Owh Arjuna...

Wednesday, June 23, 2010

Assalamualaikum....

Yoroshiku Onegaishimasu...

Owh Arjuna.. Hehehe... Lepas je citer Jidin yang ntah apa-apa tu, kini TV3 come out dengan citer Arjuna pulak.. Best everlah.. Suka..suka..



1st episod sampai latest episod, satu pun tak miss lagi. Cerita ni pasal....

"Kisahnya bermula apabila Pendita Dzulkarnain mewariskan permata Wilis dan Pedang Citra Dewata kepada anak muridnya Adipura dan keturunannya saja selepas Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti itu.

Namun, Adipura sempat menyerahkan Permata Wilis kepada kedua-dua anaknya, Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan. Arjuna dan Sutera diselamatkan adik Adipura, Cintasari. Arjuna diserahkan kepada Saha, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera manakala jejak adiknya tidak diketahui.

Selepas 18 tahun, Arjuna membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam suatu insiden, Arjuna secara tidak sengaja menggunakan kuasanya di hadapan orang kampung. Maka, Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan Permata Wilis sudah ditemui. Masing-masing menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.

Keluarga angkat Arjuna terbunuh manakala Arjuna mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera ialah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya.

Rombongan Pendekar membuat persediaan ke Bandar Di Raja untuk bertemu Pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan Pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka. Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata? "

Amacam sinopsisnya? Best kan?? Saya pun macam tak sabar-sabar je nak tengok cerita ni sampai ke penghujungnya.. Tepat pukul 9malam, hari isnin, sure akan menapak depan tv semata-mata nak tengok Arjuna.. Jalan cerita yang menarik..Setting pun beautiful je..sedap mata memandang..adan yang paling penting, pelbagai aksi yang mendebarkan..

Walaupun tak tahu bersilat, tapi tengok citer pasal silat-silat, pendekar ni, layan juga wei.. hehehe..Sapa yang belum berkesempatan nak tengok kat TV..leh r g ke link ini..


Ha.. inilah barisan pelakon yang mewarnai siri aksi kali ini.. Remy Ishak atau Arjuna yang dah menebarkan popularitinya lewat drama Nur Kasih, kini melakonkan pula watak Arjuna..dan rasanya, boleh naik rating TV3 dengan tayangan siri aksi yang satu ni.. Tak kira usia, bangsa dan jantina.. semuanya akan duduk di depan TV untuk melihat aksi-aksi pendekar yang seterusnya.. Yeay!.

Selamat menonton!!!.

5 comments:

nabilah_2908 said...

belum berkesempatan nk tgk cerita ni..biasanya time2 mc ni dok layan cerita nanny 911 kt ntv7.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
POP OUT ADS

Rohani Hashim said...

suke gak tgk sbb nk dgr lagu...hohohoo

Cik Sara said...

Cerita yang sangat best dan tak mudah jemu ditonton..

ravishingpeacock said...

lum smpat tgk lg cite nie..tgk berita pn kdg2 xsempat huhu

Cik Sara said...

ravishingpeacock - tak pe..sekarang sume dah leh tengok online.. tak yah tunggu isnin pun still leh tengok..tapi..i can't wait for tonight...hehehe