Assalamualaikum..
Ogenki desuka..Apa khabar semua??
Sepatutnya entrie ni publish time weekend hari tu. Hari Jumaat yang dinanti-nantikan. Tapi sebab dekat rumah tak de internet, makanya terpaksalah tunggu hari ni untuk publish.
Kali ni, saya nak berkongsikan satu menu dengan anda semua. Urmm..sedapnya.. Eh, tak cerita apa lagi menunya, dah kata sedap plak.. sorry..sorry..
Hari Jumaat hari tu, saya masak Mee Kuah dibantu dan ditunjuk ajarkan oleh Chef Kehormat kami semua, iaitu My mom. Saya tak tahulah korang panggil menu ni apa. Tapi saya panggil Mee Kuah sebab Mee dia ada Kuah. Dan kuah mengikut taste lidah saya ni adalah kuah yang diperbuat dari ubi keledek. Ok, meh saya kongsikan dengan anda semua resepi Mee Kuah Bonda.. hehehe..
Bahan-bahan yang diperlukan:
Mee Kuning (2 bungkus) Ubi Keledek (1Kg) Cili Kering (ikut taste sendiri) Udang Kering Fishball fishcat udang tauhu Gula Merah Air asam jawa bawang Merah Bawang Putih Bawang Besar Sawi taugeh telur asam limau halia minyak masak daun sup Daun Bawang Bawang goreng
Ini secara abstrak, kuantitinya, ikut sukalah.. Lain orang, lain rasanya. Kalau nak manis, letak bawang besar banyak-banyak. Kalau suka kuah tu penuh berisi, nak letak ayam, daging, sotong pun boleh.. Tapi kalau family saya, kitorang pilih yang jimat bajet. Penuh sangatpun, Nampak serabut. Tak puas pula nak merasa kuahnya nanti.
Ok. Memula, kupaslah ubi keledek, bawang segala. Mesti kupas dan bersihkan. Kebersihan itu lebih utama ok.. Next, kita rebuskan ubi keledek tu. Lagi banyak ubi lagi sedap kuah tu. Tapi jangan melampau-lampau banyaknya pula. Jadi benda lain pula nanti. Rebus sampai empuk, orang tua-tua cakap. Sementara nak tunggu ubi keledek tu empuk, tumbuk udang kering tu.. BUT before that, basuh dan rendam dulu ya!. Tumbuk biasa-biasa je. Tak yahlah sampai lumat sangat.
Lepas tu, mesinkan cili kering + bawang merah + bawang putih + halia + bawang besar. Mesin sampai semua ni halus dan sebati. And macam biasalah, nak masak mestilah panaskan minyak dulu. Bukannya buat stim. Elok je minyak tu dah panas, kita masukkan bahan-bahan yang kita dah mesin tadi.. Fuhh..berdesir bunyinya. Memandangkan cili kering tak direbus dulu tadi, so kita kenalah tumis cabai tu sampai masak. Kalau tak, ada yang sakit perut nanti. Saya tak tanggung.
Sementara nak tunggu cabai tu masak, in the mean time api janganlah besar sangat, hangit kang.. While waiting for that cabai to be cook..Tumbuk-tumbuk..hancur-hancurkan dulu ubi keledek yang dah empuk tu. Nak mudah, lenyek je dalam periuk tu like my mom buat. Sebab air rebusan ubi keledek tu pun manis. Menambahkan lagi kesedapan kuah yang kita buat tu.. nyummy..nyummy..
Elok je cabai dah masak, curahkan sedikit air asam jawa ke dalam periuk tu. Lepas tu leh lah masukkan gula merah. Masuk dalam 3-4 sudu besar dah lah. Masukkan pula udang kering yang dah ditumbuk-tumbuk tadi tu. Kacau-kacau sampai semuanya sebati.
Oh! Lupa pula nak habaq mai. Fishcat, fish ball tu bolehlah dipotong-potong mengikut kehendak masing-masing. Lepas tu, masukkan bahan-bahan basah kedalam periuk. Fishcat, fishball dan udang pun bersatu dalam periuk tu. Last but not least, masukkan pula ubi keledek yang dah dilenyek-lenyek tu ke dalam periuk. Tambah air. Air banyak tak pe.. nanti dia kering, kuah lebih pekat.. Tapi jangan melampau-lampau banyak pula ya! Then, biarkan.
Alang-alang dapur yang sebelah kosong, bolehlah kita goreng tauhu, rebus telur dan hiris daun sup + daun bawang. Ini untuk hiasan pada mee kuah tu nanti. And celur juga taugeh and daun sawi yang dipotong. Batang sawi, campakkan je ke dalam periuk tadi. Tak apa.
Nak makan mee kuah, kenallah ada mee kan? Mee kuning tu, basuh dulu ye! Lepas tu celur dalam air panas. Jangan celur lama-lama sangat, nanti kembang tak sedap.
Akhirnya, siaplah sudah Mee Kuah saya.. perasan tak? Saya tak sebut pasal garam dan perasa tambahan yang lain? Zaman kan makin moden, nak buh garam boleh, nak buh Pasti Sedap pun boleh. Nak buh kiub pati ayam pun boleh. Sebelum diangkat untuk dihidangkan, rasalah dulu. Biar kena dengan taste kita.. Yeay!!
Sedapnya.. selamat mencuba.. Sekali makan pasti nak lagi.. Nak buat ni semua untuk 6 orang makan 2 kali seorang Cuma RM12 sahaja.. Jimat tu..(‘o,’)
3 comments:
sedapnya, nasib baik dah makan kalau tak suruh hantar ni...
Segmen Kenali Blogger
whoaaaaaaaaa!bestnye!nanti nk tryla.hehe.tengs for the resipi:))
Sharinginfoz - Hehehe..sedap2..kalau tak makan lagi nak kena hantar macam mana tu? Buat food delivery guna Pos ekspress ke?
SizukaDeboss - Selamat mencuba awak.. You are welcome..
Post a Comment