Segmen Kancil8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

Tuesday, September 27, 2011

Entrie panaskan enjin.. Erk? Bolehlah kata begitu..

Thanks kancil sebab jemput saya join segmen ini.. Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform.. Yo! saya suka... Sangat2x.. Cerita pasal konvo kita simpan sat naa.. Moh layan segmen Sang Kancil ni dulu.. Nak join juga? Ace click header kat bawah ni ye..



Timeframe : Sekitar tahun 2004 kalau tak salah.
Lokasi : Pengkalan Chepa, Kelantan
Event : Perkhemahan Kadet Polis MRSM Se-Malaysia untuk Kali pertama..

Wahhh..kelas gitu..Perkhemahan Unit Beruniform untuk julung-julung kalinya.. sebelum ni tak ada.. Seperti yang tertera di Event, saya dulu anggota Kadet Polis Maktab. Saya sertai kor Kadet Polis ni sejak di tingkatan 1. Masa rekrut anggota baru, saya g join.. Nak dijadikan cerita, masa ni mostly budak perempuan batch saya join Pandu Puteri. Hampir 3/4 jugalah dari satu batch tu. Tapi 3/4 dari budak perempuan kelas saya pakat join Kadet Polis. Memang bestlah kan bila dah reramai join..=D

Masa menengah rendah, tak banyak sangat aktiviti. Jadi ini kisah waktu di tingkatan 4. Dah senior sket since anggota kadet yang tingkatan 5 dah stop badan beruniform. Dan kebetulan pula masa ni anggota kadet polis maktab majoritinya perempuan. Tak dapat sambutan untuk rekrut anggota lelaki. Oleh itu, untuk pertandingan kawad kaki, the gurls yang ambil bahagian sebab lelaki tak cukup kuota..(T_____T)

Memandangkan kitorang ni anggota kadet polis MRSM PDRM yang memang basenya di kem polis, banyak jugalah advantage yang kitorang dapat. Bas maktab paling cantik antara semua sebab ikut design bas polis bukan design mara. Cuma ada logo MRSM lah. Khemah2x memang ada banyak stok. Dan yang paling best, kitorang satu-satunya pasukan yang bawa tukang masak sekali pergi perkhemahan tu! Hahaha...Suka2x..

Dari Kulim ke Pengkalan Chepa, kami menaiki sebuah bas + sebuah trak polis untuk mengangkut buluh-buluh dan kelengkapan perkhemahan serta sebuah van polis.. Paling best, Pak cik polis ni lah yang banyak bantu kitorang setup tapak perkhemahan kitorang. Memandangkan kitorang antara yang paling ramai bawa ahli kontigen, makanya terjadilah situasi di mana kitorang dapat 2 tapak. Satu tapak rasmi yang diserahkan kepada budak lelaki dan satu tapak tidak rasmi untuk the gurls..

Rasmi ni maknanya, terlibat dengan pengiraan markah base terbersih +kemas + cantik. Tidak rasmi maknanya, ikut suka ko lah.. Bila diingat-ingat kembali, memang pak cik-pak cik polis ni lah yang sangat supportive dan sangat membantu menjadikan tapak khemah selesa dan cantik. Siap buatkan tandas dan tempat persalinan untuk the gurls. Thanks a lot Uncles..

Aktiviti yang paling best? Main bearing kot.. Hahaha..sebab ini yang paling kelakar. kena guna kompas untuk allocate final point. Maknanya, kalau awal-awal dah salah, memang sudahnya tak jumpalah final point. Sampai dekat point ketiga kot, arah kompas atau bearing menunjukkan ke arah khemah urusetia. Kitorang pergilah kat khemah tu.. Cari-cari klu tapi tak jumpa. Patah balik dekat checkpoint sebelumnya untuk check bearing lagi sekali.. Tapi tetap yakin yang ianya menunjuk ke arah khemah urusetia.. Tapi masalahnya, klu dekat checkpoint tu tak jumpa pun! Lama jugalah.. 

sudahnya, kitorang skip check point tu dan follow group yang lagi satu untuk ke check point seterusnya.. Rupa-rupanya, klu tu dilekatkan dekat batang pokok belakang khemah urusetia! Yang kitorang tak terfikir pun untuk selongkar belakang khemah tu.. Aci tak?? End up walaupun menjadi pasukan terakhir yang tiba tetapi memandangkan wanita hanya ada 2 kumpulan, kitorang end up as a 2nd winner.. Lambat-lambat pun dapat hadiah juga!! Weee...

Maaflah..tak ada gambar nak dikongsikan.. Semuanya berbentuk hard copy dan disimpan di rumah.. sedey~.. Pape pun, the memories still with me..~

6 comments:

Eera Shera said...

main bearing tu mmg best. slh tgk abes la

Kancil 8349 said...

wah..bestnya...rombongan paling ramai lagi tu...kalau kancil nampak mungkin kancil terfikir mereka nie dari penjara...ngeee...jangan marah eya..gurau...Kancil paling suka slot bearing nie...asal pertandingan Kancil menang...jarak kumpulan dibelakang 20 minit...jauh kan masanya...hehehe

apapun Kancil nak mengucapkan terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil

Kancil 8349 said...

Kancil sudah senaraikan pasukan perkhemahan mengikut unit beruniform masing - masing...jomlah singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html

RATU QASEH SAIFUDIN said...

salah tengok compas tu..alamat nye sesat laa..haha..=)



http://qasehsaifudin.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil-8349-pengalaman-semasa.html

ciK LyndaWawa said...

hai cik polis..=]

Alia Erfani said...

mrsm prdm memang the best. hehe.