sini tempatnya, sebuah persahabatan baru terbentuk. Sebuah perjuangan di titi, dan sebuah impian yang diimpikan semua. Di sini tempatnya, kita membina kenangan terindah. Tempat kita mengejar cita-cita. Semoga, semester yang berbaki masih memberi kita peluang mengadakan lebih banyak aktiviti menarik yang akan disertai oleh hampir kesemua kawan sekuliah.

Di Tanjung Leman sebelum Balik UTM

Seinfiniti tahniah dan terima kasih untuk Aizat, Yen, Majidah dan Ijad yang menjadi orang kuat di sebalik perancangan percutian ini. Kekuatan korang memberikan lebih kekuatan kepada diri ini untuk meneruskan perancangan ini walaupun pada awalnya mendatangkan pelbagai kontroversi.

Terima kasih kepada Akmal,Zul dan Muhsin yang setia memandu dalam jarak yang jauh. Kepenatan korang memang sangat dihargai. Kepada peminjam-peminjam kereta iaitu Naz, Abg Azwar dan Saudar Bad. Thanks for giving us medium tuk merealisasikan perancangan ini. Tanpa kereta-kereta ini, mungkin perancangan ini akan menggunakan kewangan yang lebih tinggi.

And thanks tuk korang yang sudi join trip ini walaupun sepatutnya masa yang ada ni digunakan untuk study. Sokongan korang adalah kekuatan kepada jayanya percutian kali ni. Thanks diucapkan buat Wani, Eqen,Intan,Taj,Udi,Nik,Fahmi dan Koleq. Lepas ni, bolehlah kita rancangkan percutian atau aktiviti laen lagi...

0 comments: