Sua Rasa 2009 kat Aloq Staq!!

Sunday, June 6, 2010

Assalamualaikum....

Ogenki Desuka.................

5 Jun 2010 bersamaan dengan hari Sabtu.. dan seperti yang telah anda-anda sedia maklum, hari tu juga merupakan cuti umum sempena Hari Keputeraan yang Di-Pertuan Agong,

Duli yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah, Al Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Al-Haj.


DAULAT TUANKU!!! 

Dan bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman, Rentak Sua Rasa sudah pun bertandang sejak hari jumaat lagi memandangkan Kedah cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Nak dijadikan cerita...
Mula-mula ingatkan mak main-main. Ye lah.. Diajaknya kita pergi kenduri kahwin. Puas ditolak, mak tetap ajak juga.
"Aih, awat pula dengan mak aku ni? Bukannya budak kecik lagi nak kena follow juga" ni monolog dalam diri..

Last2..dah bersungguh sangat mak saya ngajak, saya follow je lah.. Tersarunglah baju kurung di tubuh ini. G kenduri kot, takkan nak redah t-shirt dengan jeans kan? tak kena dress code plak.. huhuhu

Rupa-rupanya kenduri tu dekat Yan. Kat kampung mana ntah.. tepi sungai plus sawah padi.. Sempatlah tengok pengantin dia..

"SELAMAT PENGANTIN BARU KAK!!"

Urmm..perut dah kenyang di isi, abah tanya;
"Sungguh ke nak pi Sua Rasa ni?"


hoho..abah ni..lagi mau tanya.. Kalau tak sebab Sua Rasa, tak ada dah aku dalam kete tu.. dok umah rehat lagi bagus.. hehehe..

Makanya, tengah-tengah hari yang hangat giler tu, terpacaklah kitorang satu keluarga kat perkarangan stadium tu.. punyalah ke dalam cari parking.. dekat dengan stage.
Tengah-tengah jalan kat perkarangan tu, my mom cuit bahu i.

"Angah." Terus pandangan yang tadinya melilau tanpa arah ni, memandang kat mak.
"Awat?"

Tak sempat mak saya nak jawab, adik saya jawab dulu..
"Angah, Farah Deeba."

Laju je saya kalih.. wahaha.. jumpa artis depan mata.. Apa lagi, kamera dalam beg.. amik gambar je lah..


Rendah rupanya kita ni.. Tak pe.. tu sebab Farah pakai high heel..saya pakai sandal flat je.. mak tak bagi pakai heel.. hohoho..

Selen Farah Deeba, dapat gak tengok Ust. Zamri, Tam yang berlakon cite Jidin tu, Lydia Ibtisam.. ni yang dekat booth tv9..

Dekat stage lak, tengok-tengok Mawi dok buat sound check.. untuk konsert malamnya lah tu.. Selen Mawi, ada kumpulan Inteam.. Adik-adik Idola kecik,Azam ngan Aril kot.. Saya tak tahu sangat.. My lil sis yang cakap..

Tengah2 dok tengok inteam nyanyi kat stage, my sis tegur.
"Angah, Ekin ngan Mawi..jom!" 

Hahaha..punyalah jalan cepat-cepat.. ingat nak amiklah gambar dengan couple of the year ni.. Tapi..hampeh.. Dalam jarak kurang dari 50meter lagi saya dah nampak, ada seorang pak cik dan beberapa orang lagi yang dekat dengan diorang kecewa.. Jalan berdua tapi escort kiri kanan depan belakang beb. Ada brani nak touch diorang? Nak salam cik Ekin kita pun, wassalam je lah.. Berbeza betul dengan Farah Deeba yang sempoi je bertegur sapa dan bersalam dengan peminat-peminat dia.Siap jalan sensorang lagi tu kat tengah-tengah perkarangan Stadium tu. 

Urmm...tak pelah...bukan fanatik sangat pun dengan artis ni.. Saja syok-syok.. alang-alang dah depan mata..

Sudahnya,
"Mak, jom balik.." 

I ajak my mom baliklah.. berpeluh-peluh dah ni.. pakai baju kurung jalan dari satu booth ke satu booth di tengah-tengah hari ni.. dah ler baju tu bukan jenis serap peluh.. serap angin lagilah tak.. hahaha..

My lil sis tu berceritalah pasal mawi ngan ekin. Nak tahu my mom cakap apa kat my dad?
"Jom balik. Depa kecewa tak dapat amik gambaq ngan Ekin ngan Mawi"

hahaha...apa-apa jelah mak.. 


2 comments:

FyZa said...

wah g sua rasa..apsal ada 1 pic ja dgn artis? hee~

Miss Sara said...

Fyza : Hehehe....dah ekin n mawi jual mahal..dapat pic dengan Farah Deeba je lah.. Yang kat booth tu ramai sangat orang.. malas nak bersesak..hehehe