Ragam Mahasiswa #1

Tuesday, September 13, 2011

Tik tok tik tok..
Dah seminggu masuk U.. Tapi baru 2 hari dapat status mahasiswa. Tapi ikut piagam Universiti, tak dapat lagi status pelajar kanan.. Habis tu, aku ni pelajar kiri ke? Wahaha...

Pagi-pagi lagi nak kena berebut bilik air. Mahunya tidak? Satu aras, budak course je. Adalah dalam 16 orang. Bilik ayaq ada brapa ja? Masuk-masuk bilik air..

"Tu dia aih... Ni dok beratuq tunggu giliran nak mandi ke?" Selamba. Mahunya tidak.. Orang tak da.. Tapi bekas mandi bersusun depan pintu bilik air..

"A'a.. ada yang pi solat dulu. Takut terlepas subuh.." Aih..Leceh betullah nak kena bratur cenggini.. Esok, pukul 4.30am aku bangun mandi! Semangat kobar-kobar..


"Wei, malas r aku nak mandi gini.." Muncul suara lain pula dekat pintu bilik ayaq tu..

"Awatnya? Nak mandi pun malas? Bukan nak kena angkut air dari telaga pun.." Direct soal.

"Mahu tak malas? Dah pukul 7.30pg ni wei. Yang kat dalam tu ntah dok berkubang ke apa yang tak keluar2x lagi.. Pukul 8.00pg ada kelas.. Mahu aku masuk lambat kelas tu.. Aih, 1st week lagi dah macam-macam.."

"Hahaha.. Ikut ang lah wei.. Tapi tak payah r sembuq minyak wangi gaya sembuq ubat nyamuk tu. Mahu mati lemas aku nanti.."


Dalam kelas. Hari kedua bertemu muka dengan budak-budak kelas terutamanya yang lelaki..
"Beb! nerd gila mamat tu. Dengan rambut belah tepi. Kemeja butang sampai atas. Siap pakai tie lagi tu.. Aku tengok senior kat luar sempoi je pakai.."

Toink! Kena ketuk.
"Dah nama pun junior. Minggu pertama. Agak-agaklah kalau nak keluar peraturan sendiri pun.. Kau tengok dah.. Minggu depan, konfirm pakat usung selipar tandas ja mai kelas.."

"Eh, gila kau? Selipar tandas, pakai g tandas je lah.. Yang kau nak bawa sampai masuk kelas apahal? Sengkek sangat ke? Tu, kasut yang kau pakai tu nak campak mana? Bagi biawak dalam tasik tu pakai?"


Setengah jam selepas kelas bermula.. Sana sini pakat menguap.
"Ala..bosanlah lecturer ni. 1st week lagi dah bagi kuliah panjang-panjang.. Kasilah intro dulu.. Bikin otak aku sesak je nak masuk semua tu.." Dah mengeluh. Sebab apa? Ngantuk punya pasal. Suara lecturer pun dah dengar macam dia tengah dok nyanyi lullaby song. Parah!

"Shusss!! Senyap wei. Aku dengaq senior habaq, lecturer ni garang. Dia tak suka orang bercakap waktu dia dok bercakap kat depan. Kang tak pasal-pasal kita kena g depan.." Sreettt..kertas A4 dipassingkan ke sebelah..

"Kita sembang atas kertas je.. Nampaklah macam tulis nota sket.." --> Ayat pertama dalam A4 tu.. Kertas bertukar arah. Tak cukup berdua. Bertiga sambung berempat.. Sama dengan waktu kelas abis, kertas A4 dah penuh atas bawah, kiri kanan, depan belakang. Sekali tengok macam nota tangan. Sebab apa? Colorfull. Macam-macam warna pen ada. (^___^)

"Minggu depan saya nak kamu semua antar homework yang saya bagi tadi." Ayat terakhir yang keluar dari lecturer sebelum dia blah dari kelas.

"Laa.. bila masa dia bagi homework ni? Aku tak nampak perkataan homework pun dekat whiteboard tu.." Mulalah kalut semuanya. Masa lecturer dok ngajor pung pang pung pang kat depan tu, pakat dok buat mesyuarat kertas A4, kan dah melangut. 

Masa tulah wujudnya semangat dedikasi, setiakawan, toleransi, halusinasi dan hibernasi untuk bergabung dan mencari soalan yang dikatakan homework itu. Tak pernah-pernah teguq orang depan, terus pi buat muka mesra alam. Mujurlah yang diteguq tu kaki salin, walaupun tak tahu sangat yang mana satu homework yang dikatakan tu, at least dah ada bahan..

"Wei, photostat je lah..malas aku nak salin. Ntah mana satu soalan homework dia pun aku tak tahu.."..

<--- Hahaha... minggu pertama dah main aci photostat? Boleh percaya ke? By the way, ini bukanlah cerita sebenar sangat.. Dan tak pasti pun kalau benda ni ada berlaku masa saya undergrad dulu.. hee..

Selamat melalui minggu akademik adik-adik!! Dan selamat menduduki peperiksaan UPSR buat adik-adik kecik..
(^o,^)

6 comments:

Shafiq Hashim said...

bestnya dpt uni..
tgh tngu rayuan.

Cik Sara said...

@Shafiq Hashim

InsyaALLAH..
Kalau ada rezeki tak kemana..
Semoga sabar menanti ya!

aamalinaazman said...

heheehehee
mngimbau kenangan ke sara chaaaan
weee
rindunye 4 taon yg lalu kan sara

Hanis MY said...

hehe bestlah... macam2 ragam kan, teringat zaman kat utm dulu kolej 1...dah final year dah...sikit lg tu ganbatte!

Cik Sara said...

@Hanis MY

Heee..Kakak! Dah habis pun.. nak berkonvo dah..

shafiqabdshukor said...

eh..
x de.. x de..
saya pelajar yg berdisiplin...
x prnh tido dlam kuliah..
focus dgr lecture..
dtg awal...
(tgn didada mata ke atas)