Keranamu Mr.DSP

Saturday, November 7, 2009


first page


2nd Page

"inilah note yang saya bawa masuk time open book Test DSP"

Dari setebal-tebal buku sehinggalah sekecil-kecil tulisan. Semuanya untuk DSP.

Digital Signal Processing. Lanjutan daripada subjek Isyarat dan Rangkaian yang saya ambil ketika di tahun 2. Semua yang dipelajari berkaitan isyarat. DFT,DTFT, Sampling, Z-transform, Inverse, Filter Design semuanya bagai sukar untuk difahami. Setiap yang dipelajari secara teori di dalam kelas pasti ada masanya akan diuji. Semuanya melalui peperiksaan akhir. DSP. Satu-satunya subjek yang membenarkan pelajarnya membawa masuk buku rujukan dan sehelai A4 untuk rujukan. Dalam erti kata lain ia merupakan open book test.

Setelah berfikir dan berfikir, saya mengambil keputusan untuk menyalin semula semua nota-nota tulisan yang diberikan ketika di dalam ke dalam kelas. Siapa tahu apa yang diberikan itu dapat membantu saya untuk menjawab soalan final nanti. 1st attempt, kertas A4 penuh berisi tapi masih ada fakta yang tertinggal. Masih ada penyelesaian yang tidak tertulis. Apa yang perlu saya buat? Bagaimana mungkin segala nota, fakta dan penyelesaian itu saya muatkan dalam sekeping kertas a4?.
Puas berfikir akhirnya, datang idea agar kertas a4 yang biasanya saya lipat 3 dalam keadaan mnegak, kini dilipatkan kepada 6 bahagian. Jadi, jika dihitung, semuanya ada 12 column untuk saya isikan dengan segala fakta dan penyelesaian. Itulah yang berlaku. Dari setebal-tebal buku dan nota tulisan, saya compilekan kedalam sehelai kertas a4 menjadikannya sekecil-kecil tulisan.

Untuk menulis dengan tulisan yang sangat kecil bukanlah kebiasaan saya. Hampir sahaja tangan ini crame gara-gara menggunakan tulisan-tulisan kecil itu. Andai teman-teman lain sibuk membelek buku di dalam dewan peperiksaan untuk mencari penyelesaian kepada persoalan yang timbul, saya memanfaatkan sepenuhnya segala isi yang saya coretkan di dalam helaian a4 itu.

Begitu kecil, comel sekali tulisannya. Bagaikan tidak percaya nota kecil itu dihasilkan oleh saya. Seronok sekali bilamana kesungguhan menghasilkan nota kecil itu terbalas dengan kesenangan menjawab soalan. Tidak dinafikan, kebanyakan soalan yang keluar mirip-mirip example yang pernah ditunjukan di dalam kelas. Dalam erti kata lain, mirip seperti apa yang saya salin ke dalam helaian a4 itu.

Dari setebal-tebal buku kepada sekecil-kecil tulisan. Moga keputusan DSP saya nanti tidak mengecewakan. Biarlah kepenatan dan kesakitan yang lahir itu terubat dengan keputusan yang baik. Bukanlah markah penuh yang diharapkan tetapi cukuplah sekadar keputusan yang mampu buat saya tersenyum dengan sedikit usaha yang saya curahkan itu.

0 comments: